Tuesday, July 19, 2011

Sambungan Staphylococcus

Salam sihat ceria selalu.
Seperti yang ZackJ janjikan, hari ini, alhamdulillah ada kelapangan diwaktu pagi, dapat kita meneruskan sambungan entry yang lepas. Ada sesiapa yang belum membacanya entri pertama bolehlah klik disini.

Ok, ZackJ nak sambung sedikit tentang Staphylococcus ni dengan lebih dalam sedikit. Staphylococcus sebenarnya adalah dari bahasa Yunani – staphyle bererti sekelompok anggur dan coccos yang bererti berry (Buah Berry). Staphylococcus Aureus (S.aureus) adalah bakteria gram positif yang meghasilkan pigmen kuning, bersifat aerob faklutif, tidak meghasilkan spora. Umumnya, bakteria ini hidup berpasangan mahupun berkelompok.


Bakteria ini mempunyai lebih 30 spesis. Kebanyakanya tidak berbahaya dan tinggal diatas kulit dan selaput lendir manusia seperti di saluran pernafasan (di dalam hidung)

Ok, cukup untuk itu, jika perlukan lebih legkap, haruslah dapatkanya dari pakar tentang bakteria ini. Apa yang ZackJ katakana adalah pengetahuan asas sahaja.

Bagaimana untuk kita tahu bahawa kita telah dijangkiti oleh bakteria ini. Apakah gejalanya?

S.aureus boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira keturunan dan jantina kerana bakteria ini berada serata dunia terutama orang yang lemah system imun nya. Jelas, kita boleh nampak jika luka bernanah, jerawat, bisul dan kudis buta. Kawasan yang terjejas itu boleh menjadi merah, bengkak dan sakit bila disentuh. Apabila S.aureus ini mengalir dalam darah, ia boleh menyebabkan demam panas, menggigil dan mungkin akan mengalami tekanan darah rendah.

Apakah jenis penyakit Yang disebabkan oleh Staph?
Jangikatan kulit adalah jenis yang paling biasa penyakit yang dihasil oleh Staphylococcus. Jika ian menyerang pada tisu kulit, ia boleh membawa kepada pembengkakan dan kemerahan dikawasan itu. Jika tak dirawat segera, komplikasi serius yang dikenali sebagai sindrom kulit melecur boleh berkembang dengan cepat.

Bagi wanita yang menyusukan anak, Staph boleh menyebabkan radang payu dara, bisul dan bernanah pada putting. Ini akan menyebabkan anak dengan senang dijangkati bakteria ini dengan mengalirkan susu ibu tadi. Apabila bakteria memasuki saluran darah dan merebak ke organ lain, jangkitan yang serius boleh berlaku kepada anak dan juga ibu. Bakteria ini juga akan bersarang didalam paru-paru dan akhirnya paru-paru akan rosak dan bernanah. Ini akan melumpuhkan system paru-paru dan akan mengakibatkan system jantung gagal berfungsi.

Pada permulaanya, apabilanya terjadi, ianya akan menimbulkan gangguan pencernaan makanan. Ia boleh diketahui apabila kita berasa mual, krem perut, cirit-birit. Biasanya ia berlaku sekitar 1 hingga 6 jam selepas kita makan. Ianya berlarutan selama 1 hingga 3 hari. Jika lebih serius, akan disertai sakit kepala, krem otot, tekanan darah dan denyutan nadi tak teratur.

Ok, berhenti kat sini dulu. Penat menaip bagai ayam memetuk jagung. Hahaha

Nantikan entri yang akan datang. Jika drama bersiri boleh ditunggu, mengapa tidak untuk kesihatan kita?
Bagaimanakah S.aureus boleh menyebabkan badan terbakar?
Bagi ibu hamil, adakah janinya akan selamat??

5 comments:

ifwat said...

mmg patut la bg nama buah anggur, rupa pun macam buah anggur.. tapi kan, aku jadi automatik meremang bulu roma bila tengok benda2 macam ni.. erkk

Mr. NAZc said...

amek artikel ni... wah makin mendalam dan semakin mantap ilmu dia... persoalan dia, yang last, nak tahu sangat kesan terhadap ibu dan anak dalam kandungan. berbahaya jugak benda ni... waiting for next entry. ~ :)

tnZackJ said...

Ifwat, lepas ni jangan takut lak nak makan anggur..kalau dah beli anggur, takut nak makan, bagi aje pada saya..huhuh

Mr.NAZc, ok..tunggu yang akan datang yer. jangan tak tungguuu

Unknown said...

pergh.. ngeri ketam dengo.. kita mesti jaga kebersihan. betul tak.. ^^

tnZackJ said...

kebersihan amat penting, sebab tu dalam islam juga menitik beratkan tentang kebersihan

Sekalung Penghargaan