Jaminan Kepuasan

Jaminan Kepuasan Pelanggan Amway








Dengan menghasilkan produk dan pembungkusan yang berkualiti tinggi dan inovatif, Amway menawarkan pelbagai jenis produk kepada Pengedar yang mereka boleh jual dengan yakin, disokong oleh Jaminan Kepuasan Pelanggan Amway.


JAMINAN KEPUASAN AMWAY


Kami menyokong penuh kualiti produk Amway. Bila-bila masa anda membeli produk Amway, anda berhak untuk menggunanya bagi satu tempoh yang munasabah untuk memastikan sama ada ia memuaskan, dan anda ingin menyimpannya. Jika anda mendapati ia tidak memuaskan, sila kembalikan produk itu kepada Pengedar Amway anda, yang akan menawarkan anda pilihan untuk menggantinya tanpa bayaran, menerima kredit sepenuhnya produk yang dikembalikan bagi membeli produk jenama Amway yang lain atau menerima pemulangan wang pembelian sepenuhnya.
Jaminan ini tidak boleh dipergunakan untuk produk yang sengaja dirosak atau disalah guna, produk edaran Amway yang memberikan jangka masa pemulangan tertentu dan produk yang dilindungi oleh waranti kenyataan bertulis.


Semua produk Amway yang dijual di Malaysia dan Brunei Darussalam tidak mengandungi uri, babi dan bahan terbitannya.


Jaminan Kepuasan Pelanggan Amway memastikan pelanggan bahawa jika mereka tidak puas hati dengan produk yang dihasilkan dan dikilang oleh Amway selepas penggunaan dalam tempoh yang munasabah, mereka boleh memulangkan produk untuk pemulangan penuh, penggantian atau kredit.

Sekalung Penghargaan