Wednesday, July 27, 2011

Jenis @ Simptom Osteoartritis

Salam sihat sejahtera.
Seperti yang ZackJ janjikan, ini adalah sambungan entri semalam. Jika ada yang belum membaca nya bolehlah klik disini.


Untuk kali ini, kita kenali pula jenis dan simptom osteoartritis.

Osteoartritis akan berlaku lebih kerap apabila menua. Maksudnya bila kita semakin berusia. Tetapi selalunya akibat penggunaan berulang-ulang dan tekanan tinggi pada sendi. Bila kita sentiasa menggunakan sendi kita untuk bergerak dengan bebanan yang berat termasuk menampung tubuh badan kita, kecederaan akan mudah berlaku pada sendi. Masalah obisiti, jangikatan kuman, ligamen terkoyak, lebih bebanan atau masalah hormon sesaorang juga menyumbang kepada perkembangan penyakit tersebut.


Komuniti perubatan telah mengklasifikasikan jenis osteoartritis paling umum seperti berikut:


Osteoartritis lutut - Lutut menampung berat badan kita setiap hari dan sebab itu ia kerap mengalami osteoartritis. Lutut akan mengalami kekejangan, kesakitan ketika berjalan atau membongkok, dan malah membengkak, menyebabkan pergerakan terbatas.


Osteoartritis tangan - Osteoartritis tangan kebanyakannya akibat keturunan. Simptomnya yang paling ketara ialah kemunculan bonjolan tulang kecil dihujung sendi jari-jari kita yang dikenali sebagai nodus Heberden. Anda akan mengalami kesakitan, pembesaran, kekejangan dan kekebasan pada jari-jari anda.


Osteoartritis pinggul - Simptom-simptom lazim ialah peningkatan kekejangan, kesakitan dan akhirnya hilang keupayaan pergerakan pinggul jika dibiarkan tanpa rawatan. Individu tersebut boleh mengalami kesakitan di kawasan-kawasan lain seperti lutut, sebelah dalam peha atau groin.


Osteoartritis tulang belakang - Kesakitan dan kekejangan leher serta belakang pinggang selalunya dialami oleh pesakit pada setengan jam pertama waktu pagi. Kes-kes lanjutan akan menyaksikan kesakitan, kekebasan, denyutan atau kelemahan akibat keradangan. Mungkin juga berlaku hilang imbangan, sakit kepala dan lemah pada bahu atau lengan.


Ok, cukup untuk simptom dan jenis-jenisnya. Entri akan datang ZackJ akan masukkan pula tentang pilihan rawatan untuk penyakit Osteoartritis ini. Jadi, jangan lupa untuk kembali kesini.

No comments:

Sekalung Penghargaan