Tuesday, July 12, 2011

Tip Bagi Ibu Hamil

Salam sihat dipagi selasa.. 
mesti milik inpirasi kehidupan bercerita,
banyak perkara memendam rasa,
ibu hamil pembuka bicara....


Ok kali ni ZackJ nak kongsi dgn semua orang yang hendak membaca, yang mana malas nak baca tu, tengok aje lah..ataupun suruh org lain baca dengan linkkan post ini kepada org tu... heheh 



Ini bulan 7, bulan depan dah nak puasa..kiranya org2 melayu skrg ni terutama di kg2 akan sibuk menguruskan kenduri.. biasalah kenduri tahlil, doa selamat, doa arwah...dan macam2 lagi lah... bagi org2 muda, ok lah kalau kg tu jauh..masih ok lg..tapi bagaimana pula yang ibu mengandung..


Bagi ibu, isteri yang hamil tu..nak melakukan perjalanan yang cukup jauh hendaklah menilai beberapa faktor penting bagi memastikan keselamatan dan keselesaan diri dan bayi di dalam kandungan. Beberapa perkara harus dipertimbangkan, antara lain usia kehamilan, keadaan kesihatan kehamilan, kesihatan umum ibu dan persekitaran perjalanan. Kebiasaanya ibu di usia kehamilan lebih 32 minggu tidak digalakkan melakukan perjalanan jauh pada usia kandungan tersebut, kerana jantung dan organ tubuh ibu bekerja lebih berat dari biasanya. Tubuh ibu hamil lebih cepat merasa lelah dan daya tahan tubuhnya berkurang.


Ingatlah para suami, tak lama lagi dah nak raya..mesti ada plan utk balik kg...huhu..fikir2kan lah...kalau istri tu mengandung, jika rumah mentua tu dekat balik ajelah rumah mentua utk raya kali ni...tak apa walaupun tahun ini giliran rumah mak anda. Bukan apa, ini semua demi keselamatan isteri dan juga zuriat anda...


Walaubagaimana pun, jika nak juga melakukan perjalanan jauh, dekat sini ada beberapa tips yang ZackJ nak kongsikan. Tips ini diharap dapat memberi sedikit panduan agar perjalanan ibu hamil kelak berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.


Jika perjalana menaiki Kereta, Bas, Lori ataupun Van

  • Pilihlah lokasi yang palik selesa untuk duduk. Ini kerana akan memudahkan untuk ibu hamil meluruskan kaki. 
  • Pastikan ruang udara mencukupi. Tingkap (cermin) mudah untuk dibuka seandainya penyaman udara tidak boleh berfungsi dengan baik.
  • Kenakan pakaian yang longgar dan selesa. Jika boleh, gunakan pakaian yang beloh meresap peluh.
  • Beristirehat setiap 2 jam dikawasan yang sepatutnya seperti diperhentian lebuhraya untuk solat, makan, minum dan juga membuang sisa perkumuhan..
  • Sentiasa ada bekalan air mineral dan juga bantal kecil untuk mengalas punggung.
  • Memaklumkan doktor di kapal bahawa anda sedang hamil dan tunjukkan surat keterangan kesihatan dari doktor anda jika perlu.
  • Jika anda risau mabuk laut, bawalah ubatan lengkap bagi mengatasi masalah tersebut. Pastikan juga, sebelum makan sebarang ubatan dapatkan nasihat doktor dahulu.
  • Haruslah membeli tiket atau memilih tempat duduk yang berdekatan dengan tandas bagi memudah pergerakan anda kerana ibu hamil kerap ke tandas.
  • Jangan membawa beg pakaian sendiri, mintalah bantuan org lain untuk mengusung bagasi anda. (Paksa suami angat, jangan malas sangat jadi orang).
  • Jangan lupa untuk membawa baju sejuk jika anda melakukan perjalanan malam.
  • Usahakan check in lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa dan memudahkan anda berjalan2 atau ke tandas.
  • Ingat, ruang udara di pesawat adalah rendah walaupun dia berada di udara. Anda perlu banyak minum air untuk menghindari dehidrasi terutama pada penerbangan jauh.
  • Gerakkan kaki setiap 15 minit bagi mengelakkan kejang kaki akibat penggumpulan darah di pembuluh darah akibat terlalu lama duduk.Buat senaman kaki dengan memutar pergelangan kaki, mengerakkan ibu jari dan meluruskan kaki.
  • Jangan risau dengan mesin pengimbas yang harus dilewati dipintu masuk kerana ia bukanlah sinar X yang boleh mengganggu keadaan bayi dalam kandungan anda.
Haa.. tu dia, ingat ia para suami budiman.. sayangilah isteri dan zuriat anda...





No comments:

Sekalung Penghargaan