Sunday, July 24, 2011

Cegah Staphylococcus


Jangkitan Staph Sepintas Lalu

Staphylococcus adalah kumpulan bakteria yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Jangkitan Staph boleh menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan secara langsung atau kerana pengeluaran toksin oleh bakteria.
Bisul, impetigo, keracunan makanan, selulitis dan sindrom kejutan toksik semua contoh-contoh penyakit yang mungkin disebabkan oleh Staphylococcus.

Methicillin tahan Staphylococcus aureus, yang dikenali sebagai MRSA ( Methicillin-resistant Staphylococcus aureus) jenis Staphylococcus aureus yang tahan methicillin antibiotik dan ubat-ubatan lain dalam kelas ini.
Jangkitan Staph dirawat dengan antibiotik topikal, lisan, atau intravena, bergantung kepada jenis jangkitan.

Bolehkah jangkitan Staph dicegah?

Hingga kini , masih tiada vaksin untuk menentang Staph aureus. Baketria ini yang begitu meluas berada disekeliling kita dan boleh menyebabkan banyak penyakit yang berbeza. Untuk pencegahan jangitan Staph, memerlukan perhatian kepada faktor-faktor risiko yang boleh meningkatkan kemungkinan mendapat jangkitan Staph. Sebagai contoh, penggunaan tuala wanita. Jika tidak diurus dengan baik selepas penggunanya, ini akan menyebabkan pembiakan yang lebih cepat dan menghampiri kita didalam rumah. Lebih-lebih lagi, jika menggunakan tuala wanita yang kurang bermutu.

Perhatian yang teliti terhadap pengendalian makanan dan amalan penyediaan makanan juga boleh mengurangkan risiko keracunan makanan yang disebabkan juga oleh bakteria Staph. Jika tidak, bakteria ini, dengan senang untuk kita telan bersama-sama makanan yang kita makan. Betapa lazat atau berzat pun, sesuatu makanan tidak bermanfaat jika ia tidak selamat untuk dimakan. Keselamatan makanan amat penting kerana keracunan makanan membawa cirit-birit, muntah dan mungkin juga maut dalam kes yang teruk.

Adakah ini yang kita hidangkan kepada keluarga kita?
Keracunan makanan disebabkan oleh bakteria merbahaya dan juga toksin atau sporanya. Bakteria didapati dalam makanan sama ada secara semula jadi ataupun terpindah kepada makanan akibat pengendalian yang tidak cermat. Salmonellosis dan keracunan staphylococcus adalah dua bentuk keracunan makanan yang lazim. Salmonella, bakteria yang menyebabkan salmonellosis, didapati dalam daging mentah, ayam itik, telur dan produk tenusu. Salmonella juga dibawa oleh serangga, tikus dan haiwan peliharaan termasuk burung, anjing dan kucing. Bakteria staphylococcus pula hidup pada kulit manusia, dalam hidung dan tekak. Bakteria ini juga menggemari krim, kastard dan kuah yang mengandungi telur.

Selain makanan dan kelembapan, bakteria memerlukan kehangatan untuk membiak. Dengan pengetahuan ini, marilah kita membasmi bakteria daripada makanan.
• Bakteria merbahaya dalam makanan mentah boleh dipindahkan kepada makanan yang sedia dimakan. Jadi, gunakan papan pemotong yang berasingan untuk makanan mentah seperti ayam, daging serta ikan dan untuk makanan sedia dimakan seperti sandwic, buah dan salad.
• Makanan yang panas mesti tetap panas (> 60°C) dan makanan sejuk tetap sejuk (< 7°C) sehingga dihidang.Bakteria membiak cepat di antara suhu-suhu tersebut.
• Jaga kebersihan diri. Jangan bersin atau batuk pada makanan kerana ini akan menyebarkan bakteria staphylococcus.
• Cuci tangan sebelum mengendalikan makanan, terutamanya selepas ke tandas, menukar lampin ataupun menyentuh haiwan peliharaan.
• Jangan basuh bekas makanan haiwan peliharaan bersama dengan pinggan mangkuk keluarga. Haiwan peliharaan patut dilarang dari dapur.
• Balut luka pada tangan dengan plaster bersih dan kalis air kerana nanah dan cecair daripada luka mengandungi banyak bakteria.
• Semua kain pengelap dan span mesti dibasmikuman setiap hari dengan larutan bahan peluntur. Sekeping span yang kotor mengandungi hampir sebilion bakteria!
• Nyahbeku makanan beku dalam peti sejuk.
• Jangan muat peti sejuk terlalu padat agar udara sejuk beredar bebas.
• Masak makanan dengan sempurna, terutamanya daging, ikan, ayam itik dan telur, untuk membunuh bakteria yang hadir.


3 comments:

nur farahin binti sulaiman said...

adoi.. takot nyer.. kena jaga kebersihan mulai sekarang.. heheh..

Zul Muhammad said...

bhgian mane tu??mcm ulser pn ade...

tnZackJ said...

ini bisul tahap kronik

Sekalung Penghargaan