Sunday, July 3, 2011

Nafas Berbau

Nafas berbau adalah masalah yang memalukan dan tidak menyenangkan. Ia juga lebih biasa berlaku berbanding apa yang anda fikirkan dengan anggaran 90 juta orang mengalaminya diseluruh dunia. Walaupun terdapat banyak sebab tersembunyi untuk nafas berbau termasuk pilihan makanan, keadaan kesihatan dan tabiat gaya hidup.
Dengan mengamalkan langkah-langkah mudah berikut, Insyaallah kesihatan mulut anda akan terjaga dan dapat membantu mencegah nafas berbau.
Tip2 yang ZackJ nak sarankan adalah seperti berikut :


1.  Minum banyak air.
Minum air menjadikan mulut kita kekal lembab yang kemudianya mengekalkan bakteria dalam mulut kita pada paras minimum. Pilihlah air kosong, bukanya kopi, milo air tabur, teh tarik, sirap bandung, minuman ringan dan yang palin jahat adalah minuman alkohol. Ingat, miniman ini hanya akan lebih mengeringkan mulut anda. 


2.  Menguyah gula-gula getah
Kita juga boleh mencuba menguyah gula-gula getah untuk merangsang penghasilan lebih banyak air liur. Lebih banyak air liur dalam mulut kita. lebih kurang bakteria yang ada didalamnya. Pastikan jika tak mahu kena potong kaki disebabkan kencing manis, pilihlah gula-gula getah tanpa gula kerana makan terlalu banyak gula tidak bagus untuk kesihatan kita.


3.  Berus gigi selepas makan.
Jadikan memberus gigi kita sekurang-kurangnya dua kali sehari satu tabiat. Lebih baik lagi, berus selepas makan. Untuk itu simpan satu berus gigi di tempat kerja dan gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida, kerana ia membantu menyegarkan nafas. Jika tak ada masalah, simpan di poket belakang menggantikan sikat pun boleh juga. (ZackJ tak buat cam ni, sikat tetap maintain kat poket  belakang).
Tapi jangan gigi aje, berus dengan lembut lidah anda juga kerana sesetengah bau datang dari lidah. Untuk membersihkan lidah dengan berkesan, belilah pembersih lidah yang banyak dipasaran sekarang ni.


4. Gunakan flos
Ya, ia bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi menggunakan flos memang berbaloi. Dengan menggunakan flos selepas memberus, gigi kita akan lebih bersih kerana ia menanggalkan sisa partikel makanan dan plak. Selepas itu sudahi dengan berkumur menggunakan pembersih mulut. Ia bukan sahaja mencegah pembentukan plak, rasa pudinanya akan menjadikan kita terasa lebih segar.


5.  Pemeriksaan gigi secara tetap.
Mungkin ia kurang menyenagkan, tetapi pemeriksaan gigi secara tetap adalah perlu. melakukan pemeriksaan gigi atau gigi palsu serta mencucinya sekurang-kurangnya dua kali setahun memberikan perbezaan yang ketara terhadap kebersihan gigi dan kesihatan mulut secara keseluruhan. Pemeriksaan tetap juga memudahkan doktor gigi anda mengesan sebarang masalah tersembunyi yang mungkin mengakibatkan nafas berbau. Jadi, jangan berlengah lagi demi menjaga kesihatan dan kerbersihan mulut kita.


Selamat mencuba...





2 comments:

dilazfamily said...

tips yang menarik dan patut diamalkan selalu.sharing is caring

ZackJ said...

saya setuju dgn dilazfamily

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan