Friday, July 1, 2011

Mudarat Kehamilan


Gaya hidup boleh memberikan kesan kepada wanita mengandung. Ini termasuk cara pemakanan, pengambilan alkohol, tabiat merokok, dan kekerapan mereka bersenam. Mereka seharusnya mangambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan kesan buruk ke atas bayi


Cara Pemakanan
Wanita yang mengamalkan tidak bermakanan seimbang atau yang menghadapi gangguan makan seperti bulimia atau anoreksia mengalami risiko bayi dengan berat-kelahiran-rendah yang mudah dijangkiti penyakit. Pengubahsuaian cara pemakanan yang bersesuaian beberapa bulan sebelum hamil boleh mengurangkan risiko ini.
Merokok
Wanita merokok dikaitkan dengan kadar keguguran yang tinggi, berat kelahiran bayi yang rendah, sindrom kematian bayi mengejut, dan kesukaran pernafasan bayi.
Alkohol
Minuman alkohol boleh merencatkan perkembangan bayi. Sindrom alkohol janin dikenal pasti sebagai penyebab utama kecacatan kelahiran. Jumlah minumum alkohol yang boleh menyebabkan kecacatan masih tidak diketahui. Oleh itu, wanita dinasihatkan menjauhi alkohol semasa mengandung.
Senaman
Senaman boleh meningkatkan kekuatan bahagian belakang dan abdomen. Amalan ini dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil. Senaman boleh memudahkan proses kelahiran dan mengekalkan kesihatan keseluruhan.

2 comments:

cikida said...

byk faktor..huuhu..bahya sekarang mcm2 penyakit dtg,.

tnZackJ said...

rokok buatan yahudi...so jgn merokok...

Sekalung Penghargaan