Saturday, July 9, 2011

Kenapa gigi perlu dicabut?

Kebanyakan gigi perlu dicabut kerana mengalami kerosakan teruk atau menjadi terlalu longgar. Cabutan gigi merupakan satu prosedur biasa yang ringkas, selamat dan mudah.

Apakah yang anda perlu lakukan sebelum cabutan gigi? 
► Sebelum ke klinik, pastikan anda;
  • makan terlebih dahulu
  • ambil ubat-ubatan harian yang perlu (contohnya untuk penyakit kencing manis)
► Semasa rawatan pula :
  • beritahu doktor pergigian jika anda mempunyai masalah kesihatan
  • sentiasa berkeadaan tenang
Apakah yang anda perlu lakukan selepas cabutan gigi?
► Selepas cabutan gigi, pastikan anda :
  • letakkan dan gigit kain kasa (gauze) yang diberikan ke atas bekas cabutan sekurang-kurangnya 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti.
  • Jika pendarahan berterusan, gigit kain atau sapu tangan yang bersih dan segera dapatkan rawatan di klinik pergigian yang berhampiran.
  • telan air liur.
  • ambil ubat sebagaimana yang diarahkan.
► PASTIKAN ANDA TIDAK MELAKUKAN perkara berikut :
  • berkumur-kumur dalam masa 24 jam selepas cabutan gigi.
  • mengorek atau mengusik bekas cabutan sama ada dengan lidah atau jari.
  • mengambil makanan atau minuman panas.
  • melakukan senaman berat.
  • merokok.
Bolehkan komplikasi berlaku?
Kebiasannya bekas cabutan gigi akan sembuh dalam tempoh 3 hingga 7 hari, walau bagaimanapun komplikasi boleh terjadi seperti :
  • kesakitan yang berpanjangan
  • kebengkakan bekas cabutan
  • kebas yang berpanjangan
  • pendarahan berlanjutan (tidak berhenti)
  • bekas cabutan tidak sembuh
  • demam.
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor pergigian dengan segera jika terdapat sebarang komplikasi seperti di atas.

No comments:

Sekalung Penghargaan