Saturday, July 23, 2011

Fitnah

Salam sihat sejahtera.
Pagi ni , teringin pulak nak cerita tentang fitnah. Kawan2 semua pernah kena fitnah tak? Klau tidak bagus la. Kalau pernah terkena, apakah perasaan anda? Apakah tindakan anda?

Jom kita intai disini, apa yang boleh kita pelajarinya darinya.


Fitnah adalah cubaan dan ujian. Dosa syirik disebut fitnah dan kekufuran juga disebut fitnah. Allah berfirman dalam kitab-Nya:
“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi.” (Al-Baqarah: 193)

Iaitu sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman:
“Kalau (Yatsrib) diserang dari segala penjuru, kemudian diminta kepada mereka supaya murtad, niscaya mereka mengerjakannya.” (Al-Ahzab: 14)

Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan untuk sesuatu berupa bala dan cubaan yang kerap kali memperdaya dan menyimpangkan ramai orang dari jalan yang lurus. Sementara mereka tidak mampu mengatasinya, akhirnya mereka larut bersama bala dan cubaan tersebut. Itulah cubaan dan bala yang menyesatkan yang sangat dikhuwatirkan Rasulullah s.a.w. atas umatnya. Dalam sebuah hadits shahih beliau bersabda:

"Menjelang hari Kiamat nanti akan terjadi fitnah-fitnah seperti potongan malam kelam. Pada saat itu seseorang beriman pada pagi hari dan menjadi kafir pada malam harinya, beriman pada malam hari dan menjadi kafir pada pagi harinya. Ia menjual agamanya dengan material dunia." (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dan selanjutnya sesat serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk, ia menjual agamanya dengan material dunia! Fitnah-fitnah seperti ini telah banyak kita saksikan pada hari ini. Oleh kerana itu yang dapat bertahan dan sabar dalam menghadapinya hanyalah orang-orang yang diteguhkan Allah dan diberi-Nya kurnia ilmu dan pengetahuan.

Jadi, ZackJ mengingati diri sendiri agar sentiasa berdoa untuk mengelakkan fitnah ini. 

"lidah lebih tajam dari mata pedang"

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya 
mereka kembali (insaf dan bertaubat)”  [Qur’an; Surah Ar-Ruum 30: 41]

2 comments:

Ahmad Naim said...

perangi mereka habis-hanisan..agar Malaysia aman n sentosa..hidup berkati ALLAH

tunz said...

orang kata , kerana lidah badan binasa.....oleh itu lebih baik berdiam diri drp suka berkata2 yg tiada faedahnya....insyaallah kita terhindar drp fitnah atau difitnah...nauzubillah...

Sekalung Penghargaan