Friday, July 15, 2011

Cirit Birit

Salam sihat sejahtera semua. 
Tengok sahaja tajuk, rasa memang macam geli nak baca. Tapi apa boleh buat, semua orang boleh terdedah dengan cirit birit atau pun keracunan makanan. Cerita tentang cirit birit ni, tak kira tua muda, miskin kaya, kuli atau raja, kalau tak tau nak jaga kebersihan, tak tau macam mana boleh kita hindarkan maka penyakit ni akan datang menyerang. Baru2 ni, dalam paper ada menyiarkan 70 orang isteri wakil rakyat keracunan makanan. Haa...keracunan ni tak kira isteri orang ke, anak orang ke, cucu orang ke...
bayangkan, jika anda berada dalam situasi cam tu...macam mana...

Ini beritanya...sumber Utusan

Lebih 70 isteri wakil rakyat keracunan makanan

10/07/2011 3:10pm


KUALA TERENGGANU 10 Julai — Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini, semalam mengalami keracunan makanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kejadian bermula pada kira-kira 11 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom seperti muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel penginapan mereka di sini.
Katanya, daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ di sini hari ini.
Katanya, punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu. — Bernama

Dekat sini ZackJ nak bagi sedikit tip, bagaimana dapat kita membantu untuk menggelakkan cirit birit dari menyerang kita.

Apakah itu cirit­-birit?
Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
  • jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
  • alahan makanan
  • ubat-ubatan
  • pengawet makanan
  • pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian. 

Tanda-tanda
Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit-­birit?
Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :
  • Sakit dan kekejangan perut
  • Loya dan muntah
  • Keletihan
  • Demam
Komplikasi
Adakah cirit­-birit berbahaya?
Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian.
Rawatan
Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit­-birit?
Kebanyakan kes cirit-­birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit­-birit, lakukan seperti berikut :
  • Minum banyak air.
  • Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur­ansur
  • Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
  • Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.
Tanda-tanda dehidrasi adalah :
  • Haus yang berlebihan
  • Mulut dan kulit kering
  • Kurang atau tiada air kencing
  • Keletihan yang teruk
  • Pitam
  • Kulit menjadi gelap
Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :
  • Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
  • Demam panas
  • Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
  • Mulut kering atau menangis tanpa air mata
  • Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
  • Perut, mata atau pipi yang cengkung
  • Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.
Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.
Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .

Pencegahan
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit? 
Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:
  • Cuci tangan sebelum makan
  • Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
  • Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
  • Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit­birit.
  • Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-­birit boleh bertambah teruk.
  • Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit­-birit

3 comments:

KeTaM_BaTu said...

erk.. aku tak ske bende nie. lagi2 kalau time keluar jenjalan.. adui.. problem.. problem.

Khairil said...

huhu..kene cirit ni apa pun tak boleh..better duduk rumah diam2...bahaya kalau keluar..

tips facebook said...

kalo diindonesia namanya "mencret" he..he..he salam kenal dari blog indonesia satu rumpun kita ditunggu kunjungan baliknya

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan