Thursday, July 7, 2011

Gigi Sensitif

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/elderly/sensitive2.jpg
Latar belakang 
Gigi sensitif merujuk kepada keadaan sakit gigi atau ngilu yang disebabkan oleh pendedahan lapisan dentin (lapisan dalam gigi) atau gusi yang menyusut (resesi). Sakit gigi atau ngilu boleh diransang apabila,

  • makan makanan atau minum minuman yang sejuk atau panas
  • gigi terkena angin contoh seperti bernafas melalui mulut
Apakah yang menyebabkan gigi sensitif? 
Gigi sensitif berlaku kerana permukaan luar gigi (enamel) haus, yang mana mungkin disebabkan oleh:
  • teknik memberus gigi yang salah
  • terlalu kerap memberus gigi
  • tabiat mengancing dan mengetap atau mengetam gigi keterlaluan (biasanya sewaktu tidur)
  • minum minuman bergas atau berkarbonat yang berlebihan
  • muntah yang kerap dan berterusan
Bagaimanakah cara untuk mengurangkan rasa sakit atau ngilu?
Untuk mengurangkan rasa sakit atau ngilu, anda boleh mencuba petua berikut:
  • Gunakan berus gigi yang mempunyai bulu lembut serta ubat gigi khas untuk gigi sensitif. Berus gigi dengan perlahan. Kesannya hanya boleh dirasai dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu penggunaan.
  • Dapatkan khidmat nasihat doktor pergigian jika rasa ngilu berpanjangan
  • Gunakan ubat gigi yang tinggi kalsiumnya

No comments:

Sekalung Penghargaan