Sunday, November 11, 2012

Al-Sunnah Susu Kambing
Telah berada dipasaran. Informasi terkini boleh dapat disini 

Al-Sunnah Susu Kambing

Thursday, June 7, 2012

Wednesday, June 6, 2012

Fatwa Merokok Haram perlu Diwartakan


Perbualan anak kecil ku yang berusia 5 tahun dengan emaknya...

Azfar - "Mak, hisap rokok tu haram ya?"
Mak dia - "Ya , haram. Jadi adik tak boleh merokok tau."

Azfar - "Anjing ? Haram?
Mak dia - "haram jugak"

Aku - terdiam tak terkata...sambil mengerling pada isteriku...aku memang betul betul terkedu dengan ayatnya...slow aje aku menghembuskan asap rokok dan dengan rasa bersalah, laju aje aku memadamkan rokok yang baru aku nyalakan....



Merokok Dari Pandangan Islam

Monday, June 4, 2012

Pertama Di Dunia, Lebuh Raya Rakyat - Mari Menyumbang




"Konsep wakaf bagi pembinaan lebuhraya ini turut dicadangkan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam: 03036 01 0003031 atas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd atau dulu dikenali sebagai Rowstead Systems Sdn Bhd."

Pujian yang setinggi tinggi, kekal bersama kekalnya Allah  dan seindah-indahnya  kepada Allah - Maha Pencipta dan Maha Berkuasa atas semua urusan - saya lafazkan,

Selawat tanda kasih yang seindah dan selengkapnya dikirim kepada Junjungan Mulia yang menjadi sumber inspirasi orang-orang yang beriman

Pada pagi ini,  Rejab 1433 Hijrah kita berhimpun di sini, untuk menjelmakan impian menjadi kenyataan, harapan lama rakyat kelantan , mempunyai sebuah jalan perhubungan utama yang selesa dan sesuai.

Tidak syak lagi, perhubungan jalan raya yang baik adalah antara katalis utama perubahan landskap ekonomi, pembangunan dan sosial.

Dari sudut sejarah, dari segi infra- baik daratan, lautan dan udara, Kelantan terpencil secara semula jadi. baik semasa penjajah bertapak mahu pun selepas kita telah merdeka.

Surat Perpisahan Dan Perangsang dari Datuk Seri Syed Zainal Abidin

"Berikut kata-kata perpisahan dan perangsang dari Datuk Seri Syed Zainal Abidin sebelum beliau meninggalkan pengurusan tertinggi Proton, di petik dari laman web paultan.org . Semoga ianya menjadi inspirasi kepada kita semua.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.

Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.

Saturday, June 2, 2012

Salam Sejahtera

Assalam...
Lama dah tak berbicara diruangan ini. Dua bulan lebih sunyi sepi dari memperkatakan sesuatu dialam maya, hanya berada didunia nyata.
Rasa rindu memang ada, tetapi tak berdaya untuk bersaing dengan masa.
Tak tahu hendak bermula dari mana dan tak tahu juga hendah menokhtakannya dimana.

Salam untuk semua, moga dilain masa aku akan kembali seperti sedia kala. Aku pasrah...

Sunday, March 18, 2012

18 Mar 1995

Salam ceria,
Terkenang aku pada 18 Mar 1995. Pada hari ini aku telah ditabalkan sebagai Raja Sehari.
Hari ini 18 Mar 2012 genaplah 17 tahun usia perkahwinan aku dengan isteri tercinta. Doa ku semoga aku kekal bahagia bersama anak isteri ku sehingga keakhir hayat ku.

Walau usia berbeza, namun usia perkahwinan adalah sama, segala dugaan, rintangan dihadapi bersama. Jadi bagi ku, usia kematangan dalam alam rumah tangga adalah sama.

Terima kasih isteriku, yang melahirkan zuriat ku yang nilainya tak terhingga. Seramai enam orang menjadi buah hatiku, tiga puteri, 3 putera...

Isteriku, sesungguhnya pengorbananmu tak ternilai oleh jiwa raga ku, kaulah cintaku dunia dan akhirat. Terima kasih sayang. Kaulah ibu kepada zuriat zuriat ku, kaulah teman yang paling memahami diriku serta anak anak ku.

Sayangku, sesungguhnya hanya kaulah yang satu bertahta didalam hati ini, tiada dua, tiada tiga dan tiada yang lain diantaranya. Ketaatan mu, kejujuranmu, keikhlasan serta kemesraan mu aku sanjung tinggi, setinggi cita cita ku seperti yang kau sedia tahu.

Sayang, kau lah segalanya.

Friday, March 16, 2012

Harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehidupan??

MENGUMPUL dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu sifat biasa manusia.

Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya.

Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehidupannya.

Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk mencari kehidupan lebih berkualiti, namun dalam proses pencarian itu, ramai juga yang terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah seiring dengan perbuatan mereka.

Harta yang dicari itu bukan lagi untuk membina kehidupan lebih baik dan berkualiti, sebaliknya untuk ditunjukkan secara bermegah-megah dengannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur. (At-Takathur, 1-2)

Thursday, March 15, 2012

Terlepas daripada genggaman atau dakapan

Janganlah hanyut dalam duka nestapa berpanjangan terhadap apa yang terlepas daripada genggaman atau dakapan. Lihatlah di sekeliling kita, cerminlah diri sendiri andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal.

Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik untuk kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta-Nya, keredhaan-Nya dan lebih daripada itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah, apa yang diharapkannya esok hari tidak akan menjadi nyata. Malah apa yang terjadi adalah sebaliknya, maka kita mesti ikhlas menerima semuanya dengan senyuman dan reda.

Kehidupan ini hanya untuk-Nya. Dialah tujuan hidup dan sebaik-baik tujuan hidup! Yang lain pula hanya wasilah, alat, bekal atau modal untuk mencapai keredaan Allah.

Maka janganlah tangisi apa yang bukan milikmu kerana ia memang bukan milikmu! Kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepada-Nya.

Jom ubah sebelum parah

Berubahlah dengan memperbaiki diri sendiri. Membaiki diri bersungguh-sungguh dengan membersihkan hati daripada sifat keji kepada sifat terpuji.

Perhatikan juga siapa kawan di sekeliling kita. Adakah kawan kita itu mendorong ke arah kebaikan atau keburukan?

Jika kita dapat menewaskan nafsu jahat dalam diri sendiri, nescaya kemenangan hidup pasti berpihak kepada diri kita.

Proses berubah jadi baik mungkin tidak semudah disangka, namun sekiranya hati dan akal sudah bertekad dan ada kesungguhan, Allah pasti permudahkan jalannya.
Ruang untuk perbaiki diri sentiasa ada dan terbuka. Justeru, tepuk dada tanya diri. Mahu berubah atau tidak?

Wednesday, March 14, 2012

Tarikan wanita..nantikanya...

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka.

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul

Monday, March 12, 2012

Dilema yang dihadapi oleh kita pada zaman sekarang

Kadangkala setiap perkara yang baik tentu saja ada cabarannya.

Itu antara dilema yang dihadapi oleh kita pada zaman sekarang. Namun apa yang perlu sentiasa disemat dalam hati, bukan mudah mendapat syurga Allah. Apalah sangat cabaran kecil yang dihadapi jika hendak dibandingkan dengan umat Islam terdahulu ketika berusaha menyampaikan dakwah.

Mereka perlu turun ke medan perang, bersabung nyawa untuk memperluaskan syiar Islam di atas bumi ini, berbeza dengan kita yang mempunyai banyak pilihan.

Kita adalah umat terpilih yang Allah mudahkan jalan seluas-luasnya untuk ke syurga.

Cuma tinggal untuk memilih antara dua perkara, iaitu mahu atau tidak mahu.

Syarat utama dalam perjalanan kita menjadi Muslim

Ketika menyampaikan khutbah terakhir di padang Arafah, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan sunnahku.” Begitu besar jaminan dijanjikan baginda kepada sesiapa yang mengikuti ajaran al-Quran dan sunnah. Mereka yang menghayati maksud hadis ini pasti meniti jalan keredaan Allah.

Bukankah setiap apa yang diwahyukan Allah, baik melalui al-Quran atau as-sunnah, dijamin kebenarannya? Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 2, bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” Marilah kita bersama mengamalkan keseluruhan sunnah dan ajaran Islam dalam kehidupan dengan tidak hanya mengamalkan sebahagiannya sahaja.

Itulah syarat utama dalam perjalanan kita menjadi Muslim yang tidak mencampurkan antara yang hak dan batil.

Firman Allah ( Al-Baqarah ayat 208) bermaksud: “Wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh kamu yang terang dan nyata.”

Kita secara tak langsung terbabit dalam perbuatan mungkar

Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah SWT supaya kita melakukan ‘amar makruf nahi mungkar’. Dengan melakukan tugas itu, setidak-tidaknya kalau tidak berhasil mencegah kemungkaran dan maksiat, kita berjaya mengelakkan dosa bersubahat atau menyetujui pekerjaan mungkar.

Bersikap sambil lewa, acuh tidak acuh terhadap maksiat serta kemungkaran yang berlaku di depan mata, bererti kita secara tidak langsung sama-sama terbabit dalam perbuatan mungkar.

Sesungguhnya terlalu banyak kemaksiatan berlaku di seantero dunia, termasuk negara kita. Namun kerana kasih sayang Allah serta istimewanya kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW, Allah SWT masih memberi kita ruang, mudah-mudahan kita bermuhasabah.

Jadi ingatlah, secanggih mana teknologi infrastruktur dan walau setinggi mana bangunan mencakar langit mampu dibina, pasti lenyap sekelip mata apabila Allah menimpakan azab-Nya.

Sunday, March 11, 2012

Jangan sekali-kali meminta musibah

Sekalipun kita tahu betapa besarnya pahala orang yang sabar memperoleh ujian dan musibah, jangan sekali-kali meminta Allah memberikan kita musibah kerana ia bertentangan dengan agama Islam.

Rasulullah SAW yang mengetahui nikmat tersembunyi di sebalik musibah juga tetap memohon kepada Allah dalam doanya supaya dilindungi daripada bencana dunia dan akhirat.

Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasaie menyatakan bahawasanya: “Mintalah kamu semua kepada Allah akan kesihatan (keselamatan daripada musibah), kerana tidak seorang yang diberi kurnia oleh Allah yang lebih daripada itu, melainkan keyakinan.” Yang dimaksudkan dengan keyakinan (keimanan) ialah keselamatan hati daripada segala macam penyakitnya seperti bodoh atau gelisah. Ini kerana keselamatan hati lebih utama daripada keselamatan tubuh badan.


Menjadi kewajipan kita memelihara aib seseorang

Ramai daripada kita tidak menyedari perkara ini. Ada saja gosip mahu dikongsi bersama rakan atau jiran. Walaupun kadangkala apa digosip itu benar, tetap menjadi kewajipan kita memelihara aib seseorang.

Sebuah hadis menyatakan: “Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba- Nya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)

Semoga Allah menutup keaiban kita, terutama ketika di padang Mahsyar nanti.

Apa itu Istidraj?

Apa itu Istidraj? Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah kepada seseorang tetapi dengan tujuan mungkin Allah ingin membinasakannya. Selalunya mereka yang berjaya cemerlang tetapi ingkar dengan perintah Allah… hidup mereka tidak tenang dan tenteram.

Ilmu yang ada tidak memberi manfaat dan kebaikan dalam hidup mereka. Bahkan kebijaksanaan yang mereka dimiliki hanya merosak dan menyesatkan orang lain.

Akhir kalam, sentiasalah kita bermohon kepada-Nya ketika senang mahupun susah tanpa jemu. Bila doa kita akan dimakbulkan, bukan urusan kita. Itu urusan Allah.

Imam Al Qardawi pernah menyatakan hal ini iaitu: “Penerimaan Allah terhadap sesuatu doa ada syaratnya. Makbulnya doa ada jangkamasa dan ada waktunya tertentu. Allah SWT akan makbulkan doa orang pada waktu yang dikehendaki-Nya dan dengan cara yang dikehendaki-Nya.”

Saturday, March 10, 2012

Yang kecil tidak berapa dipedulikan

Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi ketaatan pasti menyeksakan.

Syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah, syaitan pernah berkata: “Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”

Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia jika kita masih main-main pasti akan mudah tertipu. Syaitan ibarat tukang joget atau penari.

Maknanya, syaitan tahu siapa sasarannya dan bagaimana untuk melakukannya. Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan.

Kita kadangkala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga. Iman kecil saja, tidak nampak lagi tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.

Ikhlas dan mengembalikan ketenteraman

Tiada ubat paling mujarab merawat penyakit hati melainkan dengan berlapang dada, memberi kemaafan secara ikhlas dan mengembalikan ketenteraman, ketenangan serta menambahkan khusyuk ketika beribadat.

Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain, yakin dan percaya bahawa setiap keterlanjuran yang berlaku adalah ujian Allah. Mereka tidak terbelenggu dengan rasa marah berpanjangan. Pemaaf adalah mereka yang mulia di dunia dan akhirat.

Baik Lelaki Mahupun Perempuan, Tua dan Muda.

Antaranya sebagaimana maksud surah Al-Baqarah, ayat 238 yang bermaksud: “Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardu khasnya solat Wusta (solat Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk.” Solat lima waktu mesti dikerjakan setiap Muslim yang secukup syaratnya, baik lelaki mahupun perempuan, tua dan muda.

Tidak mampu berdiri kerana uzur, dikerjakan dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu lagi, dalam keadaan baring, malah jika masih tidak mampu, solat dengan isyarat.

Penegasan ini menunjukkan solat adalah satu perkara besar, tidak boleh diringankan, jauh sekali meninggalkannya. Malah, solat juga syiar yang membezakan antara Muslim dan bukan Muslim.

Syiar Islam dengan sendirinya terpancar apabila umat Islam mengerjakan solat, lebih-lebih lagi dengan solat berjemaah di masjid.

Tiada siapa mampu mengawal kejahatan dalam diri kita selain diri sendiri yang ‘mentarbiah’ dan menundukkannya.

Tidak syak lagi, cara terbaik untuk menghindarkan diri daripada melakukan maksiat adalah dengan mengerjakan solat.

Saturday, February 18, 2012

Perginya Tak Kembali - Khutbah Terakhir

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Thursday, February 16, 2012

Kenapa Lelaki Suka Bersendiri Bila Dilanda Masalah


Salam,

Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?

Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.

Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?

Sunday, February 12, 2012

Pemutihan & Kesan Sampingan Terhadap Kontraktor Kecil Ladang

Gambar Hiasan
Salam,
Apa pun dasar, pelan, perancangan dan pelaksanaan projek serta penguatkuasaan undang-undang kerajaan adalah untuk kebaikan negara dan rakyat kerana memberi keselesaan dan jasa kepada rakyat pemberi mandate, adalah menjadi kewajipan kepada sesebuah kerajaan.
Dalam tujuan dan matlamat baik kerajaan demi kepentingan negara dan rakyat itu pula, adakalanya kerajaan terlupa tentang kesan sampingan ekoran dari dasar, pelan, perancangan dan pelaksanaan projek serta penguatkuasaan undang-undang ke arah penambah-baikan negara dan rakyat.

Monday, February 6, 2012

Muar Diistihar Sebagai Bandar Diraja

Salam diraja,


Mee Bandung Muar, makanan yang sangat terkenal diseluruh Malaya

Ni dia, tempat kelahiran ku telah diiktiraf sebagai Bandar Diraja oleh Sultan Johor sempena menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Bandar Muar juga dikenali Bandar Maharani.

Saturday, February 4, 2012

Renungan Untuk Sesama Insan

Salam renung merenung...

Sesungguhnya, rasa sedih, pilu, hiba, putus asa, kecewa, marah, dendam dan apa apa yang sewaktu denganya akan selalu menganggu, menggugat, mengheret kita dengan kenangan masa lalu. Jika ini berlaku, dengan sendirinya akan membuat kita khuatir, ragu ragu, tak pasti, tak percaya, tak yakin dengan segala kemungkinan dimasa depan. Ini akan mensia siakan kesempatan yang ada pada hari ini.

Sesungguhnya perasan yang buruk itu tidak akan mengembalikan sesuatu yang hilang dari kita. Sedih itu adalah datangnya dari syaitan, iblis hantu jembalang yang menggoda kita supaya kita sentiasa berasa putus asa yang sangat menakutkan.

Perasaan buruk itu juga akan mengecutkan hati kita, akan memuramkan wajah kita, akan mehilangkan ingatan baik kita, membenakkan fikiran kita, serba serbi akan jadi tak kena...mulalah semangat waja kita padam.. hanyut dibuai rasa duka, rasa derita...fikiran duka lara akan  mengalir seluruh tubuh badan kita...

Jika berterusan, harapan akan menghilang...

Jangan biarkan harapan masa depan yang ceria menjauhi sayup meninggalkan kita...

Banyak Cara Mengusir Kesedihan

Salam ceria,
Istirehat bagi seorang muslim itu adalah kelalaian, waktu yang terluang adalah pembunuh dan pengangguran bathil.

Nampak macam berat ayat yang diutarakan. Jika dinilai dan diamati, ianya memang berat. Seberat bata yang didukung dibelakang bahu tentera, malah berat lagi maksud ayat itu.
Bayangkan, istirehat itu kelalaian, kealpaan. Dalam keadaan begini, bermacam macam perkara yang dapat dilamunkan, dapat dikhayalkan...

Syaitan sentiasa menunggu peluang untuk meresap kedalam fikiran kita. Biasanya jika bergaul dengan syaitan difikiran, makan akan terkeluarlah perkara perkara yang jahat, dendam, khianat, iri hati dan segala prasangka yang tak baik untuk jiwa, hati khasnya dan keadaan sekeliling amnya..

Ingat, sehari sahaja dibiarkan waktu kosong tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah untuk kita, keluarga, agama, bangsa dan negara, nescaya kesedihan, kedukaan, kecemasan dan keraguan akan mudah menyelinap didalam tubuh kita. Dan apabila berlaku sedemikian, maka kita akan menjadi lapangan para syaitan...

Jangan biarkan syaitan menguasi kita....

Jadi, gunakanlan waktu terluang yang kita ada dengan sebaik baiknya. Pasti, waktu tak akan menunggu kita, detik terus berlalu, berlalu jauh meninggalkan sesiapa saja yang lalai, leka...jangan sia siakanya tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah. Pepatah melayu ada megatakan "masa itu emas".

Penuhilah jadual kita, contohilah para usahawan yang berjaya, yang mana masa untuk beristirehat sangat kurang malah boleh dikatakan tiada sehingga sentiasa terkejar kejar masa....

Dengan cara memenuhi masa yang terluang dengan aktiviti yang baik, insyaallah kesedihan dapat kita usirkan...

Campakanlah kesedihan itu jauh dimuara sana. Barang yang lepas jangan dikenang, kesedihan jangan dijadikan gurindam.......jernihkan fikiran kita...

Friday, February 3, 2012

Berduka Jangan Kerana Ditangguhkan Rezeki

Salam rezeki...
Orang yang tak sabar menunggu datangnya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenanganya tidak kunjung tiba adalah seumpama makmum yang mendahului imam dalam solat berjemaah. padahal dia tahu bahawa dirinya tidak boleh memberi salam sebelum imam melakukanya terlebih dahulu.

Kita hendaklah sentiasa ingat, permasalahan dan rezeki itu sudah ditentukan dan ditetapkan sebelum adanya penciptaan kita.

Apa yang perlu kita lakukan, adalah usaha tanpa mengenal jemu seolah olah kita hidup untuk 100 tahun lagi. Kita mesti tanamkan rasa semangat, sentiasa ceria walaupun ditimpa musibah.

Pepatah melayu ada mengatakan " yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek". Jadi teruskan usaha...usaha...usaha tangga kejayaan, usaha sehingga berjaya...

Buangkan jauh jauh perasaan resah gelisah itu, jika boleh buang ke lautan Atlantic, buanglah, biarkan dia pergi hanyut jauh disana...

Apa pun yang terjadi, redhalah keatasnya.

Moga sama sama dapat manfaat...

Thursday, February 2, 2012

Siapa Nak RM10,000.00. Cepat Call 1800-888-2824

Salam...
Siapa nak RM10,000.00. Tawaran khas kepada yang berkeinginan dan berkesungguhan...cepat sebelum terlewat...

Ini bukan omongan kosong, bukan mimpi disiang hari dan bukan juga angan angan mat jenin...
Lekas, laporkan petualang yang membuat durjana kepada keharmonian masyarakat...

Niat dihati, ingin menempelkan gambar kepala babi...tetapi..nak muntah pulak bila tengok gambarnya...tu  yang tempelkan yang ada cover sikit...

Ni dia petikan dari Malaysiakini..:
Kerajaan Selangor menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden meletakkan kepala babi di depan pintu pagar sebuah masjid di Rawang awal semalam.  

NONEMengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco negeri di Shah Alam hari ini, Pengerusi Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi pusat khidmat pelanggan di nombor 1800-888-2824.

Beliau bercakap kepada pemberita sebagai mengulas mengenai perkembangan siasatan berhubung insiden tersebut yang disifatkan oleh DAP sebagai tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum.


Teruskan bacaan disini 

Monday, January 30, 2012

Jangan Bersedih Lagi

Salam ceria...
Jangan bersedih. Setelah kesulitan, pasti ada kemudahan...

Setelah kita mengaut segala kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh, tetapi sayangnya kita tidak menyedarinya. Bahkan, kita hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan. Padahal kita masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yng segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak dan kesihatan yang setabil.

Kita acapkali memikirkan sesuatu yang hilang, sehingga lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagian, memiliki setumpuk kebaikan, mengharungi kenikmatan dan masih banyak yang lainya.

Lihatlah diri kita, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling kita. Dan janganlah termasuk didalam golongan :

       "Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya....(An-Nahl: 83)

Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah.

Thursday, January 26, 2012

Air Sebagai Penggerak Kehidupan

Salam khasiat air,
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Tentukan jumlah air yang kita perlukan setiap hari..

Mengikut kiraan, keperluan kita berbeza..paling kurang pun 2 liter sehari..itu yang disyorkan oleh pakar kesihatan...jom kita kira, berapakan keperluan khusus untuk diri sendiri..

formulanya senang aje, hahahaha pergi ambil otak jepun sana...kalkulator la...

                            berat badan (dalam kg)
                                        30

contoh : jika berat badan kita 70kg, bermakna kita memerlukan 2.3 liter air sehari...

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Ingat ni, kalau lepas makan tengah hari kita rasa menggantuk, itu tandanya kita dahaga dan badan kita kurang air. ZackJ pasti, ramai antara kita yang silap tafsir tentang ini. Ini bukanya disebabkan kita kurang tidur...

Satu lagi fakta, dahaga bukanlah petanda yang baik untuk mengatakan kita kurang air kerana semakin berumur seseorang itu , sensitiviti pada dahaga semakin kurang.


Mari kita fikir fikirkan..jom minum air banyak banyak...

Tanpa Cabaran, Tiada Permata Yang Boleh Digilap

Salam motivasi,
Malam paling gelap sebelum dinihari. Jika kehidupan berjalan lancar tanpa halangan, kita tidak akan tahu betapa hebat dan indahnya hidup ini.
Kecekalan dan keazaman memang diperlukan untuk berjaya dalam sebarang usaha. Usah jadi pesimis. Bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan kepada kita setakat ini. Usah ragu ragu. Ambil peluang yang ada dan lakarkan perjalanan hidup yang luar biasa.

Insan biasa membiarkan kehidupan mereka diselubungi kesalan kerana membiarkan peluang berlalu begitu sahaja. Insan yang ingin menjadi luar biasa akan bertindak sebaliknya.

Insan yang punya impian tidak pernah terlena, sementara insan yang alpa tidak pernah terjaga.

Untuk berjaya, kita harus berani, berani untuk berubah, berani jadi berbeza dan berani mencabar kebiasaan.....

Tuesday, January 24, 2012

Isytihar Harta - Jawapan Siapa Lebih Menyakinkan

Salam harta tersembunyi,


Baru baru ini kita diterbeliakan biji mata dan dibuka minda yang beku, apabila semua ahli exco kerajaan P.Pinang dengan gagah beraninya mengisytiharkan harta mereka. Ianya diketui oleh Lim Guan Eng KM PP. Maka, ramailah yang memberi respond tentang perkara itu...


Jom kita tengok, respond siapa yang lebih menyakinkan kita. 


Ali Rustam - KM Melaka
“Sesetengah wakil rakyat tidak mahu mengisytiharkan harta mereka kerana ia akan diketahui umum sehingga boleh mengancam keselamatan mereka dan keluarga,”

Nik Aziz - MB Kelantan
“Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian,”

“Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran,”.

Nazri Aziz - Menteri DJPM
"Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,”

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Arifin Zakaria Ketua Hakim Negara
Para hakim mungkin dikehendaki mengisytiharkan harta mereka tidak lama lagi bagi menentukan ketelusan dan integriti mereka, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria.

Beliau berkata Jabatan Kehakiman akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara tersebut.

“Satu perkara yang saya fikirkan ialah supaya semua hakim mengisytiharkan harta kami, bagi semua hakim mengisytiharkan mereka,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan persidangan empat hari para hakim di sini hari ini.

Arifin berkata sebaik sahaja perisytiharan harta itu dibuat, tindakan selanjutnya terserah kepada SPRM.

“Saya pasti semua anda tidak perlu takut, jadi kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini,” katanya.

Mahathir - Mantan PM
"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur, hari ini.
Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengisytiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat.

Nilai mereka ini...fikir fikirkan..

RM20 Trillion Milik Melayu Terkaya di Dunia

 Kamal Ashnawi
Salam trillion,


Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.


Benarkah dia memilik kekayaan sebanyak itu???

Boleh baca mengenainya disini dan juga disini

Monday, January 23, 2012

Janji Melayu Cina Laksana

BUAH FIKIRAN SAUDARA ASPAN ALIAS:


Nak tengok Bersih, Cekap dan Amanah?....ada di Pulau Pinang.


Ada sesuatu perkara yang saya mesti kongsi dengan rakan-rakan yang mengikuti blog saya. Sejak saya menyertai parti berbagai kaum DAP baru-baru ini, saya telah mendapat kutukan dari beberapa orang termasuk seorang dua rakan blog saya yang saya kenali, dan itu memang telah saya jangkakan dari awal lagi.

Tetapi sebagai empunyai blog kecil ini saya telah mendapat lebih galakan dari yang mengkritik saya. Yang mengkritik saya itu pun adalah kebanyakannya dari mereka yang masih baru dalam UMNO itu atau hanya sebagai penyokong pemimpin dan ‘warlords’ dalam parti itu. Yang mengatakan saya seorang yang bangkerap politik itu merupakan budak hingusan belum merasakan pengalaman bergiat di dalam UMNO itu.

Tetapi yang paling saya seronok ialah sokongan dari orang-orang biasa dan menzahirkan sokongan mereka melalu ribuan teks pesanan ringkas (SMS) yang datang bertalu-talu serta sokongan melalui e-mail dan sebagainya. Sembilan puluh peratus yang memberikan sokongan itu adalah dari kaum Melayu yang saya kenali dan yang saya tidak pernah mengenali mereka.

Apa yang saya seronokkan bukannya kerana saya mendapat sokongan secara peribadi, tetapi kerana mereka sudah faham sebenarnya yang DAP itu bukanlah seperti yang dimomokan oleh UMNO dan media masa perdana sejak berdekad-dekad dahulu. Saya merasa sedikit bangga kerana mampu membuatkan mereka menilai secara ilmiah yang mendalam serta sudah mengetahui yang parti DAP ini telah secara deras mendapat sokongan orang Melayu akhir-akhir ini.

Sebagaimana yang saya sebutkan di dalam posting saya yang lalu, saya adalah penyokong kuat kepada slogan Bersih, Cekap dan Amanah yang di popularkan oleh Dr Mahathir. Tetapi apabila setelah beliau menerajui negara lebih dari dua dekad, saya tidak nampak di mana bersihnya pentadbiran beliau. Saya tidak nampak kecekapan pentadbiran kerajaan kita dan amanahnya memang jauh sekali dari penglihatan kita.

Malahan dalam pentadbiran beliaulah bermulanya isu-isu rasuah yang besar dan tidak ada bersihnya. Melalui projek raksaksa runding terus itu telah mengembangkan budaya rasuah yang besar malahan ahli keluarga beliau sama-sama menggunakan kedudukan beliau untuk mengumpul kekayaan. Malahan kecekapan pentadbiran terdahulu itu bertambah lemah dengan isu-isu yang buruk yang tidak pernah kita lihat telah berlaku. Keseluruhan jentera kerajaan tidak beramanah.

Pendeknya Bersih, Cekap dan Amanah itu hanyalah retorik besar yang di ungkapkan semasa Perhimpunan Agong UMNO sahaja guna untuk membuatkan perwakilan bertepuk tangan sehingga merah-merah tapak tangan. Dr Mahathir bijak memainkan sentimen orang UMNO kerana beliau amat faham kelemahan yang ada pada kebanyakkan orang Melayu yang mudah terlena dengan alunan lagu yang berlirik indah dan mengkagumkan.

Tetapi sebahagian rakyat di negara ini telah mendapatkan nikmat dari slogan itu akhir-akhir ini. Kerajaan PR yang di tunjangi oleh DAP telah berjaya melaksanakan slogan Bersih, Cekap dan Amanah anjuran Dr Mahathir itu. Walaupun kerajaan tunjangan DAP itu baru menghampiri empat tahun sahaja, banyak dari apa yang dimaksudkan oleh slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu telah dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

DAP tidak pandai untuk mewujudkan retorik dan slogan besar, tetapi parti ini pandai untuk mencapai matlamat kepimpinannya; iaitu pentadbiran yang Bersih, Cekap dan Beramanah.

Bersih, Cekap dan Amanah yang di wujudkan oleh Dr Mahathir ini, di amalkan oleh DAP kerana DAP mengikut formulanya dengan betul. Seperti kita menjawab soalan ilmu hisab, kita mesti mengikut formula ilmu hisab itu. Jika kita hanya menghafal formula tersebut tetapi tidak mengikut formulanya dengan terperinci, kita tidak akan mendapat jawapannya dengan betul dan tepat.

Itulah sebabnya UMNO tidak berjaya mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan penting dengan betul kerana tidak mengikut formula yang mereka wujudkan sendiri itu. Dalam formula Bersih, Cekap dan Amanah itu tidak ada terselit elemen rasuah dan salahguna kuasa.

Tetapi apabila perlaksanaannya formula ini telah dikotori oleh rasuah dan salahguna kuasa itu, maka slogan BCA itu telah gagal sama sekali, malah wujud pula elemen-elemen negatif yang melumpuhkan negara dan pentadbirannya dengan rasuah yang begitu besar dan menakutkan rakyat. Maka slogan BCA itu hanya tinggal slogan dan telah pun dilupakan dan tidak hidup lagi dalam pentadbiran negara di bawah UMNO ini.

Rupa-rupanya slogan itu tidak mati. Ia masih hidup segar. Rupa-rupanya DAP P Pinang dan PKR Selangor dan kerajaan-kerajaan pimpinan PR telah berjaya melaksanakannya dengan baik dan penuh dengan ketelusan. Perlaksanaannya tidak diheboh dan di gembar gemburkan. Dalam diam-diam DAP P Pinang bersama rakan-rakan PRnya telah melaksanakan segala-gala yang di impikan oleh rakyat melalui slogan Bersih, Cekap dan Amanah itu.

Sekarang kita lihat yang fitnah serta momokan terhadap parti DAP yang ‘multi-racial’ ini ternyata kian menumpul. Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama dalam Malaysia yang akan bebas dari miskin tegar di kalangan rakyatnya dalam setahun dua lagi. Adalah dijangkakan yang Pulau Pinang akan merupakan negeri yang pertama dalam mana apa yang dikatakan sebagai perpaduan berbilang kaum itu akan tercapai dengan sepenuhnya.

Pulau Pinang juga merupakan sebuah negeri yang akan melupuskan segala hutangnya kepada Kerajaan Pusat. Dari RM630 juta hutang Kerajaan BN Pulau Pinang dahulu, Kerajaan PR P Pinang telah mengembalikan sebanyak RM600 juta kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 3 tahun pentadbirannya. Kejayaan ini bukannya kejayaan yang kecil tetapi ia merupakan satu pencapaian yang ‘outstanding’ jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Walaupun begitu besar tohmahan terhadap DAP dan kerajaan P Pinang oleh seterunya dalam BN, Kerajaan Negeri tetap melaksanakan apa-apa yang telah di juruskan oleh Perlembagaan Negara. Dikatakan oleh UMNO yang DAP adalah anti Islam, tetapi dalam jangkamasa hampir 4 tahun DAP dan PR mentadbir P Pinang peruntukan untuk majlis agama Islam telah meningkat kepada RM62 juta dari RM12 juta semasa BN memerintah dahulu.

Kerajaan P Pinang telah diperakukan oleh badan-badan penilaian antarabangsa sebagai sebuah negeri yang paling bersih dan beretika kepimpinannya. Pandangan ini bukan diberikan oleh saya atau sesiapa dalam PR, tetapi oleh badan-badan penilaian antarabangsa yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Banyak lagi yang dicapai oleh pentadbiran Lim Guan Eng tetapi satu soalan yang mesti diketahui umum; kenapa PR P Pinang berjaya melakukan segala-galanya ini? Apa yang berjaya dilakukan oleh Lim Guan Eng ini jugalah janji-janji UMNO sejak 30 tahun yang lalu, tetapi tidak juga kunjung berjaya. Apabila PR P Pinang berjaya melakukannya dalam tempoh kurang dari empat tahun, ia tidak menyenangkan UMNO pula.

Daripada berlumba-lumba untuk menjadikan kejayaan kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh yang patut diikuti, UMNO dan BN mengambil sikap menafikan kenyataan yang jelas tentang kejayaan PR (DAP) itu. Kejayaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor dan PAS di dua buah negeri yang lain itu amat menyakitkan hati pimpinan dan penyokong UMNO dan BN. Tetapi orang ramai faham, kejayaan PR itu adalah kegagalan bagi BN/UMNO.

Kita sama-sama menilainya dan ambilalih keputusan setelah berfikir dan berfikir. Asalkan kita mengambil sesuatu tindakan setelah berfikir dengan sungguh-sungguh, apa-apa keputusan itu kita hormati.

Kata agama kita,

‘berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam’.

Sumber : Disini

Friday, January 20, 2012

Tak Rugi Kalau ke USS, lebih lebih lagi percuma...

Memang menyeronokan...
Tak rugi kalau kesana. Universal Studio Singapore....
Banyak yang nak dikongsikan, pendek kata , kalau pergi sendiri lagi best...

Pada 6/2/2012, aku nak pergi lagi bawa anak anak...tak best la kalau hanya aku aje yang merasai keseronokanya,,..kalau ada sesiapa yang nak ikut boleh juga...

Passport mesti kena ada lah...RM100 untuk 2 tahun kalau buat sendiri
untuk dewasa tiket masuk RM196.00 utk seorang
anak kecil 4 hingga 12 tahun - RM164 / seorang
Makan sendiri...kalau untuk satu hari...kira-kira SGD50 cukup la tuh...

 Dipentu gerbangnya..sebelum kami pulang...letih teramat sangat..



penat berehat rehat...


Gambar ni diambil selepas kami menonton aksi perang secara live, cara mereka membuat filem...tempatnya kecil sahaja, tetapi impaknya cukup besar...huhuhu..selalu tertipu dengan filem mereka...

 Rugi kalau tak masuk kepanggungnya...filem 4D...seolah olah kita berada didalam mulutnya...ada disampingnya...


Ini lagi, memang sentiasa penuh dengan penggunjung...paling top...hahaha nak masuk saja kena beratur selama 2 jam...pengsan..

ini satu lagi, kalau tak tontonya memang tak sah...rasakan percikan air laut ketika didalam filemnya..


ada berani...50 kaki tinggi..macam nyawa nak tercabut...dengan putaran yang tersangat laju..ada yang 90 darjah menjunam..

yang pasti, puas terasa yang amat sangat...

Wednesday, January 18, 2012

Lama sudah ku tinggalkan

Salam semua teman teman...
sekian lama aku menyepi dari memperkatakan sesuatu tentang dunia ini..
kekangan masa menghalang aku dari mencoretkan sesuatu...
Dari penghujung cuti sekolah, la ni sehingga hendak cuti kembali sempena hari raya cina..
Memang tiada kesempatan untuk menjengahnya....banyak perkara yang menjadi penghalang,
banyak tugasan yang perlu diselesaikan...

Bergembiralah, selagi ada waktu..jangan sampai jadi seperti aku....ingatlah, masa tidak sentiasa bersama kita..
yang pasti, masa akan meninggalkan kita , terus berlalu tanpa lewat sedetik pun..

Hargai masa...sayangilah masa...bak kata perpatah.."Masa Itu Emas".

Sebenarnya, banyak cerita yang  hendak dikongsikan...dari utara ke selatan, dari timur ke barat....
Sedikit ahari lagi akan keudara juga, untuk kali ini cukuplah sehingga disini...

Salam sejahtera semua...

Blog Archive

Sekalung Penghargaan