Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya & Salam Merdeka


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah..hari ini dah masuk 28 Ramadhan.
jadi tinggal lagi lebih kurang 2 hari untuk kita
sambut Hari Raya Aidilfitri..
Rasanya esok dah ramai mula balik kampung
jadi saya mengambil kesempatan hari ini untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat
kalian sekeluarga.
Mohon maaf zahir dan batin dan halalkan makan minum
jika ada kesilapan sepanjang perkenalan kita ini.
Rasanya tak lengkap hari raya jika tiada
kad raya kan? Jadi, saya tujukan khas kad raya ini untuk anda semua.

















Ikhlas,
ZackJ

Friday, August 26, 2011

Lawak Jenaka


Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek.

Rahmat : Jangan cakap macam tu, nek (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung, dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.

Rahmat : Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu. Tapi di mana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.
Rahmat : ?????

Tiga Pesalah

Wednesday, August 24, 2011

Teliti Itu Penting


Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya.

"Sebagai contoh", kata pensyarah itu lagi sambil mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya.

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata, "kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk. Sekarang, tumpukan perhatian. Paham". 

Monday, August 22, 2011

Haiwan Jadi Orang





















Inilah salah satu dunia akhir zaman
Bila MANUSIA ramai yang ikut gelagat binatang
dan BINATANG pula diperlakukan seperti manusia...
Renung2kan...

Gambar ini ZackJ ambil dari email yang berantai masuk ke inbox.



Sunday, August 21, 2011

Mabuk Dalam Cinta


Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Kelebihan Ayat Kursi


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Saturday, August 20, 2011

Lagi Tak Selamat

Kalau ia pun, agak2 la..tak takut ke?


Dah Gila ke Apa?

Dah gila ke apa? Ermmm salam sihat sejahtera semua.Ni dah dekat nak raya, ramai diantara kita sedang sibuk mengemas, memperbaiki, menghias rumah kediaman. Ingat, dalam apa jua keadaan, keselamatan perlu diutamakan.Lihat, gambar tu...apa yang kawan2 boleh simpulkan??

Jangan hanya  terlalu ghairah utk berhari raya, kita lupa akan keselamatan diri sendir dan juga orang yang tersayang. Jangan ingat di jalan raya aje yang perlu berhati-hati, malah ketika kita duduk pun perlu untuk sentiasa berjaga-jaga. Manalah tau, duduk kerusi goyang...macam org jakun, henjut2 patah ke belakang...ahhhh rasakan..

Utamakan Keselamatan....Sayangi diri anda demi keluarga tercinta...

Friday, August 19, 2011

Pemakanan Ibu Hamil Di Musim Perayaan

Salam sihat sejahtera. Apa kabar semua? Puasa tak hari ni? Tentulah puasakan...bagus...baagus..bagus...


Ok, untuk entri yang lepas, ZackJ ada mengesahkan perihal tip perjalanan untuk ibu hamil. Jika kawan-kawan terlepas pandang, boleh lah baca disini. Mana yang tak mengandung tu, bersukarialah tahap gaban untuk memberikan tip ini kepada kenalan sahabat semua.

Thursday, August 18, 2011

Pengaruh Perbuatan & Percakapan Kita


Salam sihat selalu. Semoga dibulan Ramadhan ini, sekalian sahabat ZackJ sentiasa diradhai oleh Allah swt. Entri yang lepas, ZackJ ada menceritakan tentang kediaman roh kita selepas berpisah dari jasad. Jika belum baca, bolehlah bacanya disini. Untuk kali ini, mari kita hayati tentang kehidupan jasad dan roh kita pula.

Manusia sentiasa mencari lingkungan yang tenang tempat mereka dapat hidup dengan aman, gembira, dan membina persahabatan. Meskipun mereka merindukan keadaan yang demikian itu, mereka tidak pernah melakukan usaha untuk menyuburkan nilai-nilai tersebut, tetapi sebaliknya, mereka sendirilah yang menjadi penyebab terjadinya konflik dan kesengsaraan. Sering kali orang mengharapkan agar orang lain memberikan ketenangan, kedamaian, dan bersikap bersahabat.

Tuesday, August 16, 2011

Mencari Lailatul Qadar

Salam sihat sejahtera semua.
Puasa kita telah meghampiri ke penghujungnya, esok hari yang ke 17 kita laluinya. Entah sempat entah tidak untuk kita harungi kehidupan seterusnya. Insyaallah, kuatkan semangat dan sentiasalah berdoa semoga kita dapat lalui dan rasai kenikmatan Ramadhan dalam mengharungi sisa-sisa kehidupan di dunia ini.

Tempat Tinggal - Dimana???


Ihsan Dr Google

Salam Sihat Ramadhan,
Bila baca aje tajuk, pasti kawan2 terbayangkan rumahkan? Agaknya lah..Dalam kehidupan dunia ni, kita perlu tempat tinggal, tak kiralah rumah besar ke, rumah kecil ke, rumah bawah ke, rumah atas ke, rumah rendah ke, rumah tinggi ke, rumah pendek ke, rumah panjang ke dan apa2 jenis yang dipanggil tempat tinggal...


Bagi yang kaya raya tu - kemewahan sudah tentu.
Bagi yang pertengahan - keselesaan mesti nak ada.
Bagi yang kurang - ala kadar aje.

Berkat Membaca Bismillah


Ihsan Dr Google

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi
Jom kita amalkanya, mudah-mudahan mendapat keberkatan. 


ZackJ nak cerita sikit kisah tauladan ini...Jom kita baca.. 


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Monday, August 15, 2011

Pen Merah Pen Biru

Ihsan Dr Google
Pen Merah, Pen Biru
U marah, I Love U...

Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Harap Balas...

Nostalgia kehidupan zaman kanak2/remaja dahulu...biasanya inilah yang diungkapkan bila menulis surat satu ketika dahulu...ZackJ rasa, tiada lagi untuk zaman sekarang ni. Samalah juga dengan kad raya. Dengan setem 10 sen, kad raya akan sampai distinasi yang dituju. Ramai juga yang pos surat tanpa setem kerana dizaman sekolah dulu, ramai pelajar yang suka jadi posman. Mana yang gentleman, kad raya atau pun surat bagi sendiri aje. Yang agak pemalu, kad raya/surat akan ditinggalkan didalam meja aje.  hahaha teringat  masa dulu-dulu...

Zaman sekarang, seawal 6 tahun dah pandai hantar sms, mms, email dan berbagai2 lagi melalui teknologi terkini. Dapatkah kanak2 sekarang melalui pengalaman yang ZackJ lalui ini....???

Sunday, August 14, 2011

Jiwa Terpenjara

Waduh, lamanya aku terpenjara. Seksa rasa jiwa, sekian lama tak kemana, jiwa terpenjara, langkah kaku tak terbiasa. Gerak laku terbatas semuanya. Itulah hakikatnya bila menjadi pekerja tak menentu masa.

Salam sahabat sekelianya, ZackJ tak apat berbuat apa2. Aku terpenjara.
Telah usang ku tinggalkan lama, banyak cerita nak dikongsi bersama, setiap hari duk leka membuat orang punya.
Semua tak terkata, bila bersua dengan pemunya, ibarat luah mati mak, kutelan mati anak. Panjang nak bicara, kusingkatkan menjadi dua, waktu tak mengizinkan untuk berkata. Ku menulis mencuri masa, harap aku jangan dicerca.
Bual bicara dirakam pita, mendengus marah menjadi tanda, bicaraku berhenti seketika. Mendongak langit memohon darinya, kuharap makbul apa yang kupinta.

Monday, August 8, 2011

Asma Ul Husna

Salam sahabat, moga sihat selalu.
Sebelum tido tgh malam ni, ingin kukongsi tentang nama Allah yang agung. pencipta yang tiada penciptanya. maha suci Allah, aku terlalu kerdil disisi mu...

Adakah kengkawan tahu bahawa Allah SWt memperkenalkan diriNya kepada sekalian makhluk ciptaanNya melalui perantara nama-nama dan sifat-sifatNya yang mulia? Melalui pengertian nama-nama dan sifat-sifatNya yang agung terbukalah pintu makrifat sebagai sumber kemajuan rohani dalam merasakan kemurnian cinta Ilahi yang dilimpahkan kepada segenap makhlukNya.

Sunday, August 7, 2011

Kek Lapis Sarawak - Ada Yang Halal

Salam sihat semua kengkawan.
Dalam entri yang lepas, ZackJ ada post kan tentang Kek Lapis DNA babi yang diambil dari myMetro. Dengan itu atas tanggungjawab ini dalam mencari kepastian, ZackJ ada terjumpa dalam satu blog yang menafikan bahawa tak kesemua kek lapis yang dibuat di Sarawak itu haram dimakan. Jika kengkawan belum membaca tentang entri yang ZackJ postkan bolehlah baca disini (klik).


Disini, ZackJ ada lampirkan (copy paste) yang telah dibuat oleh Shameel Iskandar tentang penafian oleh pengusaha yang membuat kek lapis halal untuk dimakan oleh semua peminat kek lapis Sarawak.

Merah Biru Kerakyatan

Hanya 4 Jam Bertukar Wajah
Salam pagi Ahad, moga sihat sentiasa mendampingi semua kawan2 sekalian.

Sehari suntuk melayari berbagai blog dan berita online. Ada yang lucu, sedih, gembira, bersahaja, berbagai aneka ragam penulis di bumi bertuah ni. Ada juga yang menyentap perasaan, melaungkan kemarahan, mendodoi lunak tanda pengampuan, ada yang lantang menghentam dan ada juga tentang keimanan, keilmuan serta tentang kesihatan.



Dalam banyak2 blog/berita, ZackJ tertarik tentang mudahnya rakyat negara luar diberikan kerakyataan berstatus Warganegara. Wajarkah dilakukan? Ini yang jadi persoalaan. Dibenak hati ini masih tertanya-tanya, wajarkah..?

Saturday, August 6, 2011

Jantan Brengset


Macam-macam ada. Kat Malaysia ni ramai yang jenis tangkap muat aje..




KUALA LUMPUR: “Saya terpedaya dengan pujuk rayunya dan tidak menduga dia sudah berkahwin dengan tujuh wanita yang semuanya ditinggalkan begitu saja selepas tembelangnya pecah.

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. 
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" 
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." 

Cantik Dihari Perayaan

Harga

Product Description

What better way to show your style than with a complete ensemble of fashionable black pearls! These beauties are a large 8 to 9 millimeters in size, and exude all the qualities of a shiny and lustrous black freshwater quality piece. For a fun detail, alloy beads separate each pearl on the 18 inch necklace, 7.5 inch bracelet and sterling silver lever-backed drop earrings. The necklace and bracelet are firmly kept in place with a steel clasp, and use fine wire string to maintain the shape and integrity of your new favorite ensemble.

Jam Untuk Kanak2 Di Musim Perayaan


Klik Gambar

Product Description

Telling time just got a lot more fun! Click the pieces together
and create an awesome LEGO watch. The new HERO
FACTORY LEGO watch includes a building toy that can
 be used with the genuine LEGO HERO FACTORY toy
creating hours of fun!


Product Details

  • Amazon Sales Rank: #3 in Watches
  • Brand: LEGO
  • Model: 9003059
  • Band material: Plastic

Friday, August 5, 2011

Bayi Putus Kepala

Gambar Hiasan Sahaja / Dr Google

Gara-gara nafsu serakah, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa. Sedap bersama, sakit sorang2, bayi yang jadi mangsa. Apa jenis manusia la ni..aku tak tau lah...adik-adik, kakak-kakak, anak-anak...ingatlah pada Allah, takutlah akan seksanya..Ya Allah ya Tuhan ku, tetapkanlah iman ku, jauhkanlah diriku serta keturunanku dari melakukan maksiat yang membawa kemurkaan mu....ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa ku ya Allah...


MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.

Mencari Kebenaran


Adakah cukup adil untuk seseorang itu membuat kesimpulan mengenai rasa suatu hidangan masakan hanya berdasarkan khabar angin daripada orang lain yang juga mungkin belum merasai hidangan tersebut? Begitu jugalah, anda seharusnya mendapatkan maklumat mengenai Islam dan apa jua daripada sumber yang boleh dipercayai, dan bukan hanya merasainya tetapi perlu betul-betul memahaminya sebelum membuat suatu kesimpulan. Itulah cara intelektual dalam menjejaki Kebenaran.

Hikmah Tolong Menolong


Tolong-menolong dapat memberi keringanan antara satu sama lain. Di samping itu tolong menolong juga dapat mengeratkan kasih sayang yang dipupuk di sebalik pekerjaan yang sama sama dilakukan, serta mewujudkan sikap saling hormat menghormati di antara individu dalam masyarakat. Maka dengan demikian suatu ummah itu dengan sendirinya akan kukuh dan dipandang mulia oleh bangsa lain.

Thursday, August 4, 2011

Kek Lapis DNA babi


Gambar Hiasan Sahaja

Apa nak jadi...semalam sosej pulut babi, ni lak kek lapis babi...lepas ni apa lagi yang berunsurkan babi agaknya. Semakin hari semakin kecil ruang untuk umat Islam menikmati makanan tanpa was-was walaupun pemimpin negara istiharkan negara Malaysia adalah negara Islam. Tetapi tindak tanduk dan perilaku tak mengambarkanya. 
Bagi ZackJ, pemantauan ada, perlaksanaan dan ketegasan undang-undang tidak seiring dengan tuntuntan masyarakat terbanyak. Fikir-fikirkanlah, pada masa akan datang, apa lagi yang boleh kita harapkan.

Wednesday, August 3, 2011

Allah s.w.t Menolak 1 Dari 3 Doa Rasulullah s.a.w


Taskirah hari malam hari...


'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Sosej Pulut Babi - Hidangan Berbuka


Apa nak jadilah dengan Malaysia hari ini...macam2 ada..hati-hati jika berbelanja di Bazar Ramadhan...
Pihak yang terlibat pun satu, jika dah disyaki ada kandungan DNA babi tu, hentikanlah dulu jualanya...Dah berapa ramai orang Islam yang memakanya...


Sumber : Metro Online
KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Balasan Meninggalkan Solat


Salam sihat sejahtera. 
Macam mana puasa hari ini? Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Ok, hari ni ZackJ nak cerita satu kisah dizaman nabi. Nak baca tak? Ok, nak baca ke, tak nak baca ke..tak apa bagi ZackJ, yang pentingnya, ZackJ nak baca untuk diri sendiri....jom teruskan...

Tuesday, August 2, 2011

Pesanan & Nasihat


Pesanan dan nasihat ini, ZackJ tujukan khas kepada diri sendiri dan amnya kepada teman-teman semua. Andai kata, ianya berguna untuk teman-teman yang membacanya, sama-samalah kita mengamalkanya, salin ingat mengingati untuk jalan kebaikan adalah satu amalah mulia di sisi Allah.

Seronoknya Ramadhan

Salam sihat sejahtera,
Alhamdulillah, 1 Ramadhan telah kita lalui dengan tekun dan tabah. Alhamdulillah juga, tarwaih telah dilalui untuk hari yang kedua. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah meminjamkan dan menemukankan dengan bulan yang mulia ini. Kita sebagai hambanya, hanya kepada Allah kita berserah, hanya kepada Allah kita memohon, semoga untuk puasa kali ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Sekalung Penghargaan