Wednesday, July 6, 2011

Awasi Anak Kita


Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem tubuh manusia melalui:
  • Mulut
  • Sedutan/Pernafasan
  • Kulit atau mata.
Bahan-bahan toksik yang sering mengakibatkan keracunan seperti:
  • Ubat-ubatan
  • Racun Serangga
  • Gas
  • Produk pertanian seperti baja dan racun rumpai
  • Bahan-bahan kimia industri.
  • Bahan-bahan pencuci di rumah
Apakah gejala-gejala keracunan?
Gejala keracunan bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat, jumlah yang diambil terdedah dan usia mangsa. Ada keracunan yang kesannya timbul serta-merta dan ada yang mengambil tempoh beberapa jam atau hari sebelum menunjukkan gejala.
Gejala-gejala yang sering berlaku ialah:
  • Loya
  • Muntah
  • Pening
  • Sakit perut
  • Sesak nafas.
Apakah kesan-kesan akibat keracunan?
Kesan keracunan yang berlaku bergantung kepada jenis bahan toksik, jumlah yang diambil, usia dan keadaan kesihatan mangsa.

Bagaimana saya boleh membantu mangsa keracunan?
Bantuan awal kepada mangsa adalah bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat. Umumnya, bantuan segera berikut amat diperlukan:
  • Alihkan mangsa daripada punca bahan toksik serta-merta
  • Tanggalkan pakaian yang tercemar seberapa segera
  • Basuh anggota yang terlibat menggunakan air.
Hantar segera mangsa ke hospital.
Kenal pasti bahan toksik yang terlibat dan serahkan kepada doktor yang merawat.

Bagaimana saya boleh mencegah keracunan?
  • Baca label pada botol/bekas sebelum mengambil/memberi sebarang ubatan.
  • Ambil ubatan seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Pakai peralatan perlindungan diri semasa mengendalikan sebarang bahan kimia.
  • Pastikan racun/bahan toksik disimpan ditempat yang selamat.

No comments:

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan