Thursday, July 21, 2011

ZackJ

Seorang anak kepada suami isteri
suami kepada seorang isteri
bapa kepada tiga putera tiga puteri
sekolah tak lah tinggi
rezeki dicari bersama kompeni ini 
singapore, japan, usa, canada dan jermani
terkini sebagai eksekutif industri 
pernah juga niaga sendiri
ada untung tapi rugi
dek kerana kawan sendiri
cabut lari bersama wang berguni-guni
sayang anak simpati isteri  
kaulah permata hati hingga aku mati
jasa keluarga tak dapat aku balasi
pengorbananmu sangat aku hargai
berliku perjalanan hidup yang telah aku lalui
duka silam jangan ditangisi
hidup ini perlu diterusi
aku hanyalah hamba di muka bumi
mengharap ihsan untuk dirahmati 
oleh yang maha kuasa , Ilahi.

11 comments:

ZWAN SABRI said...

seloka pasai diri sendiri ek? nice..
btw, tumpang simpati bila ada kawan yang sanggup khianat dlm perniagaan.. HUHU

MySuaraBlog: Nak Peluk Kamu!

ZackJ said...

eermm tq.

soooooour said...

kwn mkn kwn??haissssh....

Nizam Ijam said...

terbaik!!!


” Nizam Ijam Dot Com”

izfanora said...

sahabat sejati sukar dicari.. :)

A'an said...

Style :D

KeTaM_BaTu said...

terbaiklah zack... tp kalau ketam dapat kawan yang makan kawan tuh, ketam sepit dia laju-laju. haha

fiq. said...

nice puisi (kot) tapi dah faham cerita serba sedikit, =D

minniey said...

ei mcm2 jenis

abah khalisha said...

fuhhh..anak tiga dah ni

ZackJ said...

abah kha :3 putera 3 puteri

minniey : kat dunia ni mmg bermacam ragam..

fiq : tq..keseluruhan hidup ada disitu

en ketam :tq..pinjam sepit tu, nak sepit dia

seluruhnya : hati2 dengan kawan yg baru dikenali dan juga yg kita anggap baik. kerana ni ada 4 jenis, nanti kalau ada masa z akan huraikan apa itu kawan yang 4 jenis ni..

ok tq all..

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan