Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum semua teman-teman sekalian.
Semua orang sudah tahu, hari Ahad 31 July 2011 adalah hari untuk para penoropong negara, akan bersiap menyediakan peralatan untuk menyaksikan anak bulan. Menurut hisab, 1 Ramadhan akan jatuh pada hari Isnin bersamaan 1 Ogos 2011. 

Justeru itu, ZackJ ingin mengambil  kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua teman-teman sekelian. Insyaallah, jika diizinkan, dapatlah kita sama-sama menyambutnya dengan penuh rasa ketakwaan di dalam jiwa. 

Dikesempatan ini juga, ZackJ ingin memohon ampun dan maaf, seandainya ada kata-kata dan juga perbuatan ZackJ melangkaui norma-norma kehidupan semulajadi teman-teman yang mengakibatkan rasa benci, marah, geram, meluat, sakit hati, terguris hati dan sebagianya. Sesungguhnya, ZackJ hanya insan kerdil dimuka bumi ini yang tak lari dari melakukan kesilapan. 

Doa ZackJ, semoga dibulan yang mulia dan penuh rahmat ini, dapatlah ZackJ dan kawan-kawan semua menjalani ibadah ini dengan lebih tenang serta mendapat keberkatan dari Ilahi.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua.

Wassalam
ZackJ


Keistimewaan Ramadhan


Puasa Ramadhan adalah rukun keempat dalam Islam. Firman Allah Ta'ala: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan asas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183).

            Sabda Rasulullah s.a.w.: "Islam didirikan di atas lima sendi, iaitu: syahadat tiada sembahan yang haq selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji ke Baitul Haram." (Hadits Muttafaq 'Alaih).

Saturday, July 30, 2011

Kesempurnaan Puasa


Salam sihat selalu.
Apa kabar semua teman2 ZackJ yang dimuliakan. Sambungan entri yang lepas mengenai Risalah Ramadhan. Asyik bersambungan aje ZackJ ni, tah apa-apa tah…Kali ini bagaimana untuk kita dapatkan puasa yang sempurna untuk kita amalkan. Harapan ZackJ, moga kita sama2 dapat sedikit ilmu darinya.

Friday, July 29, 2011

Rawatan Osteoartritis


Salam sihat selalu.
Untuk kali ni, apa yang telah ZackJ janjikan pada entri yang lepas. Jika kawan belum membacanya boleh lah klik disini dan disini.
Kali ini kita bersambung dengan kaedah-kaedah rawatan yang ada untuk membaikpulih penyakit Osteoartritis ini.

Risalah Ramadhan

Salam sihat semua,
Dalam beberapa hari lagi Ramadan akan menjengah kita. Bulan mulia bagi umat Islam 1Dunia. Ini adalah satu tuntutan bagi umat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab mereka semua. Teruja dengan kehadiran ramadhan, ZackJ ada sedikit buah tangan untuk tatapan semua kawan2 seagama. Mudah-mudahan dapat sedikit ilmu darinya.

Thursday, July 28, 2011

Nazar


Salam sihat sejahtera,
Dalam keheningan pagi, dengan kelat2 mata, yang lain asyik dilamun mimpi indah berjumpa bidadari. ZackJ masih menjadi penunggu setia di kebun ini. Saja, sambil menepis-nepis nyamuk disekeliling dapat jugalah idea untuk  berkongsi tentang satu firman Allah s.w.t ini. Sepanjang perjalan hidup ZackJ, kebanyakannya orang melayu lah yang suka bernazar. Jom kita fahami firman ini, semoga medapat sedikit ilmu darinya.

Wednesday, July 27, 2011

Jenis @ Simptom Osteoartritis

Salam sihat sejahtera.
Seperti yang ZackJ janjikan, ini adalah sambungan entri semalam. Jika ada yang belum membaca nya bolehlah klik disini.


Untuk kali ini, kita kenali pula jenis dan simptom osteoartritis.

Kebaikan Dalam Peristiwa


Salam sihat selalu,
Dalam penat mengusahakan sesuatu, dapat juga ZackJ coretkan ini untuk tatapan ZackJ sendiri. Jika kawan2 semua nak baca, silakan, sekurang2nya dapat sedikit ilmu darinya.

Allah memberitahukan kita bahawa dalam setiap peristiwa yang Dia ciptakan terdapat kebaikan di dalamnya. Ini merupakan rahasia lain yang menjadikan mudah bagi orang-orang yang beriman untuk bertawakal kepada Allah. Allah menyatakan, bahkan dalam peristiwa-peristiwa yang tampaknya tidak menyenangkan terdapat kebaikan di dalamnya:

Monday, July 25, 2011

Menjelang Tua

Salam sihat sejahtera.
Apa kabar semua, semoga ceria dipagi Isnin ini.
Semua orang berharapkan untuk dilanjutkan usia sehingga ke tua dalam keadaan sihat sejahtera.Namun, mampukankah kita melewati usia ini. Jika mampu, syukur kehadrat Allah swt. Usia pinjamnya, pada bila-bila masa boleh diambil nikmat itu.

Ok, bukan soal tu yang ZackJ nak coretkan. Untuk n3 kali ini, sepatutnya tajuk yang lebih sesuai adalah Kehidupan Dengan Osteoartritis yang mengambil alih.

Sunday, July 24, 2011

Cegah Staphylococcus


Jangkitan Staph Sepintas Lalu

Staphylococcus adalah kumpulan bakteria yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Jangkitan Staph boleh menyebabkan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan secara langsung atau kerana pengeluaran toksin oleh bakteria.
Bisul, impetigo, keracunan makanan, selulitis dan sindrom kejutan toksik semua contoh-contoh penyakit yang mungkin disebabkan oleh Staphylococcus.

Saturday, July 23, 2011

Fitnah

Salam sihat sejahtera.
Pagi ni , teringin pulak nak cerita tentang fitnah. Kawan2 semua pernah kena fitnah tak? Klau tidak bagus la. Kalau pernah terkena, apakah perasaan anda? Apakah tindakan anda?

Jom kita intai disini, apa yang boleh kita pelajarinya darinya.


Fitnah adalah cubaan dan ujian. Dosa syirik disebut fitnah dan kekufuran juga disebut fitnah. Allah berfirman dalam kitab-Nya:
“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi.” (Al-Baqarah: 193)

Friday, July 22, 2011

Renung dan Fikirkan

Salam sihat petang Jumaat.
Sebenarnya entri untuk kali ini sepatutnya sambungan bakteria staph, tetapi ditangguhkan untuk seketika sebab tetiba ZackJ terfikir tentang yang ni pulak.


Cuba perhatikan engin pencarian yang dah ZackJ printscrn ni. Page carian dari Malaysia.

Thursday, July 21, 2011

ZackJ

Seorang anak kepada suami isteri
suami kepada seorang isteri
bapa kepada tiga putera tiga puteri
sekolah tak lah tinggi
rezeki dicari bersama kompeni ini 
singapore, japan, usa, canada dan jermani
terkini sebagai eksekutif industri 
pernah juga niaga sendiri
ada untung tapi rugi
dek kerana kawan sendiri
cabut lari bersama wang berguni-guni
sayang anak simpati isteri  
kaulah permata hati hingga aku mati
jasa keluarga tak dapat aku balasi
pengorbananmu sangat aku hargai
berliku perjalanan hidup yang telah aku lalui
duka silam jangan ditangisi
hidup ini perlu diterusi
aku hanyalah hamba di muka bumi
mengharap ihsan untuk dirahmati 
oleh yang maha kuasa , Ilahi.

Wednesday, July 20, 2011

Lagi Staphylococcus Aureus

Salam sihat sejahtera,
Lagi tentang Staph. Sesiapa yang belum membacanya dari awal boleh kesini untuk pengenalan dan seterusnya sambungan kedua disini.

Untuk kali ini, ZackJ ingin memberitahu secara ringkas tentang kulit terbakar / melecur disebabkan oleh Staph ini. Sindrom kulit melecur adalah kesan yang serius disebabkan oleh jangikatan Staph.

Tuesday, July 19, 2011

Sambungan Staphylococcus

Salam sihat ceria selalu.
Seperti yang ZackJ janjikan, hari ini, alhamdulillah ada kelapangan diwaktu pagi, dapat kita meneruskan sambungan entry yang lepas. Ada sesiapa yang belum membacanya entri pertama bolehlah klik disini.

Ok, ZackJ nak sambung sedikit tentang Staphylococcus ni dengan lebih dalam sedikit. Staphylococcus sebenarnya adalah dari bahasa Yunani – staphyle bererti sekelompok anggur dan coccos yang bererti berry (Buah Berry). Staphylococcus Aureus (S.aureus) adalah bakteria gram positif yang meghasilkan pigmen kuning, bersifat aerob faklutif, tidak meghasilkan spora. Umumnya, bakteria ini hidup berpasangan mahupun berkelompok.

Monday, July 18, 2011

Bakteria Staphylococcus

Salam sihat ceria semua teman-teman.
Dah lama entri ini tersimpan di draf folder dan hari ini ada sedikit keluangan masa dapatlah disambung lagi. Entri ini adalah atas pemintaan seorang teman yang selalu memberi komen di dalam penulisan blog ni. Teman yang ZackJ maksudkan ialah Mr NAZc. Ini permintaannya. Insyaallah , serba sedikit dapatlah dikongsi bersama. Ianya hanya asas sahaja, tidaklah selengkap  seorang doktor.

Sunday, July 17, 2011

Padanan yang Sempurna

Salam perkabaran sihat ceria semua.
Rasanya dah 2- 3 kali ni ZackJ post entri agak tersasar dari tujuan asal. Adakah ini pengaruh atau tiada ketetapan dalam memikirkan sesuatu? Haha…setiap yang hidup pasti akan rasa lalai…Ya, itu adalah kerja-kerja jahat yang membisikan ditelinga ini…Bukan salah sesiapa, yang baik datangnya dari Yang Maha Esa, dan yang tak baik datangnya dari aku sendiri.

Saturday, July 16, 2011

Seruling Berbunyi

Bicara indah tiupan jiwa
Muzik dialun menusuk kalbu
Kugubah bicara, berperibahasa
Bukan untuk santapan para dewa
Jika pandai menggulai,
bandar pun menjadi tenggiri
Moga sampai hajat hati nulari
Menyusun bicara mengatur jemari
Seruling berbunyi mengajar seni

Tandus alunan, gersang tarian
Sekali bersiul dahrurat menghilang
Germesik bunyian, menyubur kesenian
Mengesot hilang rasa kecelaruan
Hasil jiwa menghadam muzik cikguwan

Genap Sebulan

Salam sihat selalu.
15 July 2011 genaplah 1 bulan blog aku yang ni Mesti Milik - Inpirasi Kehidupan lahir kealam maya.
Aku pun tak tahu, kenapa aku begitu memberikan perhatian yang lebih kepada blog ini sedangkan yang aku ingat dah lebih 9 blog yang aku buat sepanjang aku mengenali apa itu komputer dan internet pada tahun 2001. Yang lain nya, sekadar aku suka-suka, buat 2,3 n3 dah..aku tinggalkan. Malah hingga hari ini, ada yang passwordnya pun aku lupa.
Ya lah, walau tak seberapa rupa bentuknya, jika nak dibandingkan dengan kawan2 yang lain, tapi aku wajib berbangga diatas apa yang telah terhasil. Bukan nak rasa riak, takbur, tetapi inilah cara aku menghargai diri aku sendiri.
Persoalanya kenapa aku harus berbangga....??? Jawapanya adalah kerana aku tak pernah mendapat pendidikan formal tentang komputer, aku tak pernah belajar bagaimana untuk menaip di key board, aku tak pernah membeli e-book tentang bagaimana untuk membina blog, pendek kata aku memang buta IT. Sehinggalah ke hari ini, jujur aku kata kan bahawa tiada seorang guru yang aku boleh panggil guru yang memberi tunjuk ajar aku tentang komputer. Semuanya melalui pengalaman try n error aku. Itulah GURU aku yang sebenarnya dalam mempelajari komputer ini - Pengalaman Try n Error.
Dengan berbekalkan komputer lama, aku gagahi juga untuk membina dan merasai kenikmatan berblog ini seperti mana sering aku baca dilaman2 orang lain. Insyaallah, selagi ada kudrat, ingatan yang sempurna dan keizinan masa yang Allah swt pinjamkan, selagi itulah akan aku teruskan berbelog.
Alhamdulillah, sepanjang sebulan yang berlalu, inilah hasilnya....Aku sangat-sangat berterima kasih diatas sokongan kawan-kawan semua kerana dapat menerima kehadiran aku di alam maya ini.
Ini adalah untuk coretan dan ingatan aku, kerana masa akan terus berlalu meninggalkan waktu yang berharga ini.
1. Follower  : 138 (Blog Ke 138)
2. Page view : 9328
3. Blog Pertama yang memberi komen adalah Kotak Hitam
4. Blog Pertama yang link kan aku ke blog nya adalah Tulus Dari Hati
5. Blog Pertama dari Luar Negeri (Syria)  yang menyertai aku adalah Travelogmujahidah
6. Blog Pertama dari daerah Kelahiran aku ..Orang Muo
7. Follower Pertama - Coklat Kismis Doa (aku punya)
8. Follower Pertama jejak ankga Puluh - Hati Bukan Untuk Disakiti
9. Follower Pertama jejak angka ratus - Kedai Online Pak Mat
10. Post sebanyak 94 termasuk yang ini.

Tak lupa juga, terima kasih kepada pengomen2 yang biasa seperti Ketam Batu, Dari Bendang dan Seronoknya. Ada yang juga yang lain2 tu tapi tak lah dapat nak menaip semuanya, Apa pun terima kasih kepada semua pelawat2 blog ini.

Wasalam, sihat sejahtera selalu.
ZackJ

Friday, July 15, 2011

Cirit Birit

Salam sihat sejahtera semua. 
Tengok sahaja tajuk, rasa memang macam geli nak baca. Tapi apa boleh buat, semua orang boleh terdedah dengan cirit birit atau pun keracunan makanan. Cerita tentang cirit birit ni, tak kira tua muda, miskin kaya, kuli atau raja, kalau tak tau nak jaga kebersihan, tak tau macam mana boleh kita hindarkan maka penyakit ni akan datang menyerang. Baru2 ni, dalam paper ada menyiarkan 70 orang isteri wakil rakyat keracunan makanan. Haa...keracunan ni tak kira isteri orang ke, anak orang ke, cucu orang ke...
bayangkan, jika anda berada dalam situasi cam tu...macam mana...

Thursday, July 14, 2011

Hidung Berdarah

Salam, Pernah tak kwn2 semua hadapi hidung berdarah?
Jika berlaku, apakah yang anda lakukan? 
Ketika ZackJ kecil dulu memang ada menghadapinya. Ketika itu, jika berlakunya hidung berdarah, org tua suruh sumbat hidung tu dengan daun sirih untuk memberhentikan darahnya. Adakah kawan kawan juga bergitu?
Tak apa, kat sini ZackJ nak bagitau tentang  hidung berdarah, walaupun tak terlalu detail...yang penting kita tau apa punyanya..

Wednesday, July 13, 2011

Bersin

Apa itu bersin?
Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara 
tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri 
untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung.Pada umumnya, ia tidak serius 
tetapi boleh mengganggu.

Tuesday, July 12, 2011

Tip Bagi Ibu Hamil

Salam sihat dipagi selasa.. 
mesti milik inpirasi kehidupan bercerita,
banyak perkara memendam rasa,
ibu hamil pembuka bicara....


Ok kali ni ZackJ nak kongsi dgn semua orang yang hendak membaca, yang mana malas nak baca tu, tengok aje lah..ataupun suruh org lain baca dengan linkkan post ini kepada org tu... heheh 

Monday, July 11, 2011

Laporkan Pada Google

Salam, selamat sejahtera
Ini adalah sambungan untuk apa masalahnya blog aku ni. Semua follower punya gambar telah hilang dari pandangan. Dah puas aku godek tp tak boleh juga. Than aku cari n dapat form ini untuk laporkan pada google. Jadi sesiapa blognya yang ada masalah, boleh lah isi borang ni and post ke google. mudah an senang untuk apply.
Untuk masalah ni, rupanya bukan sahaja aku di Tanah melayu, tetapi dihadapi juga oleh dunia luar sana.

Klik di link ini untuk buat report.

Semoga dapat membantu.

Sunday, July 10, 2011

Apa Masalahnya

Tak tau lah apa masalahnya.
Semua gambar2 follower tak kelihatan. dah 2 hari aku godeh sana godeh sini.
Tapi tak menjadi. Almaklumlah, aku ni tak berapa nak celik IT. Buat ni pun main hentam keromo aje.
Ada sesiapa yg boleh tolong, tolong la bagitau aku cam ner nak buat. Setiap pertolongan ada balasanya.
..dapat PAHALA saham syurga...
Didahului dengan ucapan jutaan terima kasih bagi yang sudi membantu...

Asma


Dah baca tentang hama... ini adalah sambungannya...
Penyakit asma adalah penyakit yang sangat sinonim di negara kita. Ia berlaku pada pelbagai lapisan masyarakat. Dari yang sekecil-sekecil budak sehingga setua-setua manusia. Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan. Walaubagaimanapun ia tidak bersifat kekal kerana ia boleh dikembalikan kepada asal atau nama lainnya ‘reversible’.

Saturday, July 9, 2011

Kenapa gigi perlu dicabut?

Kebanyakan gigi perlu dicabut kerana mengalami kerosakan teruk atau menjadi terlalu longgar. Cabutan gigi merupakan satu prosedur biasa yang ringkas, selamat dan mudah.

Apakah yang anda perlu lakukan sebelum cabutan gigi? 
► Sebelum ke klinik, pastikan anda;
  • makan terlebih dahulu
  • ambil ubat-ubatan harian yang perlu (contohnya untuk penyakit kencing manis)

Friday, July 8, 2011

Buang Lemak

.MASALAH perut buncit dan sembelit adalah kesan daripada cara pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. Ia merupakan satu kesilapan sekiranya anda membiarkan perkara ini terjadi.

Ini kerana perut buncit tidak akan hilang dengan sendirinya malah saiznya akan bertambah sekiranya tidak diberikan rawatan.

Thursday, July 7, 2011

Gigi Sensitif

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/elderly/sensitive2.jpg
Latar belakang 
Gigi sensitif merujuk kepada keadaan sakit gigi atau ngilu yang disebabkan oleh pendedahan lapisan dentin (lapisan dalam gigi) atau gusi yang menyusut (resesi). Sakit gigi atau ngilu boleh diransang apabila,

Garis Panduan diet Malaysia

1. Makan Pelbagai Jenis Makanan
  • Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
  • Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
  • Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.

Gastrik


Ulu hati saya selalu berasa pedih dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya mengalaminya. Saya tidak pasti sama ada penyakit itu gastrik atau sebaliknya. Kadangkala saya berasa makanan yang saya makan seperti tidak hadam. Jika saya mengalami pedih ulu hati, saya akan muntah. Anehnya, selepas muntah, saya berasa selesa dan pedih ulu hati itu akan berkurangan.Doktor, apakan masalah yang saya hadapi itu?

Ruam Lampin


Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang
dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika
dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi
merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam
lampin.
Apakah itu Ruam Lampin?
Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan
merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

861700 Chewable Natural C


C Yang Enak Untuk Anak

Tablet boleh kunyah berperisa yang lazat untuk menambah keperluan vitamin C kanak-kanak setiap hari. bagus untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang tak suka menelan tablet.
  • Satu tablet yang boleh dikunyah memberi 30 mg vitamin C semula jadi, yang datang daripada Pekatan Ceri Aserola NUTRILITE yang eksklusif dan anda akan menyukai perasa 'punch' buah-buahan semula jadi yang enak.

421700 (100 tablet) Multivitamin dan Iron Supplement


Multivitamin dan Zat Besi Untuk Kanak-Kanak
Kanak-kanak selalunya lebih sukakan gula-gula, aiskrim dan kentang goreng yang tidak begitu berkhasiat untuk kesihatan mereka. Diet yang teruk boleh bererti mereka kehilangan vitamin dan mineral yang penting untuk memenuhi keperluan tubuh mereka yang sedang membesar. Memberi suplemen NUTRILITE Chewables adalah satu cara untuk memastikan mereka mendapat apa yang mereka perlukan.

100325 (500g) Minuman Campuran Protein

Minuman tepung protein segera yang berperisa beri campuran yang lazat pasti digemari kanak-kanak dan orang dewasa. Furmula baru dicampur dengan mudah dalam air dan diperkukuhkan dengan nutrien asas yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan kanak-kanak.

  • Minuman yang lazat rasanya dengan formula baru yang hebat yang larut dengan mudah dalam air sejuk.
  • Satu sajian memberi 8 g protein daripada protein soya yang diasingkan juga 18 asid amino, 30 mg vitamin C dan 250 mg kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

103208 Salmon Omega - 3

Lemak untuk kesihatan yang Baik

Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. beberapa lemak yang memberi manfaat, seperti asid lemak Omega-3 tidak dihasilkan oleh tubuh dan mesti dibekalkan melalui diet. EPA (asid eikosapentaenoik) dan DHA (asid dokosaheksanoik) adalah dua asid lemak perlu daripada kumpulan Omega-3. Ikan laut adalah satu daripada sumber terbaik asid lemak Omega-3.

Wednesday, July 6, 2011

Vitamin Dan Mineral

SAYA berusaha untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan, terutamanya apabila saya perlukan prestasi mental dan mental yang baik demi kerjaya, keluarga dan diri sendiri.


Namun, saya sering keletihan menjelang petang dan seringkali tidak berkesempatan untuk menyediakan hidangan malam keluarga. Apakah vitamin untuk membantu saya untuk menangani cabaran seharian?

Tidur Dengan Hama

Adakah anda tidur dengan Hama Habuk?
Sebelum anda menjawab "TIDAK", fikirkan ini:


1. Hama habuk rumah berukuran tidak lebih daripada 0.3mm dan membiak dalam tilam, permaidani, perabot dan aksesori serta peralatan tempat tidur.


2. Hama habuk hidup dalam habuk rumah dengan memakan habuk yang terhasil daripada kulit yang kita tanggalkan setiap hari.

Awasi Anak Kita


Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem tubuh manusia melalui:
  • Mulut
  • Sedutan/Pernafasan
  • Kulit atau mata.

Tuesday, July 5, 2011

Sihat Awet Muda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok, dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat kita takut untuk menghadapi masa tua.

Sunday, July 3, 2011

Nafas Berbau

Nafas berbau adalah masalah yang memalukan dan tidak menyenangkan. Ia juga lebih biasa berlaku berbanding apa yang anda fikirkan dengan anggaran 90 juta orang mengalaminya diseluruh dunia. Walaupun terdapat banyak sebab tersembunyi untuk nafas berbau termasuk pilihan makanan, keadaan kesihatan dan tabiat gaya hidup.

Sahabat

Tidak selalu apa yang kita harapkan berjalan lancar. Pengalaman kita bersama sahabat kadang-kadang membuatkan kita sangat lelah dan terasa jengkel. Tetapi itulah yang mengikat tali persahabatan semakin mempunyai nilai indah. Setiap persahabatan akan berdepan dengan cabaran tetapi akan sentiasa mengatasi cabaran hingga mengukuhkan perhubungan itu.


Peribahasa :
Sehari selembar benang,  lama-lama menjadi kain. 
Sesuatu pekerjaan, walau bagaimana sukar sekalipun, kalau dilakukan dengan tekun, akhirnya akan berjaya juga.

Perkembangan Otak Semasa Kecil

Otak kanak2 berkembang sejak dari rahim ibu dan terus berkembang selepas mereka lahir.
Ketika peringkat trimester terakhir kitaran fetus dan dua tahun pertama usia kanak2, otak akan mengalami pertumbuhan yang sangat pesat.

Friday, July 1, 2011

Mudarat Kehamilan


Gaya hidup boleh memberikan kesan kepada wanita mengandung. Ini termasuk cara pemakanan, pengambilan alkohol, tabiat merokok, dan kekerapan mereka bersenam. Mereka seharusnya mangambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan kesan buruk ke atas bayi

Waktu Untuk Mengandung


Anda pernah mengandung?
Apa? Tak penah...? Ok bagus...belum nikah jangan mengandung dulu tau..
Kali ni ZackJ nak kongsi untuk yang dah berkahwin sahaja. Khas untuk yang baru melangsungkan perkahwinan. Bagi pengantin lama, boleh juga baca untuk pengetahuan.
Memilih masa terbaik untuk mempunyai bayi adalah amat penting demi meningkatkan kualiti kelahiran serta memastikan kesihatan ibu dan bayi. Terutama apabila kesihatan bakal ibu kurang sempurna dan ibu menghidapi penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan asma, yang tentunya memberi kesan semasa kehamilan.

Sekalung Penghargaan