Friday, July 1, 2011

Waktu Untuk Mengandung


Anda pernah mengandung?
Apa? Tak penah...? Ok bagus...belum nikah jangan mengandung dulu tau..
Kali ni ZackJ nak kongsi untuk yang dah berkahwin sahaja. Khas untuk yang baru melangsungkan perkahwinan. Bagi pengantin lama, boleh juga baca untuk pengetahuan.
Memilih masa terbaik untuk mempunyai bayi adalah amat penting demi meningkatkan kualiti kelahiran serta memastikan kesihatan ibu dan bayi. Terutama apabila kesihatan bakal ibu kurang sempurna dan ibu menghidapi penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan asma, yang tentunya memberi kesan semasa kehamilan.

Pencegahan faktor merbahaya dan rawatan penyakit berjangkit amat penting bagi wanita mengandung demi mengelak kehamilan dan posnatal berisiko tinggi.
Mereka yang merancang kehamilan sepatutnya menghadiri kaunseling penjagaan pra-kehamilan. Mereka akan lebih bersedia secara fizikal, psikologi, rohani, dan persekitaran sosial sebelum kehamilan.
Beberapa keadaan kronik yang mungkin memudaratkan kehamilan seseorang ialah asma, kencing manis (diabetes), penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

Keadaan ini boleh menyebabkan kehamilan menjadi sukar kepada si ibu yang juga boleh menyebabkan kesukaran bersalin. Selain itu, keadaan ini boleh menimbulkan risiko tambahan kepada ibu dan bayi.
Asma
Asma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kehamilan yang lebih sukar dan memungkinkan satu persekitaran yang kurang sempurna untuk perkembangan janin. Bagi sesetengah wanita, dengan asma yang sederhana kehamilan boleh menyebabkan asma menjadi lebih teruk atau akut.
Kencing Manis (Diabetes)
Kencing manis melitus yang tidak terkawal (paras gula dalam darah yang tidak stabil) boleh menyebabkan saiz pembesaran bayi meningkat, sekali gus menyebabkan kesukaran bersalin. Kemungkinan kelahiran mati adalah tinggi, dan bayi lebih cenderung mengalami obesiti dan masalah-masalh kesihatan yang lain. Diabetes, jika tidak dikawal dengan sempuran sebelum kehamilan, penyakit kencing manis boleh meningkatkan risiko kecacatan kelahiran.
Penyakit Jantung
Walaupun kebanyakan wanita yang menghidap penyakit jantung boleh mengalami kehamilan yang sihat, masalah tertentu boleh menambah risiko kepada wanita mengandung. Gangguan saluran darah akan menjadi lebih teruk, dan keadaan seperti hipertensi pulmonari primer atau sindrom Marfan boleh meningkatkan risiko kematian ibu.
HPT
Hipertensi yang tidak terkawal boleh menyebabkan komplikasi atau kesulitan kehamilan dan mendatangkan risiko kepada ibu dan janin.
Ubat
Perancangan pra kehamilan boleh mengenal pasti ubat yang diperlukan dan memberikan pengubahsuaian yang sewajarnya dalam dos atau pilihan ubat.
Tahap Imun
Jika seseorang wanita menghidapi rubella (campak German) semasa hamil, terutamanya pada tiga bulan pertama, kemungkinan bayi mengalami kecacatan jantung adalah tinggi.

1 comment:

CintaZulaikha said...

oooooooooo...humm. bagus info nih. timer kaseh.

Sekalung Penghargaan