Thursday, July 14, 2011

Hidung Berdarah

Salam, Pernah tak kwn2 semua hadapi hidung berdarah?
Jika berlaku, apakah yang anda lakukan? 
Ketika ZackJ kecil dulu memang ada menghadapinya. Ketika itu, jika berlakunya hidung berdarah, org tua suruh sumbat hidung tu dengan daun sirih untuk memberhentikan darahnya. Adakah kawan kawan juga bergitu?
Tak apa, kat sini ZackJ nak bagitau tentang  hidung berdarah, walaupun tak terlalu detail...yang penting kita tau apa punyanya..

Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?

Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.
Apakah punca hidung berdarah?
  • Kecederaan di hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Terlalu kerap bersin
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung
Apakah yang perlu dilakukan?
Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera:
  • Duduk dan tunduk ke hadapan
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
  • Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

3 comments:

anor said...

salam....masa kecik2 dulu anor kerap juga alami hidung berdarah.....anor juga amalkan pekup hidung dengan daun sirih....berkesan...

ZouL said...

hidung berdarah ni kalau nak rawat kene banyak minum ai.itupun kalau sebab kurang air la hehe.Aku Punyer Lah!

tnZackJ said...

Armouris, terima kasih atas info itu.maklumat maklumat.

anor..kita org kampung mmg biasa cam tu..

Zoul.. minum itu salah satu dari nya..biasa suhu badan terlalu panas

Sekalung Penghargaan