Salam sihat selalu.
Untuk kali ni, apa yang telah ZackJ janjikan pada entri yang lepas. Jika kawan belum membacanya boleh lah klik disini dan disini.
Kali ini kita bersambung dengan kaedah-kaedah rawatan yang ada untuk membaikpulih penyakit Osteoartritis ini.
Banyak pilihan rawatan tersedia untuk membantu pesakit mengurangkan symptom-simptom osteoarthritis, meningkatkan pergerakan sendi dan mengurangkan kesan kerosakan sendi. Sesetengah rawatan di klinik dan di rumah termasuk yang berikut :
Ubat – Pelega kesakitan, ubat antiradang bukan steroid, pelega otot, krim, salap dan semburan adalah beberapa ubatyang diguna secara meluas untuk mengurangkan symptom. Hati-hati ketika mengambil mana-mana ubat ini dan yang terbaik ialah dengan nasihat doktor kerana NSAIDs juga diketahui boleh menyebabkan masalah gastrousus.
Terapi Panas dan Sejuk – Termoterapi adalah salah satu kaedah paling mudah dan berkesan dalam melegakan kesakitan. Rawatan panas seperti pad panas dan mandian panas boleh melegakan kekejangan sendi serta otot yang keletihan. Manakala rawatan sejuk boleh merawat kesakitan akut atau kebas dengan itu mengurangkan keradangan dan pembengkakan.
Suntikan – Dalam sesetengah kes, doktor mungkin mengesyorkan suntikan dengan pelincir sendi dan kortison, ubat antiradang yang berkuasa terus ke sendi. Suntuikan memberikan kelegaan segera kepada sendi yang sakit dan membengkak, tetapi mungkin kurang berkesan dengan setiap suntikan berikutnya.
Pembedahan – Pembedahan disyorkan hanya pada kes-kes lanjutan, boleh termasuk Perlakuran (penyambungan tulang di sendi), Osteotomi (penjajaran semula sendi), ‘Skoping’ sendi (membersihkan sendi), atau Penggantian Seluruh Sendi (semdi tiruan buatan manusia). Pembedahan umumnya hanya disarankan jika osteoarthritis ditunjukkan dapat mengurangkan dengan drastik keupayaan seseorang menjalani kehidupan normal.
Rawatan Alternatif dan Pelengkap – Di samping rawatan perubatan yang standard, ramai juga individu yang mendapatkan terapi akupuntur serta urutan untuk melegakan symptom osteoarthritis dengan memperolehi hasil yang cemerlang.
Ok, cukup dulu untuk petang Jumaat ini. Untuk entri yang akan datang, ZackJ akan beritahu apakah cara untuk kita mengelak serta dapat mengurangkan risiko mengidap Osteoartritis. Tungguuuu
1 comment:
Diana , terima kasih diatas maklumat ni.
Post a Comment