Salam perkabaran sihat ceria semua.
Rasanya dah 2- 3 kali ni ZackJ post entri agak tersasar dari tujuan asal. Adakah ini pengaruh atau tiada ketetapan dalam memikirkan sesuatu? Haha…setiap yang hidup pasti akan rasa lalai…Ya, itu adalah kerja-kerja jahat yang membisikan ditelinga ini…Bukan salah sesiapa, yang baik datangnya dari Yang Maha Esa, dan yang tak baik datangnya dari aku sendiri.
Padanan Yang Sempurna. Pernahkah anda terfikir tentang ini…Rasanya yang lelaki seperti ZackJ ni agak kurang, pendek kata lebih kurang aje. Mungkin, ini agak sesuai bagi yang perempuan…pakai baju mesti nak match dengan tudung, kasut, tas tangan, gincu dan macam-macam lagi laaa…kadang-kadang tu, nak menetukan apa yang hendak dipakai pun mengambil masa berhari-hari, terutamanya jika ada majlis-majlis yang gah…maaflah jika andaian aku ni tersasar…huhu.
Untuk hari ini, bukan itu yang ZackJ nak bicarakan, tetapi tentang kehidupan yang lebih bermakna dari itu. Hidup adalah tentang keseimbangan. Sajian yang seimbang. Keseimbangan antara kerja dan rekreasi, keluarga dan kawan. Keseimbangn ilmu dan amalan. Pada konteks yang lebih luas, keseimbangan juga diperlukan dalam hubungan suami dan isteri, hubungan antara sains dan juga alam semula jadi.
Padanan yang sempurna ini, kita tak boleh bergantung kepada satu pihak saja, tetapi menyeluruh jika ingin maju dalam kehidupan yang lebih mencabar untuk masa-masa yang akan datang.
Setiap langkah dan aspek yang lebih terperinci, sama ada proses pertanian atau pengilangan, sains ialah kunci dalam memastikan kualiti, keberkesanan dan nilai produk adalah setinggi yang boleh dicapai. Dalam konteks perhubungan pula, FALSAFAH yang perlu dipegang pula adalah KEJUJURAN dan TOLERANSI, serta saling MEMPERCAYAI. Jadi, inilah RAHSIA yang paling besar untuk sesuatu kesesuaian kehidupan.
Sebenarnya, untuk zaman sekarang ini, falsafah itu sudah tak menjadi rahsia lagi. Semua orang mengatakan tentang kejujuran, bertolak ansur, percaya, hormat menghormati dan berbagai-bagai lagi. Walaupun ramuan falsafah ini adalah semulajadi dan hanya dituai dari segumpal otak ZackJ yang menjalani kehidupan biasa2 aje ini. Alhamdulillah, keinginan untuk berkongsi dengan kawan-kawan tetap ada.
Dengan keseimbangan antara perkara-perkara yang diperkatakan diatas, Insyaallah, ianya berupaya menghasilkan kehidupan yang sempurna demi hari ini dan hari esok kepada paras yang sesuai untuk kita.
Praktikkanlah didalam kehidupan seharian kita, semoga kita mendapat PADANAN yang SEMPURNA
2 comments:
kesempurnaan itu milik Allah ...aku sbg hamba hanya blh berlaku ikhlas :)
Ya betul, tak dinafikan
Post a Comment