Monday, July 25, 2011

Menjelang Tua

Salam sihat sejahtera.
Apa kabar semua, semoga ceria dipagi Isnin ini.
Semua orang berharapkan untuk dilanjutkan usia sehingga ke tua dalam keadaan sihat sejahtera.Namun, mampukankah kita melewati usia ini. Jika mampu, syukur kehadrat Allah swt. Usia pinjamnya, pada bila-bila masa boleh diambil nikmat itu.

Ok, bukan soal tu yang ZackJ nak coretkan. Untuk n3 kali ini, sepatutnya tajuk yang lebih sesuai adalah Kehidupan Dengan Osteoartritis yang mengambil alih.
Tetapi jika tajuk yang cam tu, terlalu statik sangat. Nanti kawan-kawan tak nak baca lak. Bagi ZackJ, ini penting untuk persiapan kita ketika menjelang tua atau untuk orang tua yang  sangat2 kita kasihi.

Kisah Benar
Encik Lee, 61 tahun, telah mengalami kesakitan pada kedua-dua lututnya yang semakin lama semakin serius sejak tiga tahun lalu. Beliau mengalami kekejangan kira-kira 20 minit ketika bangun pagi dan meghadapi kesukaran berjalan melebihi 30 minit disebabkan rasa sakit. Simptom2 ini biasanya menjadi terukketika mencangkung atau berjalan menuruni tangga.
Apa yang dideritai En.Lee ialah sejenis artritis yang turut dialami oleh seorang daripada sepuluh lelaki dan seorang daripada lima wanita berusia lebih 60 tahun, dikenali sebagai osteoartritis. Adakah kawan2 sudah mengalaminya walaupun belum setua En Lee.??

Sebagai salah satu daripada sepuluh penyakit paling menghilangkan keupayaan di negara-negara maju, osteoartritis adalah keadaan yang melemahkan menyerang lebih ramai wanita berbanding lelaki. Oleh sebab ia adalah bentuk artiritis yang paling lazim, Hari Artritis Sedunia disambut pada 12 Oktober setiap tahun dan telah diasaskan sebagai platform utama untuk membolehkan pemahaman lebih mendalam mengenai penyakit tersebut.

Osteoartritis berlaku akibat kerosakan pada rawan dalam sendi kita. Rawan menutup dan melindungi hujung tulang daripada bergesel antara satu sama lain. Apabila rawan beransur-ansur merosot atau rosak, sama ada disebabkan penuaan, tekanan, kecederaan atau keadaan kongenital, mangsa mengalami kesakitan, pembengkakan dan kekejangan pergerakan pada sendi mereka menyebabkan osteoartitis atau artritis 'haus dan lusuh'.

Tengok tu, tak semestinya tua untuk kena penyakit osteoartritis, orang muda pun sekarang ni ada yang mengalaminya. Jika kita yang sihat ni tak jaga kesihatan kita dari masa muda, tak mustahil osteoartritis akan mendampingi kehidupan kita pada masa akan datang.

Ok, cukup untuk kali ini, entri yang akan datang ZackJ akan kongsikan tentang Jenis dan Simptom Osteoartritis. Kenapa dan bagaimana orang  muda juga mengalami penyakit osteoartritis ini.

7 comments:

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, risaulaa kalau kena penyakit nii.. mintak2la dijauhi penyakit nii.. amin!

MySuaraBlog: Kunyah Untuk Kurus

tnZackJ said...

Dari muda lah kita nak kena jaga kesihatan kita, kalau dah tua nanti terlambat lak

fisya sabri said...

kena rajin minum susu la pasni...huhhu, takut!

tnZackJ said...

Susu hanya untuk tulang kak lang, utk rawan ada kaedah penjagaan lain. tunggu entri sy yg akan datang nanti. tq

Zul Muhammad said...

guna lah TYT...hihi

kay masingan said...

kena rajin minum anlene la lepas ini..huhuhuhu

tnZackJ said...

kalau nak minum anlene boleh utk tulang sahaja..utk rawan nak makan apa ek??

Sekalung Penghargaan