Wednesday, July 20, 2011

Lagi Staphylococcus Aureus

Salam sihat sejahtera,
Lagi tentang Staph. Sesiapa yang belum membacanya dari awal boleh kesini untuk pengenalan dan seterusnya sambungan kedua disini.

Untuk kali ini, ZackJ ingin memberitahu secara ringkas tentang kulit terbakar / melecur disebabkan oleh Staph ini. Sindrom kulit melecur adalah kesan yang serius disebabkan oleh jangikatan Staph.
Bakteria Staph akan menghasilkan protein yang tertentu yang akan menyebabkan kelonggaran “simen” yang memegang pelbagai lapisan kulit. Ini membolehkan pembentukan lepuh dan kulit terbakar umpama terkena matahari di tepian pantai. Jika ini berlaku keatas kawasan kulit badan , ianya boleh membawa maut. Ianya umpama tubuh badan kita mengelupas serta melecur umpama dipanggang diatas bara api.
Cuba perhatikan, bagaimana keadaannya jika kita memangang ikan, terutamanya ikan yang tiada sisik seperti ikan keli. Begitulah keadaanya jika Staph menyerang dan tidak dicegah pada peringkat awal. Penyakit ini berlaku terutamanya di kalangan kanak-kanak, tetapi ianya boleh berlaku juga pada sesiapa sahaja seperti yang ZackJ beritahu diawal-awal keluaran. Staph tak kenal usia, tak kenal bangsa. Ianya juga dikenali sebagai sindrom kulit melecur staphylococcal.

Ibu hamil, adakah janinnya akan selamat?
Apabila bakteria memasuki saluran darah dan merebak ke organ lain, bilangan jangkitan yang serius boleh berlaku. Penyebaran organisma ke dalam aliran darah dikenali sebagai bacteremia atau sepsis. Pneumonia Staphylococcal didominasi di kalangan orang yang mempunyai penyakit paru-paru  dan boleh membawa kepada pembentukan nanah di dalam paru-paru. Jangkitan pada injap jantung boleh membawa kepada kegagalan jantung. Penyebaran Staphylococci tulang boleh menyebabkan keradangan teruk tulang yang dikenali sebagai osteomielitis.
Lagi apabila bakteria Staph hadir tanpa diundang di dalam darah, keadaan yang dikenali sebagai sepsis staphylococcal (jangkitan meluas aliran darah) atau wujud bacteremia staphylococcal. Sepsis Staphylococcal juga merupakan penyebab utama kejutan dan kerencatan peredaran darah (darah terlebih pekat/kental), yang membawa kepada kematian. Jika tidak dirawat sepsis Staph membawa kematian pada kadar lebih 80 %.
Inilah ancaman janin didalam kandungan ibu hamil, apabila banyak fungsi darah, jantung, paru-paru  tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Untuk sambungan seterusnya, tunggukan entri yang akan datang…
Mampukan kita mencegah Staph?
Adakah kita menternak Staph untuk dihidangkan kepada ahli keluarga??
Tungguuuu….

4 comments:

Nizam Ijam said...

sumber ilmu yang berguna! tahniah :)


” Nizam Ijam Dot Com”

tnZackJ said...

terima kasih tuan, semoga sama2 dapat maanfaat darinya

rasta said...

sambil promote webs baru rasta...
Harap sudi jadi follower rasta...

Rasta amat berbesar hati dan berterima kasih....

Mr. NAZc said...

wow! semakin mantap... nak amek artikel ni pulak... terima kasih Mr. ZackJ... you're the man! really like this!

Sekalung Penghargaan