Salam sihat selalu.
15 July 2011 genaplah 1 bulan blog aku yang ni Mesti Milik - Inpirasi Kehidupan lahir kealam maya.
Aku pun tak tahu, kenapa aku begitu memberikan perhatian yang lebih kepada blog ini sedangkan yang aku ingat dah lebih 9 blog yang aku buat sepanjang aku mengenali apa itu komputer dan internet pada tahun 2001. Yang lain nya, sekadar aku suka-suka, buat 2,3 n3 dah..aku tinggalkan. Malah hingga hari ini, ada yang passwordnya pun aku lupa.
Ya lah, walau tak seberapa rupa bentuknya, jika nak dibandingkan dengan kawan2 yang lain, tapi aku wajib berbangga diatas apa yang telah terhasil. Bukan nak rasa riak, takbur, tetapi inilah cara aku menghargai diri aku sendiri.
Persoalanya kenapa aku harus berbangga....??? Jawapanya adalah kerana aku tak pernah mendapat pendidikan formal tentang komputer, aku tak pernah belajar bagaimana untuk menaip di key board, aku tak pernah membeli e-book tentang bagaimana untuk membina blog, pendek kata aku memang buta IT. Sehinggalah ke hari ini, jujur aku kata kan bahawa tiada seorang guru yang aku boleh panggil guru yang memberi tunjuk ajar aku tentang komputer. Semuanya melalui pengalaman try n error aku. Itulah GURU aku yang sebenarnya dalam mempelajari komputer ini - Pengalaman Try n Error.
Dengan berbekalkan komputer lama, aku gagahi juga untuk membina dan merasai kenikmatan berblog ini seperti mana sering aku baca dilaman2 orang lain. Insyaallah, selagi ada kudrat, ingatan yang sempurna dan keizinan masa yang Allah swt pinjamkan, selagi itulah akan aku teruskan berbelog.
Alhamdulillah, sepanjang sebulan yang berlalu, inilah hasilnya....Aku sangat-sangat berterima kasih diatas sokongan kawan-kawan semua kerana dapat menerima kehadiran aku di alam maya ini.
Ini adalah untuk coretan dan ingatan aku, kerana masa akan terus berlalu meninggalkan waktu yang berharga ini.
1. Follower : 138 (Blog Ke 138)
2. Page view : 9328
3. Blog Pertama yang memberi komen adalah Kotak Hitam
4. Blog Pertama yang link kan aku ke blog nya adalah Tulus Dari Hati
5. Blog Pertama dari Luar Negeri (Syria) yang menyertai aku adalah Travelogmujahidah
6. Blog Pertama dari daerah Kelahiran aku ..Orang Muo
7. Follower Pertama - Coklat Kismis Doa (aku punya)
8. Follower Pertama jejak ankga Puluh - Hati Bukan Untuk Disakiti
9. Follower Pertama jejak angka ratus - Kedai Online Pak Mat
10. Post sebanyak 94 termasuk yang ini.
10. Post sebanyak 94 termasuk yang ini.
Tak lupa juga, terima kasih kepada pengomen2 yang biasa seperti Ketam Batu, Dari Bendang dan Seronoknya. Ada yang juga yang lain2 tu tapi tak lah dapat nak menaip semuanya, Apa pun terima kasih kepada semua pelawat2 blog ini.
Wasalam, sihat sejahtera selalu.
ZackJ
11 comments:
tahniah bro...
keep on blogging...:)
tq phais n kay
tahniah bro...
tahniahtahniah .. time kaseh sbb sudi senaraikan bl0g bella di list anda :)
tahniah bro...selamat maju jaya lagi dalam dunia blog ni...terima kasih for the backlinks tu...saya pun sama juga seperti bro , try & error yang menjadi guru...
tq bro.. teruskan mengiring.. kita pasti boleh buat. yang penting kita sabar dan tabah.
dulu aku pun banyak buat blog. tapi yang menjadi yang ni.
teruskan dlm dunia blog..hehhe
tahniah bro .. keep it up .. hehe
jom try usha link ni .. on9 smbil cari hasil ... http://www.rm20segera.com/?r=abam%20ming ...
wow! kisah yang hampir sama dengan saya, bagaimana saya mengenal komputer dan internet... juga dengan blog... semua TRY and ERROR.... kita serupa bro...tahniah atas blog ni.... ehem..mana cerita staphylococcus aureus??? tak keluar lagi ni...hehehehe
terima ksaih semua diatas komen anda. banyak memberi semangat untuk sy terus menerus berblog..
Mr.NAZc, sekarang ni tengah mengumpul fakta,masih dalam draf lg.. insyaallah.
Post a Comment