Apa itu bersin?
Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara
tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri
untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung.Pada umumnya, ia tidak serius
tetapi boleh mengganggu.
Penyebab yang biasa
Alergi / alahan
- Debu
- Kutu haiwan
- Debunga
- Kulat
Jangkitan virus
- Selesema
- Jangkitan saluran pernafasan
Bahan iritasi kepada hidung
- Bedak
- Asap
- Bau yang kuat
Apakah yang perlu dilakukan?
Jumpa doktor sekiranya
Jumpa doktor sekiranya
Bersin disertai dengan gejala seperti;
- Sakit kepala
- Hidung tersumbat
- Sesak nafas
Bersin disertai mata gatal, sukar bernafas dan ruam badan.
Demam.
Demam.
- Dapatkan rehat secukupnya.
- Minum banyak air.
- Virus selesema amat mudah berjangkit sekiranya anda bersin, guna tisu atau tangan untuk menutup mulut ketika bersin.
- Basuh tangan dengan kerap, virus selesema boleh merebak melalui sentuhan tangan.
- Sekiranya bersin disebabkan alergi, cuba kurangkan pendedahan anda kepada bahan alergi dan dapatkan rawatan dari doktor.
- Rawatan boleh didapati dalam bentuk tablet dan alat semburan hidung
Tip untuk mengurangkan pendedahan di kawasan alergi / alahan
- Jauhi haiwan peliharaan berbulu
- Guna penapis udara untuk mengurangkan debunga atau bahan alergi dari udara
- Elakkan dari merokok dan asap
- Elak dari terdedah kepada orang yang dijangkiti selesema
- Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
- Cuci karpet dengan penyedut hampa gas secara berkala
- Jangan menggunakan penyapu untuk mencuci rumah, gunakan hampa gas ("vacum cleaner")
Rawatan
Kenal pasti punca bersin dan hilangkan punca bersin sekiranya boleh.
Ubat "Antihistamina" digunakan sebagai rawatan pertama untuk bersin
disebabkan alergi. Semburan hidung dari ubat steroid boleh digunakan
untuk penyakit kronik."Nasal decongestants" boleh memberi kelegaan
sementara. Tetapi kegunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan
gejala lebih teruk.
9 comments:
Memang x suka la klaw bersin2 nii.. HUHU
MySuaraBlog: Wordless Wednesday #2
kalau aida kan tiap-tiap pagi celik je mata mesti terus bersin pastu selsema..hihi.
kenapa kalau orang resdung suka bersin?
bersin sgt menyusah kan..
Bella pon selalu gak bersinbersin ni sbb allergic .. adess >_<
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “Yarhamukallah”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
ya betul. Allah suka tengok orang bersin..
bersin tu datang dari Allah :)
ifwat, Nurzaheera..Allah swt suka teogok org bersin
Post a Comment