Thursday, June 30, 2011

Sakit vs Sihat


Arghhh..malas betul la. Nak buat apa ngan senaman. Kan aku ni dah banyak berjalan kat tempat keja? Tak cukup lagi ke? Ha… penah dengar ayat cam ni? Atau pun anda sendiri penah meluahkan ayat ni?…Kekadang tu terfikir gak, ZackJ penah la terlepas cakap..tapi bila difikirkan balik..itu semua adalah ayat2 yang negetif.


Nak tak nak, senaman mesti kena buat sekurang2nya 45 minit 3 kali seminggu. Ya, selain senaman, makanan juga penting untuk kita jaga demi kesihatan diri. Kesihatan diri bukanya untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. So, jangan bertangguh untuk sihat. Kesihatan kita adalah kesihatan untuk semua. Kenapa ZackJ cakap macam ni…sebabnya, cuba anda fikirkan, jika kita sakit, siapa yang susah..pertama2nya diri kitalah, yang keduanya, orang yang rapat ngan kita..isteri, anak, emak, bapa, pendek kata kaum keluarga kita juga akan terasa. Yang lagi tragis, poket kita akan sakit juga….Penat cari duit..ribu raban..akhirnya habis untuk beli ubat aje.
Dapatkan mesej itu? JANGAN BERTANGGUH DEMI KESIHATAN DIRI KITA.
Dengan senaman yang kita suka lakukan, ianya dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental kita. Adalah lumrah kehidupan, orang yang sihat dan cergas selalunya akan menghasilkan sesuatu yang sangat produktif.
Ah, cam ner nak senam, tak kan nak hentam keromo aje. Dah la aku ni dah 30 tahun tak buat benda tu semua, nanti kalau terkehel kaki tangan aku nanti..ko nak tanggung ker??…Haaa, kalau terkehel apa salahnya…sekali sekala kan…suara-suara nakal memperli…
Jangan bimbang, kat sini ZackJ nak bagi tip yang mudah demi kesihatan teman2 semua. Saya masih ingat lagi, dulu semasa kat sekolah setiap minggu ada 2 waktu senaman..inilah waktu yang paling seronok sekali…hehehe sampai terlebih masa pun ada..Setiap kali tiba waktu ni, Cikgu Alias di sekolah menengah dan juga Cigku Mahat di sekolah rendah dulu selalu memulakan dengan perkara2 ini. Acara memanaskan dan menyejukan badan..
Tip kali ini, adalah aspek keselamatan demi kesihatan.
1. Keselamatan Sebelum Melakukan Senaman Demi Kesihatan
  • Pastikan anda dalam keadaan sihat dan cergas
  • Mengenakan pakaian yang sesuai.
  • Melakukan aktiviti memanaskan badan dengan memberi tumpuan pada otot tangan, otot kaki, pinggang dan juga untuk perut.
2. Keselamatan Semasa Senaman Demi Kesihatan
  • Pastikan alat yang digunakan dalam keadaan selamat. (ini jika anda gunakan alatan senaman untuk kesihatan)
  • Kawasan yang digunakan adalah selamat dan mempunyai keluasan yang mencukupi. (Jangan lah dengan semangat berkobar2 demi kesihatan, anda memilih untuk bermain bola di tengah jalan raya lak)
  • Jika anda baru bermula demi kesihatan, mulakanlah dengan aktiviti2 ringan dulu….ooppsss..jangan salah faham yer…zaman skrg ni mudah sangat org terputar otak…aktiviti ringat, bukanya ringan-ringan yer…
  • Jika boleh biarlah berteman. Jangan berseorangan sebabnya anda baru nak bermula..sebab perkara sebegini..saya pasti, kawan2 akan cepat rasa bosan…ada peribahasa mengatakan …hangat2 tahi ayam. Demi kesihatan, buang perkara sebegini.
  • Jangan sesekali lakukan aktiviti diluar kemampuan demi keselamatan dan kesihatan.
3. Keselamatan Selepas Melakukan Senaman Demi Kesihatan
  • Lakukan aktiviti menyejukan badan
  • Simpan peralatan di tempat yang selamat jika kawa2 menggunakan alat senaman..
Ha..mudah ajekan..sebenarnya, demi kesihatan dengan melakukan senaman, kosnya tak lah tinggi setinggi kos untuk membeli peralatan,ubatan, rawatan jika kita tak sihat.
Ingat, wang ringgit tak dapat membeli kesihatan yang pergi. Pilihan ditanggan kawan2 semua.
Demi kesihatan, dilain hari saya akan kongsi lagi.

ZackJ
Nota : Jika tip ini dapat membantu, kongsilah dengan kawan2 yang lain. Jika nak komen dipersilakan.

2 comments:

Gadis Kecil said...

Tips yang bagus.

actually saya pernah cakap camtu jugak! mentang-mentang badan kecik syok je ingat diri ni sihat. pastu bila ada aktiviti bersukan. lari sikit je dah cunggap. hahaha

saya datang sini Follow zack! tenkiu yeh sudi singgah blog saya :)keep blogging ever!

Pha Is said...

org melayu ni, kalau bab2 kesihatan, pandai kat makanan je. tongkat ali la, kacip fatimah la, misai kucing la, macam2 lagi.. tapi bersenamnya malas..!!! hehehehe

Blog Archive

Sekalung Penghargaan