Monday, June 27, 2011

Khasiat Madu





Khazanah Dari Sarang Lebah


Lebah telah berevolusi lebih daripada 90 juta tahun bersama dengan
tumbuhan berbunga, memainkan peranan penting sebagai pendebunga.

Sebaliknya, lebah mengutip nektar dan debunga untuk meneruskan
kehidupan mereka. Daripada sarang lebah, terhasil produk yang telah
lama diiktiraf kerana cirinya yang bagus untuk kesihatan. Madu, jeli raja
dan debunga lebah adalah dihormati dan sangat dicari-cari sebagai
suplemen semula jadi untuk kesihatan dan memanjangkan hayat
manusia.

Satu-satunya madu yang dihasilkan di dunia dengan sijil ISO9002 (diiktiraf kerana
standard kualiti yang tinggi dalam proses pengeluarannya).(Klik Disini)
• Pengeluar madu Manuka telah memenangi anugerah di peringkat dunia di Kongres
Apimondia kerana kualiti madu manukanya yang terbaik.
• New Zealand adalah satu-satunya negara dalam dunia yang tidak mengguna racun
serangga sepenuhnya.









Pendahuluan
Al-Quran merupakan kitab petunjuk kepada manusia yang penuh dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan. Rahsia khazanahnya tidak akan habis sampai bila-bila sekalipun ia terus dikaji dan digali. Allah memberikan sedikit pengetahuan kepada ilmuan untuk mengetahui rahsia al-Quran berdasarkan ketajaman intelek dan rohani, pemahaman, hidayah dan ilham yang dikurniakan Allah kepada mereka. Al-Quran terlalu luas isinya. Jika dibuka satu pintu daripadanya, didapati dibelakangnya terdapat pintu-pintu lain yang kuncinya disisi Allah Taala. Firman Allah:
”Tiadalah kami meluputkan sesuatupun didalam al-Kitab” (al-Quran)
Sememangnya al-Quran bukan kitab sains, matematik dan sebagainya. Namun, kitab al-Quran telah menyingkap segala konsep ilmu yang merentasi semua ilmu pengetahuan. Jika kita ingin menyelidiki ilmu yang berkaitan dengan sains, al-Quran memberikan jawapannya. Demikian juga ilmu-ilmu yang lain, al-Quran menyingkap jawapan dengan penuh yakin. Cumanya, apabila didapati seolah-olah wujud pertembungan di antara ilmu kajian manusia dengan al-Quran, ternyata ia adalah kelemahan manusia memahami limu kajian mereka, bukan kebenaran al-Quran.
Terdapat ulama yang melarang kajian-kajian khususnya membabitkan sains dikaitkan dengan al-Quran jika matlamat kajian itu semata-mata menyesuaikan di antara kedua-duanya. Mereka berpendapat al-Quran tidak menyentuh soal-soal ilmiah, sama ada yang berkaitan dengan kaedah atau fenomenanya. Pada mereka, penemuan sains sering mengalami perubahan. Jika terdapat ilmuan yang cuba menjadikan tafsiran al-Quran mengikut maklumat sains, di bimbangi akan terjadi usaha berlebih-lebihan untuk menjadikan penemuan tersebut suatu kebenaran seperti maksud al-Quran.
Namun, Syeikh Tantawi ulama al-Azhar sebaliknya meyakini bahawa terdapat hubungan yang erat di antara al-Quran dan sains. Pada Tantawi, al-Quran adalah kitab yang hidayah kepada manusia. Bahasa al-Quran adalah tinggi, malah susunan bahasanya sampai ke peringkat susunan bahasa sains paling tinggi. Apabila peraturan sains berubah, maka yang salah ialah pemahaman manusia terhadap maksud Allah tentang ayat-ayatNya. Semuga usaha memahami rahsia alam melalui sains dengan bantuan ayat Allah akan menjadikan kita lebih teguh iman dan ketakwaan kepada Maha Pencipta.
Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan terperincikerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.
Ayat di atas adalah perkhabaran Allah kepada manusia mengenai tugas yang dibebankan kepada lebah. Lafaz yang ditujukan kepada lebah ialah bentuk ”mu`annath” yakni betina. Ini sesuai dengan keadaan yang berlaku dalam kerajaan lebah dan sesuai pula dengan kehidupannya. Ini kerana kerajaan lebah adalah dipimpin betina dan bilangan lebah jantannya jauh lebih kecil daripada bilangan lebah betina. Dari segi yang lain, peranan lebah jantan dalam kerajaan lebah lebih terhad, hanya untuk memberikan keturunan kepada betina. Apabila selesai lalu semuanya mati, tidak ada yang tinggal kecuali betina sahaja iaitu ratu dan pekerja betina yang bertugas mencari madu dan membuat sarang.
Al-Quran juga menjelaskan mengenai fungsi lebah iaitu memakan berbagai buah-buahan (madu bunga). Jika diperhalusi kenyataan al-Quran tentang buah-buahan ini di dapati pada ayat sebelumnya Allah telah menerangkan mengenai fungsi air yang sangat besar dan manfaatnya kepada alam. Antaranya ialah air menghidupkan bumi yang tandus, menyebabkan adanya susu di dalam tubuh binatang ternak dan menghasilkan pelbagai buah-buahan yang kemudiannya menghasilkan manisan dan zat gula. Malah, terdapat pelbagai keistimewaan yang lain di dalam buah-buahan seperti vitamin, protein, garam dan lain-lain lagi.
Apabila lebah memakan buah-buahan yang mempunyai pelbagai zat gula, hasilnya keluar sejenis minuman yang berbeza warnanya iaitu madu. Ini bermakna, madu yang dicernakan oleh lebah adalah hasil daripada cecair gula yang diambil dari pelbagai buah-buahan. Timbul persoalan, kenapa al-Quran menyatakan ”dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya” tanpa disebut dengan bahasa ”pelbagai jenisnya”. Dr Abdul Karim Najib (1994) ketika memberikan komentarnya mengenai hal di atas menjelaskan bahawa warna pada madu lebah itu sangat penting kepada penyembuhan penyakit. Setiap jenis zat gula yang terdapat pada madu lebah menghasilkan warna yang berbeza-beza. Kajian makmal yang dilakukannya menunjukkan, apabila pancaran cahaya putih melalui prisma kaca yang halus, cahaya putih tersebut akan bercabang menjadi tujuh warna. Kumpulan cahaya itu disebut spektrum. Setiap warna cahaya tersebut dari madu mempunyai gelombang yang panjangnya berbeza-beza. Sebab itu, jenis zat gula yang wujud di dalam madu berbeza-beza disebabkan warna-warna yang diserap di dalam madu tersebut berbeza-beza. Demikian juga dengan warna madu itu sendiri yang berlainan seperti putih, kuning dan merah yang mempunyai khasiat berbeza-beza.
Adalah hal yang tidak janggal jika diperhatikan persoalan warna yang dibincangkan di atas turut dibincangkan oleh pelbagai pihak. Sudah ada beberapa pihak yang mengkaji mengenai hubungan di antara kesihatan tubuh manusia dengan warna-warna yang ada di dalam bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini ditokok tambah pula denganamalan perawatan tradisional kita juga mengesyorkan mandian bunga-bungaan yang berwarna terang bagi usaha memulihkan kesehatan badan. Tentunya, ia bertujuan bagi menghasilkan getaran dari warna-warna bunga itu untuk kesegaran tubuh badan seseorang.
Sesungguhnya madu merupakan ubat-ubatan bagi semua orang, bagaimanapun bentuk penyakit dan bangsa mana pun orang tersebut. Hal ini dapat ditinjau daripada lafaz ayat yang digunakan al-Quran iaitu berbentuk umum iaitu ” padanya terdapat ubat bagi manusia”,dan bukan sejenis ubat untuk manusia tertentu sahaja. Terdapat ilmuan Islam yang menyokong pendapat di atas bahawa madu adalah penawar bagi semua jenis penyakit. Sebahagian pula menyatakan bahawa madu adalah ubat bagi sesetengah penyakit, bukan untuk semua penyakit. Pendapat kedua ini memberikan pandangan berdasarkan dalil-dalil berikut:
1. Bahasa Arab
Mereka menyatakan lafaz syifa` merupakan isim nakirah yang tidak semestinya bermakna umum. Ia lebih bermaksud ubat sebahagian penyakit untuk sebahagian orang.
2. Hadis nabi yang mengisyaratkan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sedangkan ubat tersbut hanya diketahui oleh sebahagian orang sahaja.
3. Perbuatan Rasulullah yang berbekam dan tidak menggunakan madu sebagai ubat dalam semua keadaan.
4. Ramuan ubat yang diberikan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.
5. Amalan para sahabat nabi dan tabiin
6. Kenyataan ilmu pengetahuan
7. Gambaran secara akal
Hadis Nabi s.a.w mngenai Madu
Terdapat banyak hadis nabi yang menjelaskan mengenai madu lebah. Di antaranya tentang dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Pertama, mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu.Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda ”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Riwayat Bukhari)
Hadis di atas menjelaskan hal-hal berikut.
1. Madu merupakan ubat segala penyakit kerana Rasulullah tidak melihat pesakit, sebaliknya terus menyebutkan madu sebagai ubatnya.
2. Supaya madu itu berfaedah dan berkesan, maka penggunanya perlu menggunakannya beberapa kali.
3. Semua jenis madu, bagaimanapun rupanya tetap mengandungi ubat bagi segala penyakit.
Amalan Rasulullah s.a.w mengenai madu
Kitab “Zad al-Ma`ad fi huda khair al-ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam ”Sunan Ibn Majah” pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi ” sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”.Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda ”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. Di dalam kitab ”al-Sunan” itu disebutkan juga nabi Muhammad s.a.w. bersabda ” Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat” . Ibn Qayyim menyebutkan bahawa madu yang terbaik ialah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian juga madu yang diambil dari lebah liar (Ibn Qayyim, 1998).
Madu dalam tamadun manusia
Manusia sejak zaman berzaman sudah menggunakan madu sebagai makanan dan ubat. Masyarakat Mesir purba sudah menggunakan madu di dalam bidang ilmu perubatan mereka untuk mengubat penyakit luka, sakit perut, usus, pinggang dan mata. Mereka juga menggunakan madu untuk mengawet mayat supaya tidak busuk. Masyarakat Yunani dan Rumawi menganggap madu sebagai sumber kesihatan yang boleh memanjangkan usia.
Misalnya Pitagoras, seorang ahli matematik mengatakan beliau mengamalkan madu untuk hidup sehat. Beliau meninggal ketika berusia 90 tahun. Abu Qirat hidup 107 tahun adalah seo9rang yang sering mengamalkan meminum madu. Demikian juga Aristotle dan Galenos, ahli perubatan Greek. Ibn Sina menyatakan ” Jika anda ingin awet muda, minumlah madu”. Beliau ada menambah ” sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”. (Abdul Karim Najib, 1994: 173-174)
Cara menggunakan madu
Dr Abdul Karim Najib menyebutkan cara menggunakan madu untuk rawatan sebagai berikut:
1. Pesakit dilarang meminum sebarang makanan selama lapan jam sebelum berubat dengan minuman madu.
2. Minumlah madu lebah kemudian pula air untuk meringankan madu tersebut.
3. Jika penyakit tersebut ringan, larangan makan makanan lain boleh dikurangkan masanya.
4. Penyakit kulit boleh diubati dengan menyapu madu tersebut.
5. Menggunakan madu bukan bermakna menyia-nyiakan pemeriksaan dan penggunaan ubat lain.
6. Keimanan dan kesabaran adalah sifat yang semestinya dimiliki pesakit, supaya proses berubat berjalan baik.
Kesimpulan
Menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mengkaji dan memahami dan mengambil manfaat daripada keistimewaan madu ini. Hal ini kerana selain kita dapat manfaat dari madu, kita juga akan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua itu.
Wassalam.
Rujukan

Abdul Karim Najib al-Khatib (1994). Madu lebah ubat yang turun bersama wahyu (terj: ) Selangor: Pustaka Ilmi.
Abu Hamid al-Ghazali (2002). Rahsia kejadian makhluk. (ter: ). Kuala Lumpur: Crescent News.
Ibn Qayyim al-Jauziyah (1998). al-Tibb al-Nabawi(ter: ). Selangor: Pustaka Ilmi.
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.
Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.
Dimana boleh medapatkan madu yang ada pengitirafan ISO

No comments:

Blog Archive

Sekalung Penghargaan