Tuesday, June 21, 2011

Sedapnya...Demi Kesihatan Kita

Selamat sejahtera,
pantang pergi ke pasar raya...nampak aje benda ni , mesti nak & mesti beli..huhu,
penat dah beri tahu, jangan nak..makanan ni tak berapa baik untuk kesihatan...
ada yang teresak2 menangis, sebab tak dapat.
"eh..apa yang ko cakap ni ZackJ?"

Ni saja nak bagitau...nasihatlah pada anak2 kita, malah diri kita sendiri...jika boleh, elakkan lah dari kerap makan makanan yang seumpama dibawah ni. Bukanya apa, nasihat ni, Z tujukan pada diri Z sendiri dan juga pada isteri serta anak2 Z.
jadi untuk kawan2 sekelian, kalau nak menitiberakan kesihatan untuk anak2...buatlah benda yang sama. Jika dah buat, sebarkan juga untuk kawan2 yang lain. Ini semua adalah demi kesihatan kita sekeluarga...

Memilih Makanan Yang Sihat 
Memilih makanan yang sihat serta risiko mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang bukan mudah. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

Donat
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.




Nugget ayam
Makanan ini penuh dengan lemak yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.



Kentang goreng


Mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin.


Kerepek atau keropok

Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong.



Minuman perisa buah
Rata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, makanlah buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula.  Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka. 

Jangan lupa, kongsi dengan kawan2 ye...hehehe

No comments:

Blog Archive

Sekalung Penghargaan