Sunday, June 19, 2011

100282 Serum Pembaikan Intensif TIME DEFIANCE

Diselidiki dan dihasilkan dengan teliti mengguna teknologi terkini dalam sains penjagaan kulit, Serum Pembaikan Intensif ARTISTRY TIME DEFIANCE memperbaiki penampilan penuaan secara berkesan sesingkat 24 jam selepas pemakaian dan menunjukkan pembaikan yang jelas selepas diguna 14 malam sahaja. Prestasi yang luar biasa ini adalah tidak mustahil dengan teknologi baru yang maju iaitu Deep Night Action Complex dan Ultrasomes.


Deep Night Action Complex Deep Night Action Complex direka untuk membantu mod pembaikan bagi tubuh kita, termasuk sel-sel kulit, penggunaan selama 14 malam berturut-turut. Selepas 14 malam, sel-sel kulit akan dilengkapkan untuk terus membaiki dan membaharui. Oleh kerana kulit sentiasa berhadapan dengan stres akibat faktor alam sekitar, namun, adalah disyorkan bahawa Serum Pembaikan Intensif ARTISTRY TIME DEFIANCE diguna 3 hingga 4 kali setahun, atau lebih cepat apabila kulit terasa letih.
 
Teknologi Ultrasomes Ultrasomes adalah enzim pemulihan yang kuat berasaskan sistem pemulihan semula jadi yang ditemui dalam alga marin.
Alga terapung di atas permukaan laut, sentiasa terdedah pada kesan sinar UU daripada matahari yang merosakkan . Namun, alga bukan sahaja hidup, tetapi ia sebenarnya membiak. Ia telah menghasilkan sistem pemulihan enzim yang dipertingkatkan, dikenali sebagai T4 Endonuclease, untuk perlindungan sendiri. Kini, para saintis di ARTISTRY telah membina Micrococcus Lysate secara bio, yang mengandungi T4 Endonuclease, menjadi Ultrasomes untuk membantu memperbaiki dan memulihkan kerosakan DNA dan mengekalkan fungsi DNA sel yang biasa.

Soalan-soalan Lazim
Mengapa Serum Pembaikan Intensif TIME DEFIANCE™ disyorkan supaya digunakan tiga hingga empat kali setahun?
Produk ini dihasilkan untuk memanfaatkan kulit apabila ia telah terdedah kepada stres disebabkan perubahan musim atau stres berkala.
Bolehkah serum ini diguna secara bulanan, atau untuk lebih daripada 14 hari yang disyorkan? Apakah faedahnya apabila produk ini diguna lebih kerap?
Serum Pembaikan Intensif time defiance ini selamat untuk kegunaan harian jika mahu. Faedah menggunakan produk ini lebih daripada tiga atau empat kali setahun akan membantu terus menerus dalam mekanisme pembaikan semula jadi kulit apabila kulit itu menghadapi stres.
Bolehkah produk diguna secara berterusan?
Ya. Ia akan memberikan pembaikan terhadap kerosakan secara berterusan.
Bolehkah Serum Pembaikan Intensif time defiance diguna sedikit sahaja seperti sekali setahun?
Ya. Bagaimanapun, untuk meminimumkan penampilan penuaan di permukaan kulit kami syorkan produk itu diguna sekurang-kurangnya tiga atau empat kali setahun.
Jika saya terlangkau penggunaannya sehari, perlukah saya memulakan kembali proses itu sekali lagi? Atau bolehkah saya teruskan penggunaan tanpa kehilangan mana-mana faedah produk ini? Apa kata jika saya terlangkau penggunaan lebih daripada sehari?
Kami tidak mempunyai data mengenai henti mengguna dan guna semula produk ini, tetapi ia akan memberikan faedah walaupun terlangkau menggunanya sehari atau dua. Faedah dan hasil maksimum dicapai jika program ini diguna secara berterusan untuk 14 hari yang disyorkan.
Disebabkan kulit memperbaharui diri sepenuhnya dalam proses ini selama kira-kira sebulan, mengapa ARTISTRY mewujudkan regimen yang menetapkan tempoh mewujudkan 14 hari berbanding 24-31 hari?
Serum Pembaikan Intensif time defiance adalah pekat dan dihasilkan untuk diguna sebagai rawatan intensif. Ia akan mencapai hasil yang diingini dalam tempoh 14 hari.
Bagaimana sistem penghantaran Serum Pembaikan Intensif time defiance begitu unik?
Sistem penghantaran adalah dibina di sekeliling tiga teknologi - lesitin semula jadi, yang membantu menghantar bahan kandungan lebih jauh ke dalam kulit; teknologi emulsi, yang membenarkan penggunaan bahan-bahan aktif tidak larut air di dalam sistem berasaskan air, mewujudkan lebih banyak penyerapan; dan teknologi lapisan khas yang membantu mengekalkan bahan kandungan dalam kulit.
Dari sumber manakah Ultrasome diperolehi?
Ultrasome adalah terbitan bioteknologi. Bahan ini diperolehi daripada bakteria yang wujud secara semula jadi yang didapati dalam (tetapi bukan disumberkan dari) susu, lautan dan persekitaran.
Apakah aturan penggunaan produk ini?
Produk ini hendaklah diguna pada waktu malam selepas pembersihan/penyegaran, dan sebelum menggunakan pelembap malam hari. Aturan penggunaan ialah:
  • Penanggal Mekap
  • Pembersih
  • Penyegar artistry
  • Vitamin C + Keladi time defiance
  • Serum Pembaikan Intensif TIME DEFIANCE (untuk kegunaan 14 malam)
  • Krim Mata Pemulihan
  • Losyen Pelicin Kulit*
  • Sari Pure White
  • Krim/Losyen Pembaharuan Malam Hari TIME DEFIANCE
* Guna pada waktu siang dan bukan waktu malam apabila IRS diguna.
Mengapa produk ini disyor supaya diguna pada malam waktu?
Sebab pada malam waktu seluruh tubuh anda, termasuk sel-sel dalam kulit anda, berada dalam mod pembaikan, berusaha untuk menyembuh sebarang kerosakan yang berlaku pada waktu siang. Dengan menggunakan Serum Pembaikan Intensif time defiance pada waktu malam, anda akan membantu kemampuan semula jadi kulit anda menyembuhkan dirinya.
Berapa cepat boleh saya melihat perbezaan pada kulit saya?
Produk ini dihasilkan untuk memberi hasil yang ketara dalam 14 hari.
Jika saya mempunyai selaran matahari yang teruk bolehkah saya gunakan produk ini?
Umumnya, kami syorkan supaya sebarang produk kosmetik hendaklah diguna pada selaran matahari 'yang teruk' hanya selepas keradangan berkurang.
Berapa lama faedah rawatan dengan Serum Pembaikan Intensif time defiance dapat bertahan?
Faedahnya akan bertahan, tetapi anda hendaklah memakai pelindung matahari setiap hari untuk mengelakkan kerosakan UU daripada berlaku seterusnya.

Harga RM906.00
Untuk Video, Klik Sini

2 comments:

MARIAM JANIS said...

i love serum pembaikan intensif time defiance, best produk ne, lepas 14 hari wajah saya menjai jelita. tq artistry.

tnZackJ said...

Cik MJ menggunakan produk artistry? Tahniah, pilihan yang tepat

Blog Archive

Sekalung Penghargaan