Saturday, June 25, 2011

Keperluan CPR

Assalamualiakum dan selamat sejahtera.
Kali ini ZackJ nak kongsi tentang perhimpunan dan keperluan CPR (bantuan pernafasan).
Sejak akhir2 ini, banyak pihak mengatakan akan mengadakan perhimpunan. Perhimpunan Bersin 2.0, perhimpunan pemuda UMNO, perhimpunan Perkasa dan berbagai2 lagi perhimpunan. Yang tak habis2 sehingga sekarang dan setiap bulan akan mengajurkannya adalah "Sure Kecoh" kendalian TV3.


ZackJ bukanya berniat nak mengulas tentang perhimpunan itu segi kebaikanya ke, buruk ke, haram ke, halal ke, harus ke, wajib ke. ZackJ cuma nak menyentuh sedikit tentang persediaan diri sebelum mengikuti atau menyertai sesuatu perhimpunan itu. Persediaan yang dimaksudkan bukan lah terletak adanya parang ditangan, adanya sepanduk di tiang2 atau adanya perisai dibadan.


ZackJ cuma berminat untuk menyampaikan sedikit ilmu pengetahuan tentang keselamatan setiap insan yang menyertai sebarang perhimpunan. Ilmu ni bukanya hanya untuk sesuatu perhimpunan sahaja, tetapi tak kira masa dan dimana jua kita boleh gunakanya wai`ma semasa berada didalam bilik ketika berduaan sekalipun.


Panjang lebar la pulak mukadimahnya. Dipendekan cerita, ZackJ nak bagitau tentang bantuan awal kecemasan melalui kaedah bantuan melalui pernafasan (CPR).
Itu yang ZackJ katakan tadi, ilmu bantuan kecemasan ini tadi tak semestinya semasa perhimpunan sahaja.


ZackJ sarankan, setiap orang harus mengetahui atau mempelajari teknik atau cara2 bagaimana untuk melakukan CPR bantuan awal semasa keadaan kecemasan. Menurut Dr. Rainey Azmi Ali, selaku Pengurus Jabatan Kecemasan merangkap Pengarah 1, Fakulti CPR, Institut Jantung Negara KL, bantuan kecemasan am perlu dilakukan segera dalam masa kurang 10 minit. Dalam tempoh itu, jantung mangsa perlu berdenyut kembali agar nyawanya dapat diselamatkan.


Haaa... nampakkan, betapa pentingnya kita untuk mempelajari bagaimana untuk melakukan CPR. Nyawa dapat kita selamatkan dengan izin yang Maha Esa.


Cara - cara atau langkah-langkah untuk memberikan bantuan kecemasan ini adalah seperti berikut :


1.  Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.

2.  Baringkan mangsa ditempat yang selamat dan jangan dikerumuni beramai2 disekelilingnya, Bagi laluan udara yang bebas dengan ruang yang menyukupi.

3.  Dongakan kepala mangsa dengan mengangkat dagunya keatas serta buka mulutnya supaya saluran pernafasanya terbuka.

4.  Lihat, dengar dan rasa: Lihat kearah dadanya untuk mengetahui adanya pernafasan. Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Kerja seperti ini perlukan kepantasan dan kecekapan, masa diambil untuk mengetahui diantara 5 hingga 10 saat sahaja.

5.  Jika tiada pernafasan, buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan 2 hingga 5 saat). Jika ada benda asing didalam mulutnya, wajib dikeluarkan dahulu sebelum anda memberikan bantuan pernafasan.

6.  Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.Jika magsa bernafas semula, alihkan kedudukan badanya menjadi mengiring dan pastikan dada sebelah kiri berkedudukan diatas kerana jantung terletak disebelah kiri dada kita.  Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati. Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.

7.  Jika mangsa masih kaku, periksa nadi karotid selama 5 hingga 10 saat. Letak 2 atau 3 jari pada halkum mangsa dan alih jari anda supaya ia ada diantara halkum dan otot leher. Jika nadi berdenyut tapi tiada pernafasan, ulang lagi bantuan pernafasan sehingga bantuan sampai.

Kumpulan yang perlu tahu melakukan CPR.
  • Sekurang-kurangnya seorang dalam tujuh orang
  • Semua orang yang bekerja di tempat berisiko tinggi.
  • Penjaga orang tua dan kanak-kanak (termasuk pekerja di rumah penjagaan orang tua dan kanak-kanak cacat).
  • Petugas institusi perubatan, termasuk pengawal keselamatan dan pekerja am.
  • Semua ahli keluarga pesakit atau bekas pesakit jantung dan penyakit kronik lain.


Pesanan

CPR seperti juga kemahiran lain, perlu dipraktikkan selalu supaya anda ingat langkah-langkah penting.   Dengan cara ini apabila berlaku sebarang kecemasan, anda dapat menolong menyelamatkan nyawa.  Perbaharuilah kemahiran anda sekurang-kurangnya 2 tahun dengan cara menghubungi Jawatankuasa CPR dan mengambil kursus ulangkaji.  Kursus ulangkaji tahunan yang lebih kerap adalah digalakkan.  Ini akan mengambil sedikir masa sahaja untuk mengkaji semula langkah-langkah kecemasan dan anda akan merasa lebih yakin kerana masih mampu melakukan CPR.  Kursus ulangkaji juga akan memberikan penerangan mengenai teknik CPR yang terbaru.
ANDA DILARANG BERLATIH ATAU MENCUBA KEMAHIRAN INI KEATAS ORANG LAIN!.  IA MERBAHAYA KEPADA ORANG YANG SEDAR DAN SIHAT, TETAPI ADALAH PENYELAMAT KEPADA MANGSA JANTUNG TERHENTI.

Awas
Jika dalam masa 5 minit melakukan CPR, terdapat simptom2 seperti pening, pitam, sakit dada, lelah dan sebagainya, anda digalakkan berhenti kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri. Ini bermakna kesihatan anda ada masalah.

Semoga, dapat manfaat untuk semua.

Sekian
ZackJ

No comments:

There was an error in this gadget

Blog Archive

Sekalung Penghargaan