Friday, June 17, 2011

Kurangkan Kolestrol

Klik Unuk Maklumat
Kolesterol adalah sebatian berlilin seperti lemak yang
didapati dalam kebanyakan makanan, dalam alirah darah
dan sel-sel tubuh. Ia adalah bahagian penting setiap struktur
sel dan ia diperlukan:
  • untuk menyokong fungsi otak dan saraf yang betul.
  • untuk pembentukan dan penyenggaraan membran sel.
  • untuk pembentukan hormon seks.
  • untuk penghasilan garam hempedu, yang membantu
  • mencernakan makanan.
  • untuk pengubahan menjadi vitamin D dalam kulit bila
  •  terdedah pada cahaya matahari.
Tubuh kita, khususnya hati, menghasilkan semua kolesterol
yang kita perlukan. Setelah dihasilkan, kolesterol dihantar
menerusi aliran darah ke tempat di mana ia diperlukan.
Kolesterol melekat pada molekul yang dikenali sebagai
lipoprotein untuk bergerak ke sana ke mari dalam aliran darah.

Terdapat dua jenis lipoprotein:
Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL)
– pengangkut utama kolesterol dalam aliran darah.
LDL umumnya dikenali sebagai kolesterol jahat', kerana
ia cenderung menggalakkan penimbunankolesterol dalam arteri.

Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)
– dianggap sebagai ‘kolesterol baik'.
HDL menggerakkan kolesterol yang tidak diperlukan jauh
dari sel dan kembali ke hati. Kolesterol yang tidak diperlukan
ini kemudiannya diuraikan supaya ia boleh dikeluarkan dari tubuh.
<script type="text/javascript">
  var _gaq = _gaq || [];  _gaq.push(['_setAccount', 'UA-24025198-1']);  _gaq.push(['_trackPageview']);
  (function() {    var ga = document.createElement('script'); ga.type = 'text/javascript'; ga.async = true;    ga.src = ('https:' == document.location.protocol ? 'https://ssl' : 'http://www') + '.google-analytics.com/ga.js';    var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(ga, s);  })();
</script>

No comments:

Blog Archive

Sekalung Penghargaan