Wednesday, June 22, 2011

Jaga Penglihatan

Mata adalah deria yang amat-amat penting untuk manusia. Satu nikmat yang telah dianugerahkan oleh yang Maha Esa. Bukan semua orang mempunyai nikmat yang sebegini. Untuk yang telah dapat menikmati penglihatan, jaga lah ia sebaiknya. 



Untuk menjaga kesihatan mata, kawan-kawan semua disarankan untuk memakan pelbagai jenis buah-buahan dan juga sayuran supaya peglihatan kekal jelas. Memakan buah-buahan dan juga sayuran dari setiap warna untuk memberikan mata anda nutrien yang dapat membantu mengekalkan tisu mata yang sihat dan meningkatkan perlindungan dari matahari.
Seperti makanan berwarna kuning dan oren yang lain, lada benggala kuning dan labu cantaloupe mengandungi beta karotena yang penting untuk mengekalkan tisu mata yang sihat dan mencegah kerosakan radikal bebas.


Garis panduan diet AS mengesyorkan diet yang mengandungi 9 hingga 13 hidangan buah-buahan dan sayuran yang lebih berwarna-warni setiap hari. Memang banyak. Itulah sebabnya kebanyakan orang tidak boleh atau tidak dapat nutrien yang cukup dalam diet harian mereka.


Jadi, warnai hidangan anda dan serlahkan diri yang sihat.


Klik Untuk Kesihatan

No comments:

Blog Archive

Sekalung Penghargaan