Tuesday, June 21, 2011

Bau Badan

"Eh..bau apa ni..ehh  patut la...dah tau ketiak tu busuk janganlah angkat tinggi..ehh tak tahan la aku.."
Runggutan aku apa bila terbau yang tak menyenangkan...Anda merungggut tak? Kawan semua mesti tak kan, sebab nya awk smua orang baik2...


Bau ketiak memang tidak menyenangkan pada diri sendiri serta orang sekeliling. Keadaan ini sungguh memalukan dan menimbulkan rasa rendah diri serta membataskan pergaulan.



Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa petua yang dapat di amalkan. Di antaranya ialah:
  • Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan camourkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.
  • Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
  • Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.
  • Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
  • Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.
  • Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.
Mampu ke kawan2 nak buat semua tu...hahaha, nak tau cara yang lebih mudah ..klik sini. Demi kehidupan dan kesihatan.

ZackJ

No comments:

There was an error in this gadget

Blog Archive

Sekalung Penghargaan