Thursday, June 23, 2011

Menghilangkan Bau Badan

Bayangkan
yang anda menghadiri
satu konferens yang
penuh dengan orang.
Tiba-tiba, penyaman udara
tidak berfungsi dan tingkap tidak
boleh dibuka. Waktu berjalan,
suhu kian meningkat… dan
sudah tentu anda dapat
mengagak apa yang
berlaku selepas
itu.


Bau badan, juga dikenali sebagai bromhidrosis, adalah masalahbiasa lebih-lebih lagi dalam iklim tropika yang lembap seperti Malaysia. Hampir sesiapa sahaja boleh mengalaminya pada waktu-waktu tertentu.
Mengapa kita mempunyai bau badan? Tepat telahan anda, ia ada kena-mengena dengan berpeluh. Sebenarnya berpeluh adalah baik untuk tubuh kita. Malah, ia adalah cara semula jadi tubuh
kita untuk mengawal suhunya agar kita tidak mengalami strok haba, sebagai contoh. Walaupun peluh itu sendiri tidak berbau, apabila ia bersentuhan dengan bakteria, yang tertarik kepadanya, dari tubuh dan persekitaran kita, ia boleh menghasilkan pelbagai bau yang kurang menyenangkan.


Ia juga boleh menjadi satu pengalaman yang memalukan, malah menjengkelkan di mana-mana perjumpaan sosial bagi penghidap dan mereka yang menderita dalam senyap. Walaupun bau badan bukanlah satu penyakit, ia adalah masalah kesihatan yang perlu ditangani pada peringkat awal. Jika dibiarkan begitu sahaja, lama-kelamaan ia akan meninggalkan kesan buruk kepada pengidap.



Apakah Yang Menyebabkan Bau Badan
Bau badan terbit sebaik sahaja peluh kita terdedah kepada bakteria yang memakan lemak, membebaskan bahan kimia apabila ia terurai dan mencernakan asid lemak dan protein. Memandangkan kita mempunyai kira-kira 2 juta kelenjar peluh di seluruh tubuh kita, tidak mungkin sesiapa di antara kita boleh mengelak daripada mempunyai bau badan. Dalam kebanyakan kes, ia tidak begitu kuat dan seringkali hadir tanpa disedari dalam kehidupan seharian kita. Namun, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keterukan
masalah yang tidak diingini ini:
• diet yang kaya dengan daging, makanan bergoreng dan berempah atau makanan yang diproses
• kurang mengamalkan kebersihan diri – mandi dan mencuci pakaian yang secara tidak tetap
• keadaan perubatan tertentu seperti stres, kegemukan atau menopaus
• pengambilan alkohol, kopi dan teh yang berlebihan
• merokok




Penawar untuk mengurangkan bau badan
Kebanyakan sebab-sebab ini boleh dielakkan dengan menukar tabiat pemakanan dan gaya hidup kita. Kita boleh, sebagai contoh, membuat pilihan yang logik dan:
• elakkan makanan yang diproses dan makanan dalam tin kerana bahan kimia dimasukkan sewaktu pelbagai peringkat pemprosesan. Ini boleh menyebabkan tindak balas dalam tubuh kita dan mengelirukan sistem penghadaman kita.


• makan lebih banyak makanan vegetarian dan kurangkan makanan berminyak atau berempah. Minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 8-10 gelas setiap hari, untuk menyingkirkan toksin dan pada masa yang sama mencairkan peluh kita. Tambah perahan lemon untuk hasil penyahtoksikan dan penyahbauan yang terbaik.


• mandi dengan kerap kerana ia menyingkirkan peluh dan bagus untuk mengurangkan kewujudan bakteria. Guna Sabun Ketul Antibakteria 3 Dalam 1 BODY SERIES™ (217000) yang mengandungi bahan aktif,Triclocarban. Ini berkesan dalam menentang kuman dan mengawal bakteria dari merebak di samping memastikan kulit kita sentiasa lembut. Bagi yang tidak menggemari sabun, Gel Badan Menyegar BODY SERIES (216200) juga berkesan mengawal bau badan. Kedua-dua produk ini mempunyai rumusan yang menyegarkan dan haruman yang membangkitkan untuk mengurangkan bau badan dan memastikan kita segar sepanjang hari!


• sapu Bedak Talkum Sekeluarga ALLANO™ (970700) setiap kali selepas mandi untuk memastikan kulit anda bebas dari peluh sepanjang hari. Mempunyai haruman yang lembut lagi menyamankan.


• cukur ketiak (jika anda mahu). Ketiak barangkali merupakan tempat pembiakan bakteria yang paling subur dan seringkali merupakan penyebab utama bau badan yang busuk.


• guna Deodoran Antipeluh Berbuli BODY SERIES (217801). Deodoran asas hanya menghilangkan bau tetapi deodoran antipeluh mengurangkan jumlah peluh yang tubuh kita hasilkan, sekali gus mengurangkan bau badan. Perumusan termaju ini menggunakan LICHEN PLUS COMPLEX™ untuk menentang bakteria ketiak yang paling teruk dan menawarkan perlindungan 48 jam yang tiada bandingannya daripada bau dan kesan melekit.


• pakai pakaian kapas bila-bila boleh kerana ia membolehkan tubuh anda bernafas secara semula jadi berbanding bahan sintetik.



Kata-kata terakhir – jangan biarkan badan bau
menghalang apa yang anda ingin lakukan. Sebaliknya,
jadikan ia pemangkin untuk membuat perubahan positif
dalam gaya hidup anda dan terus maju dalam hidup.



No comments:

Blog Archive

Sekalung Penghargaan