![]() |
Klik Untuk Maklumat |
Artritis, dalam istilah asas, bererti radang sendi. Sendi ialah di mana dua atau lebih tulang bertemu, sebagai contoh, pinggul atau lutut. Tulang sesuatu sendi diliputi oleh bahan licin lagi kenyal dinamakan rawan. Rawan bertindak sebagai kusyen pada tulang, yang membolehkan sendi bergerak tanpa rasa sakit. Sendi juga dilapisi oleh selapis tisu nipis dinamakan sinovium yang menghasilkan cecair licin dinamakan cecair sinovial yang menyuburkan sendi dan membantu mengurangkan geseran di antara tulang-tulang. Bila mana-mana kawasan di dalam dan sekeliling sendi menjadi radang, ia boleh menyebabkan kesakitan, pembengkakan dan malah menghadkan mobiliti.




No comments:
Post a Comment