Salam sihat sejahtera. Apa kabar semua? Puasa tak hari ni? Tentulah puasakan...bagus...baagus..bagus...
Ok, untuk entri yang lepas, ZackJ ada mengesahkan perihal tip perjalanan untuk ibu hamil. Jika kawan-kawan terlepas pandang, boleh lah baca disini. Mana yang tak mengandung tu, bersukarialah tahap gaban untuk memberikan tip ini kepada kenalan sahabat semua.
Kini, hari perayaan dah hampir tiba dan mood raya pun dah mula terasa. Dengan senang hati, ZackJ nak kongsi tentang tip pemakanan untuk ibu hamil pulak. Takut-takut, jika ibu hamil ini syok sangat memakan ketupat dan lemang, serta kuih raya yang beranika rasa, warna, corak dan ragam...
Ermm, siapa mampu menolak juadah pagi rayakan? Apabila melihat lemang, ketupat dan rendang masakan ibu yang penuh menyelerakan terhidang diatas meja makan. Hanya menunggu untuk diserang bala tentera yang balik untuk berhari raya....Sementara menanti untuk makan tengah hari, mulut pulak tak berhenti mengunyak biskut raya yang dibeli untuk ibu tercinta, tapi malangnya, kau pula yang habiskan pulak...Sambil menonton rancangan yang melekakan yang banyak dihidang, habis setelap kuih serta kerepek..
Isshhh, mana tipnya...sabar..terus membaca. Nah, ini dia...Hampir semua hidangan mengandungi kadar lemak, gula, garam serta kolesterol yang tinggi. Itu belum dengan pelbagai jenis minuman manis yang sentiasa tersedia. Betitulah lumrah pemakanan bagi kebanyakan individu setiap kali menjelang 1 Syawal. Puasa sebulan terus dibalas dengan makan dalam sehari.
Makan dengan banyak boleh menyebabkan diabetis dan tekanan darah tinggi terutama bagi ibu hamil. jadi perhatikan dan pratikkan tip dibawah ini.
Makan Alas Perut
Apa yang harus dimakan oleh ibu hamil dipagi raya ialah makanan alas perut seperti buah-buahan seperti limau, epal hijau, kiwi dan sayuran seperti salad sebelum menikmati juadah sinonim pada hari raya seperti lemang dan rendang.
Elak Kafein
Bukan hanya kopi dah teh sahaja malah semua jenis minuman berkarbonat mengandungi kafein. Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus. Sebaiknya minumlah bersama air suam atau jus buah-buahan.
Untuk lebih baik, ambilah bersama soy lecithin sebelum makan makanan berlemak, ini berfungsi sebagai penyerap lemak yang akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar.
Elak Kerepek
Kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi. Makanan yang bergoreng boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelasaiannya disaran mengambil bahan anti oksida seperti vitamin A,C dan E. Jika cari entri ZackJ yang lalu, pasti ada jumpa apa itu Vitamin A, C, E.
Jika suka makan kacang, makanlah kacang parang atau kacang kuda kerana ianya mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi. Cari yang panggang punya, jangan pilih yang goreng.
Elak Makan Protein Bercampur
Janganlah makan protein sekali gus. Sebagai contoh memakan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan. So, apa yang jadi dengan protein dari daging, sotong dan ayam itu? Jika tidak dibuang, ianya terus akan menjadi toksin dan akan menyebabkan penyakit migrain dan masalah-masalah lain.
Risiko Makan Banyak
Antara risikonya adalah sembelit. Apabila ini berlaku, masalah buasir akan timbul. Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan sistem penghadaman kacau bilau. Ini memudaratkan ibu mengandung seterusnya bayi dalam kandungan.
Apa yang Perlu
Buanglah air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain menikmati makanan yang sedap lagi lazat sehingga menjilat jari, pastikan juga minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari demi kesihatan ibu hamil dan juga anak dalam kandungan.
Ok , semoga dapat maanfaat darinya...
Friday, August 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(222)
-
▼
Aug 2011
(31)
- Selamat Hari Raya & Salam Merdeka
- Lawak Jenaka
- Teliti Itu Penting
- Haiwan Jadi Orang
- Mabuk Dalam Cinta
- Kelebihan Ayat Kursi
- Lagi Tak Selamat
- Dah Gila ke Apa?
- Pemakanan Ibu Hamil Di Musim Perayaan
- Pengaruh Perbuatan & Percakapan Kita
- Mencari Lailatul Qadar
- Tempat Tinggal - Dimana???
- Berkat Membaca Bismillah
- Pen Merah Pen Biru
- Jiwa Terpenjara
- Asma Ul Husna
- Kek Lapis Sarawak - Ada Yang Halal
- Merah Biru Kerakyatan
- Jantan Brengset
- Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang
- Cantik Dihari Perayaan
- Jam Untuk Kanak2 Di Musim Perayaan
- Bayi Putus Kepala
- Mencari Kebenaran
- Hikmah Tolong Menolong
- Kek Lapis DNA babi
- Allah s.w.t Menolak 1 Dari 3 Doa Rasulullah s.a.w
- Sosej Pulut Babi - Hidangan Berbuka
- Balasan Meninggalkan Solat
- Pesanan & Nasihat
- Seronoknya Ramadhan
-
▼
Aug 2011
(31)
No comments:
Post a Comment