Sunday, August 7, 2011

Merah Biru Kerakyatan

Hanya 4 Jam Bertukar Wajah
Salam pagi Ahad, moga sihat sentiasa mendampingi semua kawan2 sekalian.

Sehari suntuk melayari berbagai blog dan berita online. Ada yang lucu, sedih, gembira, bersahaja, berbagai aneka ragam penulis di bumi bertuah ni. Ada juga yang menyentap perasaan, melaungkan kemarahan, mendodoi lunak tanda pengampuan, ada yang lantang menghentam dan ada juga tentang keimanan, keilmuan serta tentang kesihatan.



Dalam banyak2 blog/berita, ZackJ tertarik tentang mudahnya rakyat negara luar diberikan kerakyataan berstatus Warganegara. Wajarkah dilakukan? Ini yang jadi persoalaan. Dibenak hati ini masih tertanya-tanya, wajarkah..?

Kenapa semudah itu? Aduhai...beruntungnya mereka...Sedangkan di Malaysia ini jika diteliti, masih ada rungutan betapa sukarnya rakyat untuk mendapatkan kad pengenalan, betapa lamanya menunggu, ....
Aduh, mudahnya untuk menjadi rakyat Malaysia...
Perhatikan, nilaikan...adakah kita semudah itu menjadi rakyat negara luar sana???

Dimana hak kita sebagai rakyat Malaysia...

Walhal, di dalam negara kita, masih ramai yang memerlukan batuan, jika ditambah dengan ini, mampukah kesenangan dan kekayaan Malaysia diagihkan sama rata? Sedangkan tanpanya juga, kita selalu membaca diakbar2 tempatan tentang kemerempatan warga tempatan....



Aku rakyat Malaysia, itu hak aku...Mungkin keburukan dan kejahatan lain boleh dimaafkan tetapi kalau membenarkan orang asing bagi menentukan nasib dan masa depan negara ini sungguh CELAKA jawabnya. Ini bermakna masa depan negara dan pemimpin kita turut ditentukan sama oleh orang luar. Apalah bezanya keadaan dengan zaman penjajah yang mencampuri semua urusan hidup kita satu masa dulu? Merdeka ini yang kita banggakan tidak membawa apa2 makna kalau kita tetap menjadi hamba kepada kuasa asing.


Emosi, ya..memang sedang beremosi...Maaf kawan2ku di luar sana...


Maklumat ini, ZackJ baca di MalaysiaKini.

4 comments:

shameel Iskandar said...

seingat saya jumlah warga asing di Malaysia skrg ni melebihi jumlah penduduk perlis campur melaka.

Trlalu senang utk menjadi warga malaysia,

tnZackJ said...

wah, ramainya...kalau mcm ni dah boleh bukak 2 kerajaan negeri...kenapa jd mcm ni???

kay masingan said...

mmmm......susah nak cakap..siapa yang meluluskan kerakyatan mereka? JPN kan? kenapa diluluskan kerakyatan/diberikan kerakyataan?????

tnZackJ said...

adakah hanya untuk menggekalkankan kuasa???

Sekalung Penghargaan