Friday, August 26, 2011

Lawak Jenaka


Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek.

Rahmat : Jangan cakap macam tu, nek (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung, dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.

Rahmat : Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu. Tapi di mana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.
Rahmat : ?????

Tiga Pesalah

Tiga orang lelaki, seorang ahli falsafah, seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengedar video lucah aksi seorang ketua pembangkang.

Lalu hakim berkata, "kamu boleh menanyakan satu soalan kepada saya. Kalau saya dapat menjawab, kamu akan ditahan di penjara. Tapi kalau aku tidak dapat menjawab, kamu akan dibebaskan.

Ahli falsafah mula berkata, "saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates. Jika Yang Arif berjaya membawanya saya rela dihukum".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan, lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk disahkan.

"Ya benar sekali inilah bukunya Yang Arif".

Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan.

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan, "cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat".

Sambil menekan kalkulator dengan pantas, hakim memberikan jawapannya. Dan ternyata jawapannya tepat.

Lalu pakar matematik pun dipenjarakan.

Giliran terakhir pergi kepada pelawak.

"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya", kata si pelawak.

Apabila kerusi disediakan, pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.

Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim, "Yang Ariff, dari lubang mana kentut saya tadi keluar?".

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi, hakim berkata, "kentut kamu keluar dari lubang yang ketiga dari sebelah kanan ini".

"Salah. Sebenarnya kentut saya keluar lubang punggung aku ini".

Pelawak itu kemudian dibebaskan.


Pak Haji

Ramai orang menziarah di rumah pak HAJI yg sedang menangis kerana berkabung atas kematian isterinya....
tiba-tiba pak HAJI melangkah jenazah isterinya berulang kali...Para hadirin yg ada pada masa itu hairan & terkejut seraya berucap :
- "Astaghfirulloh Alazim.. PAK HAJI.! mengapa PAK HAJI melakukan semua ini.?? 
- "memenuhi amanah isteri saya!" PAK HAJI menjawab.
- "Amanah apa PAK HAJI???" hadirin bertanya.
- "Semasa hayatnya isteriku selalu berkata.. kalau abang mau kawin lagi.. LANGKAH MAYATKU DULU!''

note: cerita ini ZackJ ambil dari email yang masuk kedalam inbox.

6 comments:

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

selamat hari raya:)

kay masingan said...

hhhahahha...tak tahan lawak no 1 dan no 3 tu..hehehehhe

Hafizan Malik said...

slamat hari raya.. maaf zahir dan batin..

EmpayarUtama said...

Lawak no 1 terbaekkkk :)

sLpmEpLz™ said...

selamat hari raya, ampun maaf zahir n if ada batin skali :)

sLpmEpLz™ said...

selamat hari raya, ampun maaf zahir n if ada batin skali :)

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan