Tuesday, August 16, 2011

Tempat Tinggal - Dimana???


Ihsan Dr Google

Salam Sihat Ramadhan,
Bila baca aje tajuk, pasti kawan2 terbayangkan rumahkan? Agaknya lah..Dalam kehidupan dunia ni, kita perlu tempat tinggal, tak kiralah rumah besar ke, rumah kecil ke, rumah bawah ke, rumah atas ke, rumah rendah ke, rumah tinggi ke, rumah pendek ke, rumah panjang ke dan apa2 jenis yang dipanggil tempat tinggal...


Bagi yang kaya raya tu - kemewahan sudah tentu.
Bagi yang pertengahan - keselesaan mesti nak ada.
Bagi yang kurang - ala kadar aje.

Bukanya nak mengata sesiapa, tetapi ini dah lumrah kehidupan atas dunia ni. Setiap orang mempunyai pilihan sendiri.


Tapi untuk kali ni, bukan ZackJ nak cerita tentang rumah di dunia ni, tetapi tentang tempat tinggal ruh kita setelah bercerai dari jasad. Pasti, semua orang akan laluinya, tak kira tua, muda, miskin atau kaya..yang pasti, kita akan laluinya....


Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :-

  • Ruh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin. 
  • Ruh para ulama menuju ke syurga Firdaus. 
  • Ruh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina. 
  • Ruh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka. 
  • Ruh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 
  • Ruh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 
  • Ruh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-

  • Orang-orang yang mati syahid. 
  • Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan. 
  • Orang yang puasa hari Arafah.

3 comments:

kay masingan said...

post yang baik dan membawa keinsafan..:). Teruskan.

tnZackJ said...

tq kay, kita sama2 membina kebaikan..

Hello Hello said...

tq semoga hayati bersama

Sekalung Penghargaan