Monday, August 8, 2011

Asma Ul Husna

Salam sahabat, moga sihat selalu.
Sebelum tido tgh malam ni, ingin kukongsi tentang nama Allah yang agung. pencipta yang tiada penciptanya. maha suci Allah, aku terlalu kerdil disisi mu...

Adakah kengkawan tahu bahawa Allah SWt memperkenalkan diriNya kepada sekalian makhluk ciptaanNya melalui perantara nama-nama dan sifat-sifatNya yang mulia? Melalui pengertian nama-nama dan sifat-sifatNya yang agung terbukalah pintu makrifat sebagai sumber kemajuan rohani dalam merasakan kemurnian cinta Ilahi yang dilimpahkan kepada segenap makhlukNya.

Asma`ul Husna merupakan serangkaian nama-nama indah, menyimpan rahmat dan kenikmatan dalam minda setiap insan yang mendambakan redha Allah. Fadhilat dan khasiat amalan Asma`ul Husna mengandungi rahsia kemujaraban dan keberhasilan bagi yang mengamalkannya dengan jiwa yang istiqamah. Sesungguhnya Asma`ul Husna penyembuh penyakit jiwa dan fizikal dalam menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

Bagi kawan2 yang belum mengetahui makna serta rahsia Asma`ul Husna, bolehlah dapatkan buku2 yang berada dipasaran sekarang juga. jangan tunggu lama2 demi ilmu yang kita tagih untuk memiliki kehidupan yang hebat di dunia dan akhirat nanti.

Sekalung Penghargaan