Wednesday, August 3, 2011

Sosej Pulut Babi - Hidangan Berbuka


Apa nak jadilah dengan Malaysia hari ini...macam2 ada..hati-hati jika berbelanja di Bazar Ramadhan...
Pihak yang terlibat pun satu, jika dah disyaki ada kandungan DNA babi tu, hentikanlah dulu jualanya...Dah berapa ramai orang Islam yang memakanya...


Sumber : Metro Online
KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.



“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.

4 comments:

kay masingan said...

berapa ramai dah yang termakan benda ni kan?

Miss Y and Her World said...

baik beli bahan masak dan masak sendiri kat rumah. lebih terjamin kebersihan dan ke-halal-an nya.

KeTaM_BaTu said...

aishhh... ni la yang terjadi sekrang. macam2 hal dorang buat demi mengaut keuntungan. pihak berwaib patut ambil tindakan yang lebih tegas...

tnZackJ said...

KM...tak dapat nak dihitung, dah berapa banyak yang terjual agaknya..

Miss Y..ada betulnya apa yang awak ckp tu, tapi kalau suami dan isteri berkerjaya...agak susah sikitlah...

KB...bagi peniaga, keuntungan no 1, tolak halal haram...

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan