Friday, August 5, 2011

Bayi Putus Kepala

Gambar Hiasan Sahaja / Dr Google

Gara-gara nafsu serakah, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa. Sedap bersama, sakit sorang2, bayi yang jadi mangsa. Apa jenis manusia la ni..aku tak tau lah...adik-adik, kakak-kakak, anak-anak...ingatlah pada Allah, takutlah akan seksanya..Ya Allah ya Tuhan ku, tetapkanlah iman ku, jauhkanlah diriku serta keturunanku dari melakukan maksiat yang membawa kemurkaan mu....ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa ku ya Allah...


MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang, seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.

Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan melahirkan bayinya bersendirian.

Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.



“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9 malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya.



Sumber : myMetro

2 comments:

Wardatul Jannah said...

ei, takutnya. cian beby tuu.. nauzubillah.

selamat berpuasa. :)
arini sy puasa tau. ! ;D

ChocoStrawberi said...

Allah,ngerinya gambar.nauzubillahhh.moga dijauhkan dari diri.

Sekalung Penghargaan