Adakah cukup adil untuk seseorang itu membuat kesimpulan mengenai rasa suatu hidangan masakan hanya berdasarkan khabar angin daripada orang lain yang juga mungkin belum merasai hidangan tersebut? Begitu jugalah, anda seharusnya mendapatkan maklumat mengenai Islam dan apa jua daripada sumber yang boleh dipercayai, dan bukan hanya merasainya tetapi perlu betul-betul memahaminya sebelum membuat suatu kesimpulan. Itulah cara intelektual dalam menjejaki Kebenaran.
Dalam membuat langkah mencari Kebenaran seterusnya, Islam sentiasa mengiktiraf hak anda untuk bebas membuat pilihan dan bebas menggunakan akal fikiran kurniaan Tuhan. Tiada siapa yang boleh merampas hak itu dan memaksa anda tunduk kepada Pencipta kita, anda perlu mencari maklumat dan membuat keputusan anda sendiri.
Islam mengajarkan kita bahawa Pencipta kita telah mengurniakan manusia kebolehan berfikir. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memikirkan sesuatu dengan objektif dan tersusun supaya kita dapat memuskilkan dan memikirkan apa jua persoalan.
Semoga perjalanan intelektual anda menjejaki Kebenaran sentiasa dalam kesejahteraan dan akan berhasil.
No comments:
Post a Comment