Tuesday, November 22, 2011

Masa Untuk Berpindah - Banjir

Salam pindah,


Berita telah disampaikan, Terengganu telah mendahului dari negeri lain. Dengar kabar, penduduk ditiga daerah telah diarahkan untuk berpindah kerana air telah naik (banjir).



Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu berkata, sehingga pukul 2 petang semalam, daerah Setiu paling terjejas apabila 30 penduduk dari lapan buah keluarga di Kampung Merbau Menyusut terpaksa dipindahkan ke Masjid Kampung Merbau Menyusut.

Turut dipindahkan adalah 13 penduduk dari dua keluarga di Kampung Kolam, Hulu Terengganu yang kini ditempatkan di balai raya Kampung Kolam sementara empat penduduk lain ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Berangan, Marang.

Kesemua 47 penduduk itu merupakan kumpulan pertama mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.

"Setakat pukul 5 petang ini, tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di Masjid Kampung Merbau Menyusut, balai raya Kampung Kolam dan SK Pengkalan Berangan sementara laluan jalan raya belum ada yang ditutup," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (m).

Dua lagi sungai iaitu Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat dan Sungai Setiu meningkat kepada paras amaran iaitu 21.2m dan 7.80m.
Sumber : Kosmo

2 comments:

miya said...

rumah saya di putatan, kota kinabalu juga kena banjir. jadi harus pindah. pindah terus cari rumah sewa lain. huhu..

miya said...

rumah saya di putatan, kota kinabalu juga kena banjir. jadi harus pindah. pindah terus cari rumah sewa lain. huhu..

Sekalung Penghargaan