Tuesday, November 22, 2011

RM250 Juta Untuk Penternak Lembu Kondo

Salam jutawan,
Bagaimana rasanya jika kawan-kawan semua dijadikan seorang jutawan segera? Pasti, jika mental tak kuat, boleh jadi gila dibuatnya. Almaklumlah, rasanya ramai diantara kita yang belum pernah melihat atau memegang duit sebanyak itu. Untuk satu juta pun agaknya belum pasti.
Jangan kata orang lain, aku sendiri pun paling banyak dah tengok sebanyak RM500 ribu aje. Lebih dari tu belum lagi.

Tetapi bagi orang-orang yang berkecimpung dengan perniagaan ataupun politik murahan, setakat dua tiga juta tu perkara biasa aje.

Walaupun isu yang aku nak bawa ni agak lapuk sedikit, namun ianya tak lekang dek panas.
Jika kau orang prihatin tentang isu-isu yang hangat tika ini, RM250 juta itu umpama RM250 ringgit aje. nak beli apa pun berkira-kira.

Telah tersebar luas, seorang senator mendapat RM250 juta untuk menjalankan pernternakan lembu fidlot. tak kira di warong, di jalanan, di tempat awam malah diperingkat tertingggi parlimen pun kecoh dibuatnya.

Yang pasti, orang yang menerimanya sebelum ini, entah telingga lembu pun tak pernah nak pegang, tetiba dianugerahkan duit sebanyak itu. RM250 juta bukaan sedikit nilainya. Kalau ditanya tuan punya badan, munkin rupa taik lembu pun dia tak kenal agaknya. Itu jangan ditanya baka lembu, silap-silap haribulan kambing beor pun dikatakan lembu. Almaklum, kambing beor ni kalau kat kampung aku memang besar gila. Biasanya diorang ni jadikan kambing baka untuk mengawan dengan kambing-kambing betina yang gersang.

Kalau difikirkan secara logiknya, setiap daerah dalam negara kita ni ada pejabat haiwan, pertanian dan berbagai lagi untuk membantu orang kampung yang menternak secara kecil-kecilan. Kenapa aku kata kecil-kecilan? Ialah, jika besar-besaran dah tentu keperluan daging seluruh Malaysia dapat ditampung. Ia tak?

Kalau dikira parlimen Malaysia, seluruh negara termasuk Sabah dan Serawak baru ada 222 kerusi. Itu keseluruhan, jika ditolak dengan pati pembangkang, kerajaan BN ada 140 kerusi.

Tak akan lah jabatan haiwan ni buta atau penganugerah ni yang tak perihatin tentang keperluan penternak-penternak yang sedia ada?

Jika kita kira dengan sifir yang biasa, RM250 juta boleh diagihkan kepada 250 orang dengan seorang boleh memiliki RM1 juta peruntukan. Bermakna 250 penternak yang betul-betul telah menjalankan ternakan lembu atau kambing ini mendapat peruntukan atau suntikan modal yang sewajarnya. Sepatutnya kerajaan boleh berbangga dengan benda ini kerana dapat membantu seluruh parlimen Malaysia dengan bantuan jabatan haiwan.

Jika nak buat diskriminasi pun, tolaklah kerusi parlimen yang dipegang oleh PR sebanyak 82 kerusi. Bermakna 140 kerusi parlimen milik kerajaan ada penternak bertaraf jutawan yang mempunyai modal. Jika ini yang dilakukan, setiap parlimen pegangan BN akan memperolehi sekurang-kurangnya RM2 juta. Tak cukupkah lagi???

Dengan cara ini, jika diambil kira 85% sahaja yang berjaya, 119 penternak lembu boleh dibanggakan oleh kerajaan yang sedang memerintah. Barulah boleh disokong slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

RM250 juta diberikan yang sehingga kini, pulangan pun belum pasti, apatah lagi bayaran balik. Senang lenang orang yang memperolehinya, dukacitalah rakyat pembayar cukai setiap tahun. Duit rakyat habis hanya untuk seorang seorang penternak terpilih. Silap haribulan, pengusahanya nak ke ladang pun mesti disediakan bunga mangar, kompang dan karpet merah.

Fikir-fikirkan lah, dimana silapnya.
Adakah lembu itu duduk dalam kondo??

No comments:

Sekalung Penghargaan