Sunday, November 20, 2011

Menteri Besar Johor

Salam MB
Lepas sultan, menteri besar pulak. tak taulah berapa besar dia sebab tak pernah lak nak gi ukur lilit pinggangnya...apa pun , dalam senarai kerajaan negeri, menteri besar punya kuasa memang besar...
Ikut turutan, yang atas adalah yang pertama.
1886 - 1919 YAB Dato’ Jaafar bin Muhammad
Beliau mulai berkhidmat dengan kerajaan negeri Johor ketika berumur 16 tahun, sebagai Pelatih Kerani di Pejabat Menteri kepada Temenggung Ibrahim. Dalam tahun 1856 beliau telah dilantik sebagai Kerani Besar di Pejabat Menteri, dan kemudiannya beliau terus memangku jawatan Dato' Menteri sehingga tahun 1882, dan kemudian terus dilantik sebagai Menteri Besar Johor oleh Maharaja Abu Bakar.
Perlantikan Datuk Jaafar bin haji Muhammad sebagai Menteri Besar ini adalah merupakan peristiwa bersejarah bagi negeri Johor, kerana inilah julung-julung kalinya seorang Menteri Besar dilantik dalam pentadbiran kerajaan Johor.
Beliau adalah pengiring Maharaja Abu Bakar dalam lawatan pertamanya ke Eropah pada tahun 1866. Ketika memegang tugas sebagai Menteri Besar, beliau pernah memangku tugas Sultan Johor untuk menjalankan pentadbiran negeri, ketika baginda keluar negeri. Pada tahun 1904 beliau telah dilantik oleh Sultan sebagai Pemangku Raja.
Tugasnya yang terpenting ialah memimpin negeri serta menjalankan pentadbiran negeri. Beliau adalah seorang yang berani dan bersemangat waja dalam menjalankan tugasnya.

1920 - 1922 YAB Dato’ Mohamed bin Mahbob
1923 - 1928 YAB Dato’ Abdullah bin Jaafar
1929 - 1930 YAB Dato' Mustafa Bin Jaafar
1931 - 1934 YAB Dato’ Abdul Hamid bin Yusuf
1935 - 1947 YAB Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid
1947 - 1950 YAB Dato’ Onn Jaafar
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.

Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.


Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.

Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.

Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalamPilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

1952 - 1955 YAB Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohamed
1955 - 1959 YAB Dato’ Idris bin Ibrahim
1959 - 1967 YAB Tan Sri Hj. Hassan Yunus
Beliau pernah berguru dengan Muhammad Yusuf bin Ahmad atau 'Tok Kenali' di Kelantan. Seterusnya belajar di Universiti Al-Azhar, Mekah dalam bidang Syariah.
Beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1 Janujari 1940). Pada 1 Januari 1943 menjadi Penolong Kadi dan memanggku jawatan Mufti Johorhinggalah sebelum merdeka. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.

Sebelum Perang Dunia II beliau menyertai Persatuan Melayu Johor. Dia bersama menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani PerjanjianMalayan Union pada 1946. Dr Ismail Abdul Rahman pernah mencadangkan agar Hassan Yunus menjadi Mufti Johor tetapi dibantah oleh oleh Dato Onn Jaafar.[3]

Apabila Dato’ Onn Jaafar meninggalkan UMNO, Persatuan Melayu Johor mengambil alih. Selepas Pilihan raya umum Malaysia 1959 yang pertama, pimpinan UMNO dan Persatuan Melayu Johor setuju melantik beliau sebagai Menteri Besar Johor pada 27 Jun 1959 dan beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihan raya. 

Beliau bersama enam yang lain (7 orang) terlibat dalam usaha menjatuhkan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Tokoh lain yang tgerlibat ialah Dato Kosai, Safiah Sulaiman, Abdullah Sulaiman, Dr Awang Hassan dan Dato Sulaiman yang kesemuannya berasal dari Muar.
Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus meninggal dunia pada 12 Julai 1968.

Bagi mengenang jasanya stadium utama di Johor Bahru dinamakan sebagai Stadium Tan Sri Hassan Yunus.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Hassan Yunus terletak di Simpang Renggam.


1967 - 1982 YAB Tan Sri Othman bin Mohd Saat
Tan Sri Othman Saat (4 April 1927-27 Oktober 2007) ialah Menteri Besar Johoryang ketiga sejak kemerdekaan Malaya (kini Malaysia). Beliau menyandang jawatan ini selama tiga penggal, iaitu 16 tahun antara Februari 1967 hingga April 1982. Seorang peminat kereta mewah, himpunannya pada suatu ketika merangkumi 50 jenis kereta, termasuk Ferrari, Alfa Romeo, Daimler dan Jaguar. Bagaimanapun, beliau kini hanya mempunyai sebuah kereta Mercedes 400 dengan nombor plat kegemarannya, JDN 7.

Pada 4 April 1967 ketika berumur 43 tahun, Othman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-3. Beliau menyandang jawatan ini selama tiga penggal sehingga tahun 1982. Nasibnya bertukar apabila Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Musa Hitam menjadi timbalannya. Musa Hitam dikatakan menggunakan semua cara dari ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur untuk melemahkan pengaruh Othman. Ini merupakan titik permulaan untuk kejatuhan kerjaya politiknya.

Pada tahun 1982, Othman meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar selepas 16 tahun berkhidmat. Beberapa tahun kemudian pada tahun 1987, beliau menyertai parti politik Semangat 46 yang baru ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar UMNO dalampilihan raya umum pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, Semangat 46 tidak begitu berjaya dan kemudian dibubarkan.

Dia telah menjual kebanyakan hartanya untuk membayar cukai. Malah gelaran 'Datuk' juga ditarik balik. Selepas kekalahan beliau dalam UMNO, beliau hampir dilupakan.

Beliau diserang angin ahmar ringan pada 2001 dan 2002. Kaki kanan telah dipotong dari paras lutut akibat gangren pada 2 Oktober 2007 di HSI dan beransur pulih. Othman sakit tulang belakang setelah terlalu lama terbaring di katil.

Pada 27 Oktober 2007, beliau meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Pandan, Johor Bahru akibat jangkitan kuman sehingga membawa kepada septisemia (keracunan darah) jam 7.00 pagi. Beliau meninggal dunia ketika berusia 84 tahun. Allahyarham disembahyangkan di Masjid Sultan Abu Bakar dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru. Talkin dibacakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Nooh Gadut. Turut hadir Tunku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj.

Sebuah kampung di Johor telah dinamakan sebagai 'Kampung Othman Saat' bagi mengenang jasanya.

   
1982 - 1986 YAB Datuk Abdul Ajib bin Ahmad
1986 -1995 YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin
Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Tan Sri Dato' Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa (Najwa Mahiaddin) dan Farhan Yassin. Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulamak terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar(1974). Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Antara tahun1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Dato' telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin [1](lahir 15 Mei 1947), merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO . Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
1995 - kini   YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman
Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Ledang, Tangkak, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Laki-laki Tangkak dan kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Tinggi Muar(High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaran dengan biasiswa Rancangan Colombo dan menerima ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Latrobe,Melbourne Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland. Sekembalinya ke Malaysia, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya(1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1984).

Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Senator di Dewan Negara(Disember 1984-Julai 1986) .Selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledangpada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.

Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia.

Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat. Sejak Mac 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

Mengikut laporan audit 2007, Johor merupakan negeri yang paling banyak berhutang iaitu RM841.13. Ghani telah menerangkan bahawa Syarikat Air Johor merupakan penghutang terbanyak sedangkan beliau telah lupa iaitu pada Pada 20 Apr 1999, satu perjanjian pengswastaan dibuat diantara Kerajaan negeri Johor, Lambang Optima Sdn. Bhd (LOSB). Syarikat Air Johor (SAJ) yang membentuk Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) sebagai syarikat yang memegang Konsesi selama 30 tahun. Pada 30 Aug 2000, SAJ Holdings telah disenaraikan di Bursa Malaysia melalui syarikat pegangan (Holding company) Ranhill Utilities Berhad. Pengambilalihan hutang ini juga merupakan sebab mengapa kerajaan perlu mengswastakan syarikat.

1 comment:

Cikgu Haurul said...

Besar dari segi kuasanye. Menteri besar yg sekarang ni, kecik je orangnya, perutnya juga kecik..

Sekalung Penghargaan