Sunday, November 6, 2011

Hari Yang Cemas

Salam Aidil Adha,
Jumaat 5 Nov, 2011 @ 5.30am
Hari yang sangat mendebarkan bagi kami adik beradik.
tut..tut..tut.tut... panggilan talifon silih berganti diantara kami...Muar-JB, JB-KL, Pahang-JB, Muar-Seemban, JB-Seremban, Seremban-Pahang, Muar-Seremban, KL-Muar...Rasanya tak terkira tah berapa kali panggilan diantara kami adik beradik.

Ini bukanya tentang bila nak naik bas, ada tiket bas atau tidak...rasanya kalau kami jerit kuat2 seperti diterminal bas, tentu oang akan kata kami ini jual tiket...

Ya memang cemas, 5.30am kakak ZackJ yang tinggal di Muar membuat panggilan ringkas dan padat.
"Dik, mak Dik"....
Bila mana dengar aje nama mak....bermacam yang datang difikiran ini...sedih, sayu, rindu...berbagai gambaran   yang bermain, datang menerjah....

Terus capai tuala, bergegas ke bilik mandi...selesai aje subuh, terus menuju ke kereta...tanpa berlengah, ZackJ meluncur laju untuk pulang ke Muar. Dalam perjalanan bebagai ingatan dan kisah lama terbayang..

Keseorangan dalam perjalanan, kelat mata mengantuk memang ada tetapi itu semua bukan alasan untuk aku sampai lewat ke Muar. Anak isteri ZackJ tak ikut sekali sebab aku tidak mahu terlambat untuk sampai lagipun mereka semua sedang menduduki peperiksaan akhir tahun di sekolah masing2.

"Yang, abang pergi dulu, nanti ayang siap2 kat rumah, kalau apa2 hal nanti abang call." Pesan aku pada isteiku....

2 jam bagi ku terlalu lama bagai 2 hari.  Jam 8am aku sampai di Muar, rumah mak aku...Adik ku dari KL, abang ku dari Seremban dah sampai rupanya lebih awal dari ku. Cuma akak ku dari Pahang belum sampai lagi. Pahang memang jauh, kiranya ambil masa dalam 4 jam.

Nasib baik aku dah balik dari Terengganu. Hari sabtu hingga hari isnin aku berada di Terangganu, hari selasa di JB dan hari rabu juga bergegas ke Terangganu dan hari Khamis aku berada di JB. Memang meletihkan tetapi seronok juga. Sebab itulah buat masa ini aku agak sibuk.

Aku lihat, orang telah ramai berkumpul didalam rumah mak ku, bertambah cemas aku dibuatnya. Takdir Allah,siapa sangka. Kita tak mampu untuk menelah. Perasaan bercampur baur. Sedih, pilu, hiba serta kegembiraan datang silih berganti.

Akak ku kata, selepas subuh lagi orang dah datang berkunjung. Secara kebetulan rumah ku bersebelahan dengan masjid dan suami akak ku adalah imam di masjid kampung ku. Alhamdulillah, mungkin berkat doa jemaah masjid dan orang yang datang berkunjung dimakbulkan Allah.

Ibuku masih selamat, alhamdulillah bertambah sihat keadaanya. Mendengar cerita kakakku dan jiran tetangga yang hadir, seolah-olah aku tidak sempat berjumpa dengan mak yang sangat aku kasihi ini. Alhamdulillah, aku bersyukur pada mu Ya Allah, kau makbulkan doa anak2 serta jiran tetangganya. Kau telah beri peluang ibuku menikmati keindahan alam ini berserta bertakwa padamu Ya Allah.

Bagiku, saat ini memang sangat mencemaskan, manakan tidak, ibuku sihat pada siang harinya. Kami sekeluarga memang sentiasa berhubung selang 2, 3 hari sekali. Jadi, apa-apa perkembangan memang sentiasa
didalam pengetahuan kami semua.

Setelah semua pulih seperti biasa, jam 10pm malam tu aku pula bergegas balik ke JB untuk menjemput anak dan isteri ku pulang ke kampung. Paginya selepas subuh kami semua bertolak ke Muar semula. Dan sekarang ni kami 5 beradik bersama anak masing2 semuanya berada di rumah mak. Cuma adik ku yang bungsu sahaja yang belum berumah tangga.

"Ya Allah, aku memohon pada mu Ya Allah, berikanlah kesihatan yang berpanjangan kepada kami sekeluarga, khasnya pada ibu kami dan amnya pada seisi keluarga serta jiran tetangga kami". "Ya Allah, kurniakan juga kesihatan yang berpanjang kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat Ya Allah." ...amin..

Sahabatku, ibu hanya satu. Sayangilah, kasihilah mereka sementara mereka masih hidup. Berbaktilah padanya sedaya upaya mungkin. Janganlah sakitinya walau sebesar zarah sekalipun, sentiasalah memohon maaf dari ibu kerana kita tidak sedar, bila masanya ibu akan terasa hati, berkecil hati. Mohonlah kepada emak kita  supaya menghalalkan keseluruhan titik susu yang mengalir dari tubuhnya untuk membesarkan kita. Semoga kita semua dapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

5 comments:

simanis said...

sedihnya kisah ibu ini...Kasih ibu membawa ke syurga...
Salam Aidiladha abang ZackJ...

cardiacku said...

Selamat Hari Raya Idul Adha sahabat...Ibu adalah segalanya buat kita sahabat.Kita menjadi seperti ini adalah berkat doa dan perjuangan ibu kita.
Semoga kita menjadi anak-anaknya yang sholeh aamiin...aamiin

abufarras said...

Selamat Hari Raya Aidhil Adha saudaraku

anamizu said...

salam aidil adha ZackJ..sedihnye kisah ni..ibu mmg x pnh berkira dlm membesarkan anak-anak :(




luv,
cik ana

kay masingan said...

Salam Aidil Adha.
Semoga ibu zack dipanjangkan usia..Amin

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan