Saturday, November 12, 2011

Perjalanan Yang Membosankan

Salam perjalanan,
Satu hari suntuk aku berada diatas jalan raya, dari pagi sampai kemalam. Baru la ni dapat duduk berkain gombang.

Bermula dari JB dan berakhir di Kuala Terangganu, berarak pula ke Merang. Berhenti di Mersing, singgah di Pekan. Bertolak ke Kuantan sehingga ke Kemaman. Itulah perjalan yang sangat membosankan sejak seawal 8.00 pagi 11.11.11. Sekarang ni berehat di Merang menunjukan jam 2.20 pagi 12.11.11.
Hari ni pula seawal jam 8.00 pagi 12.11.11, bergerak pula ke Pasir Mas Kelantan, meluru pula ke Siam. Petangnya kembali ke Merang, beristerihat untuk semalam.

Jadual padat, penuh rangsangan, bertambah semangat untuk meneruskan perjalanan. Semoga diakhir perbincangan mendapat persetujuan, gerakan permulaan untuk kejayaan.

Bukan mudah untuk memuaskan semua orang, tak susah pula untuk bermusuhan. Hanya semangat dan keinginan yang tinggi mampu menempuhi ranjau kehidupan demi masa depan keluarga tersayang.

Kata semangat dicurahkan, untuk kekal memimpin tangan, menuju mercu kegemilangan. Berpecah jangan, bersatu menjadi keutamaan moga nikmat kehidupan mengalir kesetiap insan.

3 comments:

anamizu said...

semoga teruskan semangat penuh ketabahan ;)




luv,
cik ana

Mr. NAZc said...

kemana jauh2 tu, banyakkan berehat, semoga selamat pergi dan kembali :)

kay masingan said...

Tabah dan penuh kesabaran..Amin

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan