PETALING JAYA - Gadis yang menjadi mangsa ancaman seksual dinasihatkan jangan sesekali merahsiakan perkara yang berlaku bagi mengelakkan berlaku tekanan perasaan dan menghidap masalah sakit jiwa.
Pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, sebaliknya mereka boleh meluahkan segala permasalahan yang dihadapi kepada kaunselor.
"Remaja yang diancam dengan jenayah seks amat memerlukan sokongan moral dan bimbingan kaunseling.
"Mereka tidak harus berterusan merahsiakan apa yang berlaku kerana ia akan mengakibatkan tekanan lebih berat jika terus dipendam," katanya selepas ditemui selepas majlis perasmian Klinik Sosial yang pertama di negara ini di sini kelmarin.
Perasmian dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, L. Ganesan.
Klinik itu terletak di Blok 10, Flat Desa Mentari PJS 2 di sini ditubuhkan pada November 2009 atas inisiatif Fatimah dan rakan-rakannya di Majlis Profesor Negara.
Ia bertujuan untuk menguruskan kes-kes sosial di kalangan golongan belia, warga emas dan orang kelainan upaya dan kini lebih dikenali sebagai Klinik Sosial.
1 comment:
baguslah.. sbenarnya isu ni dah jadi nanah dlm masyarakat, dari dulu lagi. hendak diluah, malu & tiada siapa yg ingin mendengar. dengan kesedaran ini nasib mangsa akan terbela.
Post a Comment