Thursday, November 17, 2011

Tahniah Nur Faradalila & Cikgu Sek Keb Tmn Sri Pulai

Salam tahniah,
Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.


Tahniah kepada anak ZackJ, Nur Faradalila yang telah mendapat 5A  bersama-sama teman persejuangan seramai 48 orang. Tahniah juga kepada cikgu-cikgu Sekolah Taman Sri Pulai yang telah bertungkus lumus mengajar tanpa erti penat lelah. Tahniah juga kepada isteri merangkap emak kepada Nur Faradalila yang banyak berkorban masa dan tenaga demi memastikan anaknya mendapat 5A. Alhamdulillah, dia mengikuti jejak langkah abang dan kakaknya.


Terima kasih juga kepada teman-teman semua yang sama-sama mendoakan murid-murid yang menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.


Semoga dengan keputusan yang dicapai ini, permohonan untuk memasuki SBP akan tercapai juga. Nur Faradalila memohon untuk memasuki Sek Men Sains Sembrong. Ya Allah, penuhilah permintaannya kerana beliau bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar pada hari mendatang.



Seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.

Tahniah sekali lagi untuk semua pelajar yang mendapat 5A. Dan yang tak berpeluang untuk mendapat 5A, usah lah sedih kerana banyak lagi peperiksaan yang akan ditempuhi. Gagal untuk kali ini, bukan bermakna gagal untuk selamanya. 

Buktikan, anda semua boleh berjaya didalm bidang yang diceburi.

5 comments:

puteri kasih said...

Tahniah Nur Faradalila...semoga terus berjaya :)

kay masingan said...

Tahniah NUr Faradalila. Tahniah juga kepada Zack sebab berjaya menjadi ayah yang menitik beratkan pelajaran dan kejayaan anak-anaknya. Semoga terus maju pada masa hadapan

simanis said...

Tahniah Nur Faradalila...Tahniah juga kepada ibu bapanya kerana berjaya mendidik dengan baik...
Semoga sukses selalu...

kak lang said...

tahniah juga...

tnZackJ said...

terima kasih semua atas doa kalian

There was an error in this gadget

Sekalung Penghargaan