Wednesday, November 9, 2011

Berita Gembira

Salam gembira,
Entri yang lepas aku ada beritahu tentang kecemasan aku (hari yang cemas) dan tak adil rasanya jika aku tak kongsikan berita gembira ini.


Setelah 2 hari berada di hospital, aku diberitakan oleh kakakku bahawa ibuku boleh keluar wad. Wah! lega rasanya. Alhamdulillah, ini semua berkat doa kaum keluarga dan teman-teman semua. Terima kasih tak terhingga diucapkan.


Untuk pengetahuan, ibuku memang jarang ke klinik atau ke hospital. 3 - 4 tahun payah sekali. Makan ubatan moden ni lagi lah. Setahu aku, kalau mak nak makan ubat, pasti di letaknya pil itu didalam pisang... hahaha senang nak telan katanya.


Untuk kali ini, puas anak menantunya memujuk, akhirnya cair juga. Pagi isnin hantar ke hospital, buat registration dan doktor kata kena tahan sebab nak cek semua. Malam sebelumnya isteri ku suruh ibuku berpuasa sebab kalau nak cek darah pada paginya terus boleh buat dengan harapan tak payah la nak kena tahan.


Tapi malangnya kena tahan jugak sebab hari isnin ramai petugas hospital masih bercuti. Cuti ganti, aidil adha jatuh pada hari ahad. Jadi, sampel darah tetap diambil tetapi tak boleh nak test sepenuhnya. Tu yang kena tahan wad dan mak terpaksa berpuasa lagi untuk satu malam.


Mengikut kata Doktor Ng dan Doktor Ibrahim, sebenarnya penyakit yang mak kena pada pagi itu adalah tanda awal strok peringkat pertama. Keputusan ujian darah menunjukkan yang mak ni dah ada tanda-tanda awal penyakit 3 serangkai - kecing manis, darah tinggi dan jantung, alhamdulillah buah pinggang baik lagi.


Jadi selepas ni, mak kena patuh dengan nasihat doktor dan makan ubat kenalah ikut aturan dan masanya. Pada bulan Dec nanti kena buat medical check-up untuk perkembangan selanjutnya. Mudah2an semuanya baik.


Oh yer, semalam jam 9 malam aku bergerak balik ke JB. Aduh, jam 1.30 pagi baru sampai rumah, memang meletihkan. Biasanya dari Muar cuma memakan masa 2 setengah jam sahaja, tetapi hari semalam 4 jam setengah. Aku terpaksa tempuhi traffic jammed di 2 tempat  (Air Hitam - Macap dan Sedenak - Kulaijaya)


Siangnya, aku bersantai merehatkan diri di rumah sambil2 membuat kira kira....

3 comments:

simanis said...

Syukur alhamdulillah mak abang dah sihat...
selamat berehat ye bang...

Mr. NAZc said...

salam, lama tak menjengah... maaf sori busy dan final exam dah dekat... kena jaga diri elok2... :) harap beliau cepat sembuh. Amin.

kay masingan said...

Syukur pada Allah

Sekalung Penghargaan